Malam raya pertama aku lepak dengan Rizie, Tobek dan Buyeng di tempat biasa, foodcourt di Tanjung, Kuala Terengganu. Lepas minum teh tarik, kami ke Pantai Batu Burok tapi hari hujan. Entah mimpi apa, kemudiannya kami ke Cabang Tiga untuk mencari rumah yang meletup akibat menjadi stor mercun pada bulan puasa yang lepas. Rumah tersebut tidak jauh dari rumah Rizie yang juga tinggal di Cabang Tiga. Lepas bungkus burger oblong 2 bijik di tepi jalan besar. Jam di dashboard kereta menunjukkan pukul 3 pagi.
Badan budak umur 6 tahun tercampak ke atas pokok. Otak bersepai di atas tanah. Satu Kuala Terengganu bergegar macam masa askar Jepun mula masuk dulu-dulu. Begitulah cerita penduduk Cabang Tiga yang sempat aku jumpa. "Telinga dijumpai selepas dua hari!" tambah Rizie.
Pukul 3 pagi pun ada yang masih baiki kereta Mercedes berseorangan. Keadaan gelap, lorong sempit dan lokasi kejadian hanya bersebelahan tanah perkuburan. Rizie terdiam mengenangkan cerita hantu zaman kanak-kanak dulu.
Kawan aku yang tinggal di Cabang Tiga mengatakan Cabang Tiga menjadi seperti pusat perlancongan baru selepas kejadian tersebut. Orang dari dalam dan luar negara bertandang untuk melihat sendiri lokasi kejadian rumah meletup tersebut. "Nasib baik bulan puasa, kalau dok mesti ada yang jual air dan keropok lekor".
Memang budaya di sini sebegitu. Mereka berniaga air dan keropok lekor di Stadium Runtuh dan juga di sekolah dimana tiang bendera berhayun-hayun. Jadi pesta.
3 comments:
cabang tiga! home of gulai kawah kat bazaar ramadhan! wohooo!
:)
rezeki di mana2
mak aku pernah tinggal di cabang tiga (area pasar, belakang shell kalau tak silap) sebelum pindah balik ke teluk pasu. setiap kali makan kat kedai makan opposite shell tu, aku mesti aju soalan yg sama ke mak aku dari kecik sampai sekarang, walaupun dah tau jawapan dia sama. "dulu, mama tinggal kat sini kan?" haha
Post a Comment