Monday, April 13, 2009
"pawwwer-pop" geeks kembali!
Aku tak pernah miss untuk mereview keluaran dari band "local favorite indie" aku ni sejak demo 'Turning Melancholy to Magic' masa Aidil baru abis study di UK dulu.
Dah beberapa minggu CD ni rilis, tapi aku baru dapatkannya hari minggu yang lepas di Dolls Store, Bukit Bintang. Kali ini, lebih murah iaitu RM15 berbanding album sebelumnya, 'Top Of The Pop' yang dijual RM25. Aku rasa mungkin sebab album tersebut kurang laris penjualan, seperti dinyatakan Aidil. Tapi aku dengar dari kawan aku yang pula, CD tu sangat dicari-cari. Mungkin juga kerana album tu diproduksikan bersama label USA, itu aku tak tahu tapi aku sendiri berasa lega dengan harga 'Teenage Disc Fantastic' ni.
Aku dah dengar sedutan lagu favourite aku dalam album ni 'Hey Now!' dalam filem K.A.M.I lewat tahun lepas. Memang menarik, antara trek lain yang jugak menarik bagi aku adalah 'Love You Yes', 'Menarilah Hey!', 'Gonna Getchoo' dan 'Lies'. Pengaruh kuat masih seperti biasa, The Beatles, Weezer dan pop 60an dan pop 70an...
Inlay yang simple tapi cool dengan gambar2 mereka bersama 'peminat-peminat' (such a dirty word in punk rock) mereka. Boleh try carik dekat kedai yang tersebut di atas, Ricecooker Shop dan lawati myspace mereka untuk senarai kedai yang carry CD diorang.
http://myspace.com/couple
Labels:
reviews
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
couple rocks!!
Post a Comment