Thursday, July 8, 2010

Can you speak Malay????

Kejadian orang berketurunan cina cakap bahasa cina dengan aku memang aku alami berjuta kali sepanjang hidup aku. Tapi kebelakangan ni, aku perasan yang orang berketurunan melayu pun cakap ngan aku macam aku orang cina ataupun cakap 'speaking' ngan aku. Aku rasa diorang sangka aku berbangsa cina kot.

kakak kat foodcourt: "tadi u punye nasik dah siap MAAAAA, itu orang lain sudah ambik MAAAA".

brother pos ekspress: "nanti sudah siap, u letak itu barang kat atas ini macam"

kat kedai makan. pelanggan sebelum aku semua dibahasakan dengan panggilan "abang". sampai giliran aku...

akak kaunter kedai makan: "Ha boss!! Minum apa boss???"

kakak poslaju: "Yes sir, please take a sit first"

adik jual kasut: "Is this yours? Okay, please wait for a while"

budak jual lotion: "Can you speak Malay?"

Hahahha. Aku gelak je. Sampai tanya aku boleh cakap melayu ke tak. Sorang brader kat tempat kerja aku suruh aku belajar cakap cina so bila orang cakap cina ngan aku, aku boleh jawap. Satu ayat pun jadi katanya.

Satu lagi kejadian tak berapa aneh. Ramai orang ingat aku masih belum kerja. Kalau orang tanya je aku sekarang kerja kat mana, aku jawab. Mesti aku dapat soalan susulan macam ni:

"Oh, belajar lagi..."
"Eh, kau tak habis lagi study?"

Memang aku masih study, tapi studynya part-time. Cara diorang tanya tu macam aku belum kerja. Seorang student aku pun cakap masa ingatkan aku student. Selekeh sangat kot. Kat library aku mintak borang renew library card. Dibaginya student punya. Pastu aku tanya staff pun borang ni ke. "Oh, you're a staff??"

2 comments:

Abang Ben said...

takde sapa yang panggil ko pakcik dan haji kan?

masih selamat la tu...

hakim said...

orang jiwa muda,gini la jadinya..