Saturday, July 25, 2009
Mosh zine: selepas 10 tahun
Harini Mosh#12 keluar. Sempena itu jugak aku nak syok sendiri kat sini sebab ia menandakan dah 10 tahun zine ni berada dalam scene hadkopang ni. 10 tahun masa yang sangat panjang.
Issue kali ni berharga RM3. Murah la tu. Sekarang bukan macam zaman 90'an. Scene zine meriah sangat. Semua zine jual RM2. Kadang-kadang kalau kos fotostet RM2.30 pun, jual RM2 jugak. Karang jual RM3 kang, kene cop rip-off, kapitalis, iblis.
Sang editor siang malam perah otak carik idea nak menulis, beli Kodak nak gi ambik gambar kat gig, tambang bas lagi, tunggu bas lagi berejam, beli stem lagi nak hantar soalan interview kat band, lepak cyber cafe berejam-rejam nak siapkan zine, semua tu dulu tak pernah difikir. Tak diambil pusing.
Semuanya lega dan memuaskan bila dapat siapkan satu-satu issue. Dapat feedback pulak tu. Boleh laku ratus-ratus copy pulak tu.
Seronok, dulu-dulu komunikasi pakai surat. Pastu jumpa orang yang kita tulis surat tu dekat gig atau di mana-mana. Memang seronok, macam blind date la, haha.
Aku rasa zine Mosh pernah jugak mencecah penyalinan 500 copy. Tapi tu semua zaman dulu, zaman 90an dan awal 00an. Zaman sekarang ni, dapat jual zine 100 copy, fuhhhhhh!!! Satu yang menggemparkan!
Aku melalui banyak suka-duka dengan zine ni. Kenal ramai kawan, dari jauh dan yang dekat. Jual kat gig, pakai pos, trade, taruk kat kedai, macam-macamlah.
Issue 12 ni takde spesel sangat. Sama macam issue-issue biasa; ada tulisan aku sikit, interview sikit, review sikit...Kalau ada masih rasa nak beli zine fotostet tu, korang tau apa tindakan susulan.
Labels:
punk rock,
scramble eggy,
sekolah lama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
One word...Awesome!!
mcm biase ar nizang. jumpe nnt bwk 1 copy kayh. haaa jam session 9 august ni jadi tau. kat studio andax je. ddt main tau.
Keep it up! (3X)
-acai-
long live!
Post a Comment