Friday, June 12, 2009

Temuramah

Aku ada ditemuramah oleh beberapa zine baru-baru ni. So ini dia sedutannya. Untuk baca temuramah sepenuhnya, rajin-rajin la beli zine-zine ni...ehehhe...


FROM INTERVIEW BY AZIZI (BEBAL ZINE):


Seperti biasa buat permulaan,perkenalkan diri saudara..nama,umur dan apa sahaja yg releven bagi anda utk anda kongsikan bersama para pembaca.Apa yg anda lakukan pada masa sekarang eg. Bekerja atau sebagainya.Apa ap aktviti anda dalam scene?

Hi, aku Nizang, tahun ni…er…27. Muda lagi. Masih punk rock junkie, zine nerd, record label geek, sama macam tahun 1999 dulu. Aku baru start kerja sepenuh masa bulan 8 tahun lepas, sebagai er…pensyarah. Kerja dengan universiti swasta perompak rakyat di siang hari. I hate work, kerja semata-mata untuk memenuhi kehendak duniawi, keluarga, dan tempat di mata masyarakat. Nak saja aku travel serata tempat tidur di rooftop dan squat. Aktiviti scene…aku menulis zine Mosh (sejak 1999), mengurus record label Nervhous Records (sejak 2000), ada main beberapa band dan buat gig kadang-kadang, ada buat newsletter nama Mempelam.


FROM INTERVIEW BY JIM (Lifetime Zine):


You are one of the most passionate people when it comes to scene thingy.where did you get such spirit to move on and keep doing what u love the most when there are people around already jaded as they reach to certain age?

Hey, I’m still young, I just turned 27. The spirit came just because I love the scene. I love the punk rock and hardcore scene. I want to help the bands, especially my friends band and the bands that I think deserve to be heard. So, that’s why I release them, book them to play shows, interview them for my zines or the least I can do is review their releases in my zines. I’m also quite inspired with the things I see and read about, the labels, the bands, the scene from foreign places…how the scene is happening. No need to look too far, just take a look at the scene in Indonesia. It’s so happening, and looking at it makes the record label and I want to make the scene over here merrier with betterment in every aspects. Recently, that’s what inspired us so much.


FROM INTERVIEW BY FAZRI (DRSA Zine):


Tahniah di atas penerbitan debut album anda – Hentikan Penindasan. Bagaimana sambutan? Design cdnya agak simple – tiada sepatah perkataan pun di atasnya. Manakala tulisan inlay sheetnya amat kecil, boleh merencatkan sedikit minat untuk membaca/menghalusinya. Ada sebarang komen?

Nizang: Aku yang bertanggungjawab di atas semuanya di atas. Memang banyak kesilapan yang terjadi pada design cover CD tersebut. Ini biasa terjadi bila banyak kali diubah2. Mula2 Kami nak buat full-color pada kulit depan, tapi last minit tukar hitam putih, jadi ada sedikit kesilapan disitu. Untuk kosep design keseluruhannya, aku banyak mengambil idea dari cover CD diskografi Nostalgia. Kerana itulah, tiada sebarang tulisan di atas CD sama seperti CD kugiran Nostalgia. Inlay liriknya pula, sepatutnya seperti CD nostalgia juga, besar dan dilipat-lipat. Aku dah terangkan pada mamat printer tu secara ringkas, aku fakir dia paham apa yang aku nak…masa aku ambil bila dah siap, hampa. Ianya kecik! Ada silap paham berlaku, tapi apakan daya. Salah aku. Memang kecik! Sakit mata nak baca. Adanya band bio dalam inlay juga adalah idea dari CD Nostalgia juga. Nostalgia merupakan antara kugiran kesukaan kami.


No comments: