Monday, June 17, 2013

Semalam yang KLMJ



Ada orang tak suka berjalan seorang. Rasa macam loser katanya. Untuk aku, aku okey je. Mungkin dah biasa jalan sorang-sorang masa zaman loser dulu. Semalam aku ke Kuala Lumpur Alternative Book Fair (KLAB) di CM Annexe berseorangan. Anak dan isteri kurang sihat dan ada di rumah. Lagipun malam tu aku ada mesyuarat untuk acara Zine Fest untuk bulan depan. Takkan nak bawa isteri dan anak. Mati kutu pula mereka nanti masa aku tengah meeting, balik mesti nak pukul 12 juga tu.

Aku tiba di Central Market Annexe jam tujuh. Betul-betul 11th hour ni sebab acara dua hari tersebut akan ditamatkan jam 8 malam tu. Ada beberapa buku yang aku nak belek dan mungkin nak beli. Sedang belek-belek dan beringat-ingat sebab duit banyak kena simpan. Buku-bukuan di rumah, di pejabat pun banyak lagi yang tak tertamatkan. Aku dah bercadang nak menapak ke Masjid Jamek untuk Maghrib. Bila lalu di tepi Masjid Jamek aku jadi hairan kenapa macam takde orang tapi lampu terang benderang. Sampai di pintu masjid barulah dapat baca bahawa ia sedang dalam proses renovasi. Aku berfikir mana lagi masjid yang dekat, lalu berjalan kaki ke Masjid India yang tak jauh dari situ. Secara auto aku dah beriadah juga petang tu. Kata pakar motivasi, berjalan ke masjid ni banyak pahala, batu-batuan di jalanan akan turut doakan kita.


Menyusuri jalan-jalan di Masjid Jamek ni mengingatkan aku pada acara Bersih 3.0 dimana aku dan kawan-kawan lalui dulu dan berehat serta ditembak dengan gas pemedih mata. Jalan Masjid India pula mengingatkan aku zaman bujang zaman loser dulu. Lama tak pergi ke sini. Dengan isteri pun pergi zaman sebelum kahwin dulu gi beli songkok dengan baju Raihan.

Aku agak budak-budak yang nak bermeeting mesti datang agak lambat nanti, takkan aku nak makan malam area Mutiara Damansara, mesti mahal jugak sikit. Kalau lepak mamak aku bukan gemar sangat masakan mamak ni. Aku teringat food court Central Market. Kedai Kelantan yang pertama kali dikenalkan oleh arwah Aiman dulu masa dia bekerja di Ricecooker. Di situ harga makannya murah tapi harga airnya buat aku sumpah seranah dalam hati. Teringat pada arwah Aiman, dan teringat pada zaman nakal-nakal selalu di CM dulu.


Jalan dari KL ke Damansara juga banyak membawa balik memori dimana dulu laluan ini memang laluan rutin aku ulang-alik dari Pusat Bandar ke TTDI. KLMJ KLMJ.

Kan betul, aku sampai rumah jam 1.05 pagi semalam. 

*KLMJ -Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

2 comments:

Adi Herman said...

Zaman sudah berubah, dan kita pun sudah menjadi matang. Pengalaman banyak mengajar kita. InsyaAllah ada hikmahnya.

zulhelmimalek said...

Sejak bau Bau Cafe dan Ricecooker dah takde dekat Annexe, dah takde tempat nak lepak dalam erti kata lepak sambil mendapat pelbagai input.