Friday, April 22, 2016

Ulasan: Cinta Si Penggali Kubur 'Puisicore' kaset (Tempang Records)



Ini dia band yang “satu macam” dan lain dari yang lain, pada pendengaran akulah. Dulu Terengganu ada band Kasih Sayang yang juga agak unik dan penuh ‘puisi’. Kini datang Cinta Si Penggali Kubur yang menamakan muzik mereka ‘puisicore’.  Dengan alunan gitar yang ada bau black metal. Kebanyakan lagu dalam kaset ni tidak menggunakan dram, hanya gitar, vokal dan bantuan beberapa alatan muzik yang tidak konvensional untuk sebuah band seperti ini. Lagu-lagunya pendek dan kurang dari satu minit. Hanya dua lagu yang menggunakan dram dan keyboard termasuklah ‘Tok Adi Stone’.

Lagu yang sedap dalam kaset ni adalah ‘Asap’, ‘Negaraku Penjaraku’, ‘Carut’, ‘Sendawa’ dan’ Tok Adi Stone’. Kontek Tempang Records.



1 comment:

Julie M said...

Salam Nizang!
Wah ni btl2 tape not dead ni...