Friday, January 8, 2010

10 tahun dah masuk 11 rupenye...

Aku start bende alah M.O.S.H awal tahun 1999. Tahun tu je keluarkan 3 issue. Issue akhir tahun 2009 ingat nak buat isu sempena 10 tahun...tapi ni dah masuk 2010 ni. Isu 13 tak nampak-nampak lagi akan release, bahan pun masih sikit...tapi cuti semester dah bermula. Jadi lepas ni bolehlah meneruskan apa yang tertangguh.

Kat sini aku nak listkan orang-orang yg banyak berjasa dalam pembikinan Mosh zine sepanjang 10 tahun ni...

Samir -banyak tulis column dan jugak review untuk isu-isu awal Mosh.
Shah -buat layout, design untuk isu 6 dan 7! jugak ada tulis column, dan boleh kata aku selalu ngan dia ke hulu-ke hilir dalam tahun 1998-2003. Selalu ikut pergi fotostet dan beri nasihat2 bernas untuk zine isu 6-7.
Syed -aku banyak curik artwork die taruk dalam zine aku.
Rizie -buat layout issue 9

Semua yang pernah beli baca, sokong, tulis surat order zine ni (those were the days) dan jugak yang beli kat gig, hantar artwork, hantar poem (suya, fawa). Semua band, editor yang jawab interview aku. Kawan-kawan; Rule, Fazri, Shabri, Nazri, Mat Lo yang jugak buat zine masa era aku awal-awal buat zine...ramai lagi, korang rok!

1 comment:

FastRi said...

tahniah kerana masih kekal dan punya spirit. semangat terus.