Monday, November 23, 2009

APA ADA PADA NAMA ?

Ni aku tulis untuk zine Aniq (kalau tak silap) masa cuti raya tahun 2007. Masa tu ada yang mempertikaikan aku ni cakap je punk, tapi tak dressing punk dan tak lepak dengan budak-budak. Aku terjumpa dalam email aku, dan aku ejas-ejas sikit untuk dimuatkan dalam buku punk rock.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Sebenarnya aku cadang tak mau buat pun ape-ape acara berkaitan punk rock untuk musim raya tahun 2007 sebab aku selalu sibuk dengan hal keluarga time-time macam ni. Aku pun suruh la beberapa orang rakan buat jam session untuk raya ini. Tapi macam-macam pulak alasan. Aku tengok macam tak nampak jalan. Tapi atas pertanyaan dua-tiga band, dan ada juga yang beria-ia suruh aku buat, aku pun buat jugaklah.


Tapi, aku buat lambat sikit iaitu pada raya ke-5 berbanding tahun lepas di raya ke-3. Memang agak lewat dan mungkin dah ramai yang balik ke tempat masing-masing untuk bertugas. Aku buat hanya semata-mata untuk memeriahkan dan untuk berkumpul dan 'bertemu-mata' dengan kawan-kawan lama dan baru. Apatah lagi pada musim perayaan macam ni kan.


Lagi satu sebab, ialah minat. Kalau tiada minat yang mendalam terhadap bende alah punk rock ni, siapa nak buat ape-ape aktiviti macam ni? Untung ringgit bukannya ada, risiko untuk rugi je yang tinggi.


Memang tak pernah terlintas langsung aku nak organize apa-apa event di sini atau di mana-mana pun untuk mendapat nama atau penghargaan mahupun dipandang tinggi oleh siapa-siapa. Aku buat jam session Nasik Dagang Raya Jam tahun 2006 pun sebab aku rasa scene di Terengganu dah lama senyap tanpa aktiviti bersama walhal band bercambah banyak.


Yalah, aku gelar diri aku punk. Tapi tak dress-up macam punk pun. Kalau mung kata tak dressing macam punk tu bukan punk. Habis, Ian Mackaye, Henry Rollins, Greg Greffin tu apa? Bagi aku mereka-mereka ni tersangatlah punk rock. Sekadar beberapa nama, ramai lagi di luar sana yang punk rock tapi tak berjaket, berambut Jamaica, tak berbesi tajam dan lain-lain.


Aku tahu, sesetengah budak-budak punk memperjuangkan 'the fashion side of punk'. Aku hormat perjuangan kau, itu hak kau. Itu cara kau. Bagi kau, definisi punk kena berpakaian macam punk. Ada pulak yang perjuangkan punk kena lepak dengan budak-budak punk tiap sabtu kat bus stand. Fine, itu part diorang. Itu sumbangan kau untuk scene punk tempatan. Aku respect kau punye sumbangan. Maybe boleh sampaikan knowledge yang kau ada pada budak-budak punk yang baru nak belajar. Tapi kesemua itu TIDAK wajib bagi aku untuk menjadi punk.


Apa kata kita buat part masing-masing. Tak payah la kita bersaing-saing dalam scene hardcore punk kecil macam kita ni. Kalau nak bersaing, baik masuk muzik-muzik ke Akademi Fantasia ke. Semua orang ada tempat dalam scene hardcore punk ni. Kita buat apa yang kita rasa patut untuk memeriahkan dan menaikkan scene tanpa ada rasa nak nama atau nak saing-bersaing.


Ini cara aku, yang aku rasa patut untuk disumbangkan untuk scene tempatan. Menulis untuk punk fanzine, buat acara kecil-kecilan (takde modal nak buat gig besar) dan jugak mengedarkan hasil rakaman band kawan-kawan (tu pun kalau ade duit). Aku buat ni semua pun sebab aku minat gila dengan hardcore punk, band-band tempatan dan aku rasa mereka mempunyai potensi dan patut diberi galakan untuk pergi lebih jauh.


Punk dah wujud sejak akhir 70an dan definisi punk adalah berbeza untuk setiap orang. Ia sudah berevolusi dan ia tidak patut static seperti di awal kewujudannya. Ideologi punk adalah hasil ciptaan manusia jadi sudah tentu ia tidak sempurna. Jadi, kita sebagai seorang manusia yang ada otak dan sekolah tinggi-tinggi mestilah memperelokkannya ke tahap maksima. Kita duk kat Malaysia bukan UK atau America. Kita buatlah guna acuan kita.


Oklah aku rasa sampai sini dulu tulisan aku untuk kali ini. Jika ada yang hendak memberi maklumbalas tentang tulisan ini, bolehlah kontek aku di alamat email yang tertera di atas. Terima kasih. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

1 comment:

Dhani said...

apa crita projek buku punk nih. set set ganu, mung dgn mat yie jek baru submit. set set cikgu tak jalang lasung lagi tuh. push sikit cikgu cikgu tu. hehe