Sunday, April 14, 2013

Buku Jalanan UIA #6 + Kelas Bikin Zine



Tanggal 14 April 2012, telah diadakan Kelas Bikin Zine di siri Buku Jalanan UIA yang keenam. Buku Jalanan adalah aktiviti anak muda yang makin mendapat sambutan di serata tanah air sekarang. Aktiviti ini turut diadakan di banyak negeri-negeri dan daerah-daerah yang lain termasuk di Sabah dan Sarawak. Di setiap acara Buku Jalanan, buku-buku akan dipamer untuk dibaca dan dikongsi. Pengunjung juga boleh membawa pulang buku-buku untuk tempoh yang ditetapkan.


Untuk siri keenam Buku Jalanan UIA (Universiti Islam Antarabangsa, Kuala Lumpur), turut diadakan Kelas Bikin Zine. Bertempat di tepi ‘sungai teh tarik’ UIA Gombak, antara kolektif yang terlibat dalam perkongsian tentang zine adalah Kolektif Pop Press, Republik Seni, Zine Satu Malam dan Mosh zine. Personel-personel kolektif Buku Jalanan Shah Alam juga turut hadir memberi sokongan kepada acara yang diadakan bermula jam 5 hingga 7 tersebut.


Antara tips-tips yang dikongsikan adalah memperkenalkan tentang zine, idea untuk menulis, motivasi, percetakan, binding, isi zine dan macam-macam lagi. Turut diadakan sesi soal jawab berkenaan zine dan kolektif masing-masing. Pengunjung dan peserta juga turut berkongsi sedikit makanan seperti kek dan donut.

Acara ini mengingatkan penulis tentang ‘zine picnic’ yang selalu diadakan di merata tempat tetapi jarang diadakan di Malaysia. Tahniah kepada Aus dan Buku Jalanan UIA kerana mengadakan kelas santai ini dan didoakan agar Buku Jalanan UIA terus aktif.



1 comment:

Adi Herman said...

Kitorang di Bintulu Sarawak sini pun dalam perancangan nak buat Buku Jalanan jugak...tunggu saja la kemunculannya nanti hehe