Monday, January 11, 2010

Couple 'Pop Tak Masuk Radio' CD



Couple muncul lagi dengan album kedua dalam tahun 2009. Lagu-lagu yang betul-betul menangkap untuk aku adalah 'Lagu Cinta Untukmu', 'Mencari Malaysia' dan 'Semua Tak Boleh'. Lagu 'Radio', 'Whoa Sayang' dan 'Gila Bayang' pun sedap jugak. Untuk pengikut-pengikut couple, RM10 is really worth it just for those 6 tracks I mentioned earlier! Untuk yang baru nak dengar Couple, mungkin patut dengar album-album terdahulu dulu.

Kali ini, Couple tampil berani dengan lirik-lirik pedas dan politikal. Tajuk album pun agak pedas jugak. Dalam lagu 'Mencari Malaysia', mereka nyanyikan tentang perpaduan kaum/anti-rasis dan dalam 'Semua Tak Boleh' mereka menyoalkan tentang pemerintahan Malaysia yang serba-serbi tak adil dan penuh larangan.

Mencari Malaysia

Mari mencari mencari
Mencari ertinya Malaysia
Mari mencari mencari
Mencari ertinya merdeka

Dah lama kita membina bersama
Banting tulang untuk Malaysia
Kenapa pula nak dibeza-beza
Manusiakan semuanya sama

Tok nenek kita mungkin ada beza
Sebab itu panggil Malaya
Kita pula membesar bersama
Sebab itu panggil Malaysia

3 comments:

Eezmo said...

kat teganung mane bley dapat bro?

Nervhous Records said...

buleh email aidil kat encik.aidil@gmail.com

kalu nok aku buleh tlg belikan

buleh dgr lagu kat sini:
http://www.reverbnation.com/couple

Eezmo said...

kirim ke deme ah nizang.. bile plok balik kapung?