Tuesday, January 3, 2012

Countdown 2012



Dulu di kereta kawan aku ada tampal sticker potong bertulis ‘ustazazhar.net’. Dua tahun lepas kawan sepejabat aku selalu duk tengok video Ustaz Azhar selain video-video Slayer di youtube sebelum youtube diharamkan di tempat aku kerja. Kata kreatif, tapi youtube pun nak dibloknya. Dia kadang-kadang cerita pada aku pasal Ustaz Azhar tu terutama pasal slang Ganu yang pekat.

Tahun lepas aku ada nampak poster kuliah Ustaz Azhar di Masjid TTDI. Tertulis bahawa Ustaz Azhar ni ustaz paling glemer di internet. Aku pun tengok juga video-video dia di youtube. Mak aku siap nak beli ipad sebab nak tengok Ustaz Azhar di youtube. Wah, besar betul pengaruh Ustaz Azhar ni. Walaupun tak pernah masuk TV tapi lagi glemer dari ustaz yang masuk TV aku rasa.

Malam tahun baru, aku dengan bersemangat pergi Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Cari peta di internet sejam tak jumpa-jumpa. Redah sajalah. Aku lalu di tempat yang Frinjan selalu diadakan di situ pada pukul sembilan. Nampak banyak kereta parking di situ dengan lelaki-lelaki berkopiah dengan isteri dan anak-anak kecil. Aku pun selamba letak kereta tepi jalan tu. Ikut sahaja orang-orang berkopiah tadi, sebab tak tahu jalan. Terasa macam zaman-zaman dulu kalau nak pergi gig, tapi tak tahu tempat, ikut sahaja remaja-remaja yang pakai baju hitam atau baju-baju rock sikit, mesti sampai punya. 

Jalan jauh juga, tepi tasik. Berpeluh ketiak. Lalu sampailah aku di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Di depan aku fuhh…ramai tak terhingga orang sedang bersolat isyak berjemaah dah rakaat akhir. Sebab acara dah nak sambung, aku fikir aku solat kat rumah karang sajalah. Aku ambik pot yang aku kira paling cun nak tengok Ustaz Azhar. Duk tepi pentas. Nak kontek kawan aku tu, malas pulak, punyalah ramai orang. Pihak penganjur mengumumkan lebih kurang 70 ribu orang berada di situ malam tersebut. (Kalah Dataran Merdeka yang aku baca di Utusan, 50 ribu pengunjung).


Sempatlah tengok Sham Kamikaze goreng gitar, Shahir menyanyi dan seorang lagi Dakmie. Lepas tu tiba giliran Ustaz Azhar naik pentas. Ramai orang teruja. Bersorak, berdiri dan menyerbu pentas. Fuh apa magik ustaz ni, hebat betul penangannya. Zizan menjadi pembaca soalan-soalan dari email Ustaz Azhar. Tak tahulah ada rehearsal ke tak tapi semua nampak spontan. Pecah perut layan mereka berdua yang kelakar. Ada dalam 15 soalan kalau tak silap. Selepas sesi menjawap soalan, diadakan slot meniru gaya Ustaz Azhar dengan lima peserta. Peserta datang bukan dari Selangor sahaja. Ada yang datang dari Termerloh, Pahang. 



Lepas tu Zizan main gitar sikit, lagu blues. Diikuti dengan Ustaz Azhar sendiri main gitar sikit dan Zizan menyanyi. Mungkin untuk menunjukkan muzik tak haram, alat muzik tak haram. Tapi jangan sampai lalai tak ingat ‘semayang bang, sura bala’. Dua jam juga slot mereka. 

Selepas sahaja habis slot Ustaz Azhar dan Zizan jam 11.30, kebanyakan pengunjung bangun. Ada yang balik, ada yang pergi ke gerai-gerai jualan. Aku turut bangun dan ke gerai jualan. Beli baju dan buku Ustaz Azhar, pergh! Ingatkan dah habis persembahan tapi persembahan diteruskan oleh Ustaz Akhil Hayy. Aku dan ramai orang hanya tengok Ustaz Akhil Hayy dari jauh. Dari tempat gerai-gerai jualan. Tepat jam 12 malam, bergema Asma Ulhusna.

Maknanya aku terlepas tengok Ustaz lagi sorang tu, yang juga dari Terengganu tu, yang selalu keluar di TV9 (lupa nama dia). Dan Imam Muda tu. Ke Imam Muda tu sekadar jadi imam untuk Maghrib dan Isyak? Tak pasti sebab aku lambat, isteri aku masih di Hospital kerana darah tinggi. Sampai harini. Harap semuanya selamat, Amin.  



Bagus juga ada program macam ni untuk sambut tahun baru masehi. Sekurangnya pengunjung datang boleh muhasabah diri. Dapat ilmu pengetahuan disamping berhibur. Takdelah berhibur dan berparty kosong sedangkan tahun baru bermakna rumah kata pergi, kubur kata mari.

2 comments:

faizal abd fathi said...

harap acara ni jadi acara tahunan...kalau PKR still kat Selangor...kalau BN......harap faham sendiri la

Dr. Ben said...

event underground boleh buat camtu?