Thursday, January 15, 2009

Cikgu Punk terkantoi



Alkisahnya aku terkantoi dengan student, cerita dia mcm ni lebih kurang. Safuan Afro (die datang mase first time dumdumtak perform) pun study dekat tempat aku mengajar. So, kire lepas tu aku ngn Safuan rapat la selalu jumpe kat universiti dia beli stuff2 dari aku.

Satu hari dia bawak masuk Mosh zine #11 dalam library dan lepak dengan salah sorang student yang aku ngajar. Student aku tengok zine tu belek2. Safuan pegi cakap dekat student aku tu aku (lecturer dia) yang buat zine ni! Adus pada mulanya memang janggal. Sebab sebelum ni tak pernah pun student aku tau aku terlibat dengan kancah jenayah macam ni.

Bila jumpe student aku, ade yang perli cakap nak panggil aku Cikgu Punk la, duk sebut-sebut atau tulis Dum Dum Tak la dekat sketches diorang. Aku buat keras jer. Tak kesah sangat, asal masih ada respect diorang kat aku.

Satu hari student aku bukak laptop dalam kelas. Dia tanya "sir nak dengar lagu ape sir, semua lagu saya ade". Aku tengok kat list lagu winamp dia, terkesima jugak aku tengok list dia. Antara lagu yang dia ada termasuk, C. Dung, Nostalgia, Lumbrah, Depress, Sarjan Hassan sampai Brayok pun ade! Lagu 'Ketuk Ketuaq'. Hahahha...

Satu hari student aku tumpang keter aku balik sembahyang jumaat. Aku pasang lagu Dum Dum Tak, pastu salah sorang dari yang tumpang tu tanye "Sir, sir kenal band Inikah Hidup?" Hahahha...(tekalah ape aku jawap)

Satu hari aku lepak library, aku takde kelas hari tu so aku pakai baju Dum Dum Tak (design first). Ada yang tanye ade jual ke tak, nak beli. Aku pun bawak la pegi kelas, 3 dari student aku beli baju Dum Dum Tak (design Subhumans)...ahhahah!!! Ok ape, buat duit!

Semalam, student aku bukak laptop, dia tanye "Sir, sir join jugak ek Inikah Hidup?", aku jawab "ya". Saya dah lame simpan lagu-lagu ni. Dia bukak laptop, semua lagu Inikah Hidup dia ada dalam satu folder kat laptop dia! Sorang student perempuan dengar perbualan kitorang tu. "Sir, sir nyanyi ek? Ada masuk radio?" Aku jawap, ha dengar lah dulu..

Bila dengar lagu jerit-jerit terus terperanjat, "Sir, ni Sir ke ni?". Pastu mamat laptop tu jawap, "Ha, ni sir la ni, tak caye ke??". Pastu student pempuan tu terus balik tempat sendiri. Mamat laptop tu cakap dia sekampung dengan Mat (kibodis Inikah Hidup). Kiranya 3 orang la budak kampung Mat student aku rupanya.

Dang!

5 comments:

Poison Flower said...

haha. ni yg mlm tu citer dgn aku ke? selamba sudah. lagi setahun setegah aku apply jadi lecrr kat Lim Kok wing ah. haha

Shahrul Azry said...

hehe~
cikgu punk rock! ;)

mYpRecious said...

huhu.. Nizang terkantoi.. Ahakkss.. :p

.abell.habil. said...

"sir, nak blowjob tak?"

yang ni jangan ye enchik "sir" james nizang de bam de bum.

good luck dan salam maju jaya.

salam,
abell

Anonymous said...

gile pale...
kalu aku, aku wat keras je...
uhuhuhu...
nk2 nyanyi lagu mcm org tgoh nerang nk berok...
~kudin R.F.X~