Friday, September 21, 2012

Petak Parking Tuan Pengarah

Selamba aje aku parking di petak parking tuan pengarah bomba Cyberjaya time solat Jumaat hari ini. Aku ingatkan kereta jemaah lain yang blok kereta aku. Tapi lambat sangat pulak tuan kereta ni balik. Sampai lengang surau di Bomba tu barulah ada tiga orang ahli bomba datang ke arah kereta aku. Seorang dari mereka bersuara "Lainkali jangan park kereta kat sini, tuan pengarah nak masuk. Nanti saya panggil tuan pengarah". 

Mula-mula rasa okay. Lepas tu pikir pukul berapa tuan pengarah nak datang ni? Dia marah ke tak nanti? Kot dia ada meeting ke apa ke. Kot dia taknak alih kereta dia sampai habis waktu kerja dia ke? Kot dia balik kerja lewat? Sampai malam? Apa aku nak buat ni...penantian tuan yang buat aku buntu menghitung nasib.

Setengah jam lepas tu barulah tuan pengarah datang. Aku buka pintu lalu mintak maaf dan angkat tangan. Dia tak cakap apa-apa. Hanya angkat tangan.  Aku reverse, dan sekali lagi angkat tangan kepadanya yang nak masuk parking dia yang aku hijack tu. Dia angkat tangan lagi.

 Nasib baik tak kena sembur dengan hos bomba je..

2 comments:

faizal abd fathi said...

hos bomba tak apa...takut dia kasi KALER MERAH macam bomba... tak ke haru...heheheh

MURO- ZADEL said...

pelik jugak tuan pengarah takde driver nak tolong alih kereta dia...