Monday, June 8, 2009

Kemaskini, selekehkini pada yang peduli

Minggu lepas aku sibuk sikit dengan acara di Cherating, perkahwinan mak aku dan jugak final presentation dari para pelajar kesayangan.

Terima Kasih pada Rina yang sudi susah-susah buat kek untuk aku pada hari lahir aku yang ke 27. Seingat aku, tak pernah lagi ada orang buat sendiri kek untuk hari jadi aku sepanjang hayat. Sedap pulak tu. Kalau nak buat tempahan, bolehlah kontek aku.

Acara di Cherating? Aku tiada tulis laporan, mungkin aku akan ulas sikit di post yang lain. Pada gig di Cherating, Dum Dum Tak ada mengeluarkan desain baju terbaru yang dinanti ramai (kononnya). Terima Kasih jugak pada Rina sebab dia dan abang dia yang duk buat block, print beg dan baju dan masukkan dalam plastik untuk dijual. Aku bertuah untuk mengenali Rina sebab dia seorang yang sangat rajin. Rajin mengemas, memasak, buat kek, buat baju dan...macam2 lagi. Pandai pulak amik hati aku dan mak aku. Untuk Rina, aku tujukan lagu dari Lenka-The Show.

Oh ya, mungkin ada yang masih belum tahu. 1 june 2009 merupakan hari senyum-senyum untuk keluargaku. Mak aku bernikah untuk kali ke-2 setelah 10 tahun arwah ayahku kembali ke rahmatullah. Semua sangat bergembira dengan kehadiran keluarga tiri ini. Tahniah pada Ma dan ayah tiriku ;)

Semester pertama untuk 2009 baru berakhir. Terima Kasih kepada student2 yang memberi kerjasama baik dan jugak yang memeningkan kepala sepanjang semester ni, aku banyak belajar dan akan cuba perbaiki kelemahan aku pada semester mendatang dengan izinNya.

So, apa perancangan aku untuk cuti semester ni? Mengkhatamkan sebanyak boleh buku, majalah dan zines...serta menyiapkan issue 12 Mosh yang lama tertangguh kerana kesibukan waktu pejabat.

Bulan ini juga, aku mungkin akan beli mesin buat button (button badge). Dan Rina akan beli mesin jahit untuk buat tudung. Dia akan buat bisnes secara full-force. Aku doakan bisnes dia dan jugak aku berjaya dan berkat. Pada yang tanya tentang mug DDT, stokin DDT, kuih DDT, segalanya mungkin...tunggu saja.

Lagu Abang Bob kita menjadi playlist aku malam ni, ulang-ulang berpuluh kali. Aku jadi gila lagu ni lepas tengok balik filem Dangerous Minds di Youtube. Dulu masa filem ni baru keluar tengok video tape (sewa video kat kedai) di Terengganu. Kenapa aku rasa nak tengok balik, sebab aku pun sekarang "tenaga pengajar". Situasi dan keadaan murid aku ada jugak macam dalam filem ni, cuma student dalam cerita ni semuanya miskin-miskin berbanding di sini yang berduit. Mungkin aku harus jadi sehebat Louanne Johnson dalam filem tu untuk menangani student malas malaun.

"Mr. Tambourine Man" -Bob Dylan

Hey ! Mr Tambourine Man, play a song for me
I'm not sleepy and there is no place I'm going to
Hey ! Mr Tambourine Man, play a song for me
In the jingle jangle morning I'll come followin' you.
Though I know that evenin's empire has returned into sand
Vanished from my hand
Left me blindly here to stand but still not sleeping
My weariness amazes me, I'm branded on my feet
I have no one to meet
And the ancient empty street's too dead for dreaming.

Hey ! Mr Tambourine Man, play a song for me
I'm not sleepy and there is no place I'm going to
Hey ! Mr Tambourine Man, play a song for me
In the jingle jangle morning I'll come followin' you.

Take me on a trip upon your magic swirlin' ship
My senses have been stripped, my hands can't feel to grip
My toes too numb to step, wait only for my boot heels
To be wanderin'
I'm ready to go anywhere, I'm ready for to fade
Into my own parade, cast your dancing spell my way
I promise to go under it.

Though you might hear laughin', spinnin' swingin' madly across the sun
It's not aimed at anyone, it's just escapin' on the run
And but for the sky there are no fences facin'
And if you hear vague traces of skippin' reels of rhyme
To your tambourine in time, it's just a ragged clown behind
I wouldn't pay it any mind, it's just a shadow you're
Seein' that he's chasing.

Then take me disappearin' through the smoke rings of my mind
Down the foggy ruins of time, far past the frozen leaves
The haunted, frightened trees, out to the windy beach
Far from the twisted reach of crazy sorrow
Yes, to dance beneath the diamond sky with one hand waving free
Silhouetted by the sea, circled by the circus sands
With all memory and fate driven deep beneath the waves
Let me forget about today until tomorrow.

PS: Pada Rina yang suruh aku tido awal sebab selalu bangun lambat ke tempat kerja. Sori kerana degil. Dah pukul 3 pagi pun.

9 comments:

FastRi said...

Tahniah kepada ibumu dan seluruh keluarga. Semoga berbahagia selalu. Mu bila pulok? Mu tgh cuti ke ni? Ada kg ke?

nizang said...

Heheheh...student je cuti. lecturer tetap bekerja, tetap ikut waktu pejabat. cuma kalau nk amik cuti tahunan...lepas abis marking, abis board of studies...digalakkan ler amik cuti tahunan.

nk balik gok kampung lame sket.

Unknown said...

pandai nyer puji2 i..haha..i wana grow old with u~~

nizang said...

soalan cepu emas: aku bile pulok? hmm...doakanlah supaya cepat. ehehe...

amin.

Mince4AM said...

1) Tahniah pd kak zah dan suami. barakalahuma wa baraka alaikuma.

2) Aku ada rangkaian show bob dylan 1963-1965.. tapi aku x reti nak send ke mung..biasala, aku bta teknologi

3)Aku doakan mu pun cepat nikoh... pancaroba sangat dunia lening..

zeezam said...

kuih DDT?
tempat raya nnt boleh?

haha

Cursive said...

tahniah laa ye nizang, adik beradik tiri ade brape org? jumlah keseluruhan adik beradik jadi berape? sorry laa, jadi manusia soalan pulok.. hehee

nizang said...

timer kasih apih

hahha...manusia soalan...ujay tu...haahha...

adik bradik asal 6
adik bradik tiri 7

jadi la 13

ehehehe...

Anonymous said...

sketchyourbrain.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading sketchyourbrain.blogspot.com every day.
payday loan
pay day loans