Wednesday, August 3, 2022

ALBUM BARU THE PILGRIMS DAH 70% SIAP

 


ALBUM BARU THE PILGRIMS DAH 70% SIAP -begitulah kata Kombat gitaris kumpulan The Pilgrims yang merupakan antara band punk terawal Malaysia. Namun begitu, album ini juga menurutnya akan menjadi album terakhir buat mereka. “Buat lagu baru banyok-banyok pun, orang duk mintok main lagu lama jugok”.


Apa yang menariknya album kali ini menggabungkan kembali hampir kesemua line-up mereka sejak dari awal penubuhan semasa masih menggunakan nama Hijrah (1987) sehingga ke line-up album ‘Da’ Capo’ (1996). Album ini juga dirakam di Kuantan –tempat asal penubuhan band ini, bak kata Kombat, “Mula di Kuantan dan berakhir juga di Kuantan.”



Album yang bakal dinamakan sebagai ‘Battle Royale -The Final Battle’ ini bakal memuatkan 10 lagu yang belum pernah mereka rakam. Antara lagu-lagu ini, ada yang ditulis semasa era album kedua mereka ‘Away From The Numbers’ lagi tapi baru kini pertama kali dirakam. Lagu-lagu yang ditulis oleh Kombat dan Hili ini menurutnya berbaur thrash, punk dan lain sikit dari lagu-lagu mereka sebelum ini. Antara instruments yang turut ditampilkan dalam album ini adalah Saxophone dan Didjeridoo untuk lagu yang telah disimpan selama 20 tahun oleh Kombat. Lan Bye dari Infectious Maggots turut memainkan dram untuk satu trek.

Walaupun banyak label telah menyatakan minat mereka untuk rilis album mereka kali ini, Kombat tetap dengan pendiriannya untuk menerbitkannya semandiri yang boleh. Dia mengeluarkan keseluruhan modal untuk album ini dan akan menerbitkannya sendiri. Mereka akan cuba cari label-label yang betul-betul independent untuk tujuan pengedaran. Kerja producing album ini dilakukan oleh Hili sendiri dan kerja-kerja mastering dilakukan di New York, USA.

“Kami dah puas kena lipat masa zaman awal dulu. Label kata album kami tak laku. Tapi tak logik album tak laku sedangkan surat yang kami terima dari pendengar berguni-guni zaman tu”.

Dengan teknologi yang makin maju dan cara komunikasi dan promosi media sosial yang ada kini, kisah syarikat rakaman menipu artis rasanya tidak patut lagi berulang. Kita tunggu kemunculan album baru ni nanti.



Kombat, Bob, Nazim, Ami, Jama, Hili, Li Rozli.

No comments: