Monday, May 4, 2009

Ulasan band-band Peace Gig pt 2

Line-up band untuk gig Peace Gig part 2 amat menarik perhatianku. Banyak band kawan-kawan yang kita suka dan akrab main. Yang dah RIP pun will rip it out balik. Coolness...mari kita bercerita serba sedikit tentang mereka-mereka.

Kuchalana
-sape tak kenal band raggae punk yang pernah menjadi opening band untuk Search. Dengan agenda pengaruh Fugazi, takkan bermain gig dengan tiket lebih dari RM15, lagu-lagu yang menarik dan sudah agak lama tak main. Aku menantikan kemunculan semula mereka ni.

Dull Entertainment Programme -band DIY pertama yang aku dapat demo/ep kaset masa aku tingkatan satu kot. dengan nama-nama Acai, Tojeng, Panther dan Wan Setan sangat memberi inspirasi dan koya untuk turut buat band dan carik nama-nama ganas mcm diorang ni.

Avrocado -a.k.a Abroko. Iggy pop malaya. Nuff said!

Derhaka -band punk baru dari Paka dengan vokalisnya Si Wak Kang Lintang Pukang Distro, aku tak tahu apa untuk diexpect. Band baru yang harapnya memberi tendangan buntut kuat.

Distortia -Metalcore dengan Carin Rojak Distro sebagai gitaris. Organizer termuda di Terengganu pembenci nazi. Yeah, beberapa kali bermain di KL dan studio show di Ganu.

Skitsofrenia -Mob 47 (?) jelmaan Kuala Lumpur, didepani oleh Zafran Udang selaku sang penyanyi berbaju belang berkaca mata hitam pos-opis punk kental.

Dully Dog - Lagu 'Pink Dream' yang direkam untuk kompilasi Bollok Wok vol. 2 pernah menjadi fenomena dan siulan muda-mudi Ganu beberapa tahun dulu. Lagu-lagu dari kaset
'Nobody Understands' juga menjadi inspirasi anak-anak punk yang mula berjinak untuk dicover di jam studio dan juga di pentas acara. Lagu baru tidak kurang menyengat, yeah! Pop-jamu-punk not dead! 1-2-3-4!

Weot Skam -skateboarding dan hc/punk tak dapat dipisahkan. Pastikan kamu menghafal juga lagu 'We Bite' dari Misfits dan 'We're not gonna take it' dari Twisted Sister. We Express Ourselves Through Skateboarding And Music. Sayangnya aku terlepas untuk membeli 7" mereka split bersama band AmerKKKa, Common Enemy. Sape nak jual aku bayo 2 kali ganda!

Gang Buster -satu lagi nama yang juga dari Penang sama dengan Weot Skam, skinhead against racial prejudice. Sape prejudis kita pukui depa, mai cepat.

Dakooty Roaches -Good morning sir Mat Yie atau dikenali dengan nama Mohasbi Sal dalam ROTTW. Sabuah band yang amat menitik beratkan lirik bermain rock/punk/rap. Last sekali aku jumpe Mat Yie ni dekat show NOFX kat KL dan drummer Ateng aku jumpe last sekali dekat show Comeback Kid. Teringat zaman diploma aku dan Mat Yie kerja KL petang-petang lepak kat Hameed, CM.

Kasih Sayang -Satu lagi band political punk dari Terengganu yang menitikberatkan soal lirik. Tapi lebih ke arah crust, mince dan grind dalam permainan lagu mereka. Kombo adik-beradik cikgu. Cikgu suka main gitar, hari-hari cikgu main gitar, cikgu sudah main gitar jom kita pogo haha.

50 K Promises - Baru 2 hari lepas aku balik kampung dan menyertai mereka prektis untuk gig yang ini. Hafal lagu-lagu hit mereka seperti Dorris, Trip to the sun and the moon, dan juga pearl pendant. Mungkin Weezer atau Ozma sebuah dua.

Silent Farts -sungguh tak ku kenali band baru ini. Kita nantikan sama-sama.

Brayok - setelah 6 bulan di perantauan, 4 april frontman band punk ipoh-mali, Rudy pulang ke kampung halaman. Mula mendapat undangan gig dengan kencang. Sila hafal lagu-lagu mereka dari Punkrock Paradox.

Cool. See you there.

Gig start pukul 10. Jangan lupa bawak baju renang/santai.








1 comment:

Mince4AM said...

anda mengantoikan kami! hahaha