Tuesday, May 4, 2010

selangkah ke alam bawah tanah


VFTE#18 -zine pertama aku beli pakai pos
(karangan ni utk zine encik aniq)

Masa zaman sekolah rendah dulu aku selalu lukis, tiru watak kartun. Watak favourite dan paling selalu lukis masa tu Ninja Turtles. Kawan-kawan kelas pun suruh lukis untuk diorang. Masa 9 tahun aku start reka watak sendiri dan buat siri komik, budak main skate –nampak nakal dan tak berguna tapi baik. Kawan-kawan kelas pun baca jugak, dan berjumpalah dengan kawan-kawan yang sekepala. Diorang pun minat melukis kartun dan komik. So, kami buat komik sama-sama aksi lawan-lawan. Ada orang jahat, ada orang baik dengan watak macam mutan –sungguh cliché. Komik-komik ni dibaca oleh budak-budak kelas dan cikgu kelas pun tahu aktiviti kami. Aku rasa lukis komik ni antara aktiviti DIY pertama aku sebelum kenal scene hardcore/punk.


Tahun 1995 aku mula terjebak dengar music alternative rock dan punk. Suatu malam dalam tahun 1996, teman kakak aku meminjamkan padanya beberapa naskah-naskah bersaiz A5 dengan berkulit kertas warna. Ia difotostet tapi reka letak agak menarik-aku ingat ianya difotostet dari majalah.


Tak lama lepas tu, aku nampak lagi benda alah ni kat jamming studio beranama MOM studio milik Kuyie, kali ini berkulit biru. Namanya Pang Zine isu pertama yang dibikin oleh Mat Pang –ada interview dengan band kampong aku, DPSA, ada review demo band The Rotten ‘Sketch Your Brain’ dan lain-lain. Lepas tu aku beli zine Pang #2, dan juga #3/4 double issue yang ditukar nama jadi PangCore kat tempat yang sama.


Dalam tahun tu jugak aku mula baca kolum kelolaan Joe Kidd dalam surat khabar The Sun yang kawan aku Samir bawak ke sekolah tiap minggu ke sekolah. Dalam kolum ni ada tulis pasal gig-gig kat Kolumpo, demo dan album band-band tempatan dan luar negara dan jugak review zine tempatan. Aku pun order la beberapa zine, aku masih ingat zine pertama aku order pakai pos adalah zine Hardkoi dari Temerloh. Zine ni banyak mengubah perspektif dalam hidup aku start dari time tu. Aku telan bulat-bulat apa yang ditulis. It was a life-changing experience. Dari ruangan review zine tu, aku order zine-zine lain macam Vortex From The East dan Sandwich skate zine.


Budak sekolah aku Abu bagi aku flyer masa ket sekolah. Flyer tu mintak sumbangan untuk isu sulung zine Go Straight Down. Aku pun tulis lah dan bagi gambar kawan-kawan main papan selaju masa tu. Aku jugak tulis pasal scene papan selaju kat kampong aku kat zine-zine lain macam Chaos PS, Most Wasted Skateboarding dan Simple zine.


Ada zine-zine yang aku dapat dan baca agak hampeh. Aku rasa aku boleh buat zine lagi bagus dari tu. Zine-zine yang aku bagi sumbangan tadi pun macam lambat je nak keluar, jadi aku rasa baik aku buat zine sendiri je. So, bermulalah kehidupan aku yang bergelar ‘editor zine’ sejak Januari 1999. Aku rasa antara sebab aku pilih nama Mosh untuk zine aku, sebab aku baca tulisan Fida dalam zine Chaos PS yang bertajuk ‘Mosh Equality’. Lagi satu sebab aku nak nama yang ringkas gila, senang orang nak sebut, senang ingat.


Antara benda yang aku sumbat dalam zine aku adalah lukisan dan contengan, tulisan merapek, interview band dan ulasan poyo zine dan rakaman-rakaman band tempatan dan luar negara sikit-sikit. Aku masih buat zine sampai sekarang, dah isu ke 13 dan dah berusia 11 tahun. Tak tahu lah sampai bila aku akan buat zine ni tapi kalau takde halangan dan idea masih belum kering, aku akan terus berusaha menyumbangkan tenaga untuk industri zine, punk rock dan DIY tempatan.




1 comment:

xchematx said...

teringin buat zine skate.hehe.