Showing posts with label klmj. Show all posts
Showing posts with label klmj. Show all posts

Wednesday, August 3, 2022

ALBUM BARU THE PILGRIMS DAH 70% SIAP

 


ALBUM BARU THE PILGRIMS DAH 70% SIAP -begitulah kata Kombat gitaris kumpulan The Pilgrims yang merupakan antara band punk terawal Malaysia. Namun begitu, album ini juga menurutnya akan menjadi album terakhir buat mereka. “Buat lagu baru banyok-banyok pun, orang duk mintok main lagu lama jugok”.


Apa yang menariknya album kali ini menggabungkan kembali hampir kesemua line-up mereka sejak dari awal penubuhan semasa masih menggunakan nama Hijrah (1987) sehingga ke line-up album ‘Da’ Capo’ (1996). Album ini juga dirakam di Kuantan –tempat asal penubuhan band ini, bak kata Kombat, “Mula di Kuantan dan berakhir juga di Kuantan.”



Album yang bakal dinamakan sebagai ‘Battle Royale -The Final Battle’ ini bakal memuatkan 10 lagu yang belum pernah mereka rakam. Antara lagu-lagu ini, ada yang ditulis semasa era album kedua mereka ‘Away From The Numbers’ lagi tapi baru kini pertama kali dirakam. Lagu-lagu yang ditulis oleh Kombat dan Hili ini menurutnya berbaur thrash, punk dan lain sikit dari lagu-lagu mereka sebelum ini. Antara instruments yang turut ditampilkan dalam album ini adalah Saxophone dan Didjeridoo untuk lagu yang telah disimpan selama 20 tahun oleh Kombat. Lan Bye dari Infectious Maggots turut memainkan dram untuk satu trek.

Walaupun banyak label telah menyatakan minat mereka untuk rilis album mereka kali ini, Kombat tetap dengan pendiriannya untuk menerbitkannya semandiri yang boleh. Dia mengeluarkan keseluruhan modal untuk album ini dan akan menerbitkannya sendiri. Mereka akan cuba cari label-label yang betul-betul independent untuk tujuan pengedaran. Kerja producing album ini dilakukan oleh Hili sendiri dan kerja-kerja mastering dilakukan di New York, USA.

“Kami dah puas kena lipat masa zaman awal dulu. Label kata album kami tak laku. Tapi tak logik album tak laku sedangkan surat yang kami terima dari pendengar berguni-guni zaman tu”.

Dengan teknologi yang makin maju dan cara komunikasi dan promosi media sosial yang ada kini, kisah syarikat rakaman menipu artis rasanya tidak patut lagi berulang. Kita tunggu kemunculan album baru ni nanti.



Kombat, Bob, Nazim, Ami, Jama, Hili, Li Rozli.

Tuesday, March 5, 2019

Ulasan: Iqbal M. 'PSJKB' CD (Luncai Emas)

Baru-baru ni, ada seorang ahli muzik mengatakan pengeluaran CD untuk band-band yang agak baru sudah tidak relevan, namun Iqbal M. dengan album baru mereka khabarnya berjaya menjual seribu unit CD dalam masa beberapa minggu sahaja. Tepuk dada tanya selera, aku rasa kalau band anda serius, adalah wajar mengeluarkan muzik anda dalam bentuk fizikal juga.

Mosh zine dijemput untuk ke sidang media album Iqbal M ‘PSJKB’ di The Bee hari ini namun kami tak dapat ke sana kerana urusan kerja. Alang-alang dah lama aku tunda untuk mengulas album ni, aku ulas sempena tarikh rasmi kelahiran album ni hari ini menurut kata Iqbal.



Aku mula menonton Iqbal M. ketika di Parti DuBook di Red Bugalow pada tahun 2013. Ketika set mereka Iqbal tiba-tiba datang ke arah aku dan mengetuk dada aku tiga kali macam ketuk pintu. Aku dengar sedap juga lagu-lagu mereka, ramai peminat sing along juga. Aku terus ke reruai untuk membeli CDEP mereka ‘Antara Dua Darjat’, aku jatuh cinta dan menonton video-video mereka di YouTube. Rupanya Iqbal memang follower aku di IG. Lepas tu aku ada tolong jualkan ‘A2D’ mereka, interview mereka untuk zine Mosh isu 17 dan Iqbal juga pernah order keropok lekor masa aku balik kampung.



Aku baru perasan, mereka suka gunakan akronim untuk tajuk album dan lagu-lagu mereka. Contohnya untuk lagu ‘Jangan Cakap Saja’, masa persembahan pentas mereka akan sebut ‘JCS’ sahaja. Jadi album ini menggunakan akronim ‘PSJKB’ yang membawa maksud ‘Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang’. Lapan lagu dipertaruhkan dalam album terbitan Luncai Emas ini dan diedarkan oleh Gudang Suara. Aku beli album ini masa mula-mula ia dikeluarkan di Atas Big Jan show, Bentley Damansara pada 26 Januari 2019, beratur panjang woi.

Dari pendengaran aku, album ni ada banyak pengaruh bunyian dari Butterfingers (album Malayneum dan ke atas), Monoloque dengan lirik-lirik nasihat ala Sheqal atau S.M. Salim. Semalam aku tengok Review Uncle di Tapau TV pun cakap macam ni, tapi aku tak meniru Haq dan Adly Syairi, memang aku rasa macam ni sebelum tengok ulasan diorang lagi. Namun lirik dari Iqbal ni macam main bubuh dan bedal je kadang-kadang, orang kata lirik mereka unik dan fresh. Aku juga rasa kadang-kadang liriknya tak masuk dan pelik, haha.


Aku duk dengar CD ni hari-hari kot sejak mula beli, sampai 2-3 minggu melekat dalam CD player kereta aku. Aku berani katakan album ni bakal masuk ke ‘Top 5 best local release of 2019’ untuk aku. Lagu paling menusuk kalbu bagi aku adalah ‘Kesatuan’, ‘Jangan Cakap Saja’, ‘Kalau Tewas Nanti Parah’ dan ‘Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang’.

‘Kalau Tewas Nanti Parah’ memang kuat dengan bunyi dan mood Nusantara. Bila dengar lagu ni buatkan aku rasa, memang tak tersasar lagi kalau Iqbal M. bernaung dibawah label Luncai Emas kerana itulah trademark label tersebut –Nusantara! Dan ini adalah Nusantara yang rocking dan best!
Lagu ‘Kesatuan’ pilihan hati yang utama dari ‘PSJKB’, bakal membuatkan anda goyangkan badan, melompat-lompat dan nyanyi sama bila berada di show mereka, mahupun bila anda putar CD ini dalam kereta atau bilik tidur anda. Aku harap mereka bikin video rasmi untuk lagu ini. Lirik korus lagu ini paling melekat dalam benak aku.



Packaging album ini dah lama dibocorkan designnya oleh ahli band sendiri di medsos. Ianya menarik seperti bungkusan pistol mainan yang kita kanak-kanak 80an dan awal 90an beli di kedai-kedai runcit dulu-dulu. Dan pistolnya pula adalah sebenarnya gambar bangunan parlimen dari duit syilling 20 sen, okey brilliant. Tak banyak band tempatan yang memikirkan konsep mendalam dan menarik untuk keluaran fizikal mereka. Ini adalah plus point untuk membuatkan peminat muzik membeli dan menyimpan sekeping atau beberapa keping khazanah muzik negara ini dalam simpanan.

Bila dah beli CD ini, dan suka dengan lagu mereka aku rasa menonton set mereka secara live adalah perkara yang wajib buat anda. Ini kerana showmanship mereka, terutamanya Iqbal adalah sangat luar biasa dan theatrical.  Mereka kini dalam rangka jelajah ke beberapa kota di Semenanjung Malaysia bersama Strikeout dan T.I.M. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa mereka yang friendly ni di ‘album tour’ mereka nanti.

Monday, July 17, 2017

5 Soalan: IN A SENSE (20 tahun)

IN A SENSE antara band yang aku gemari dan nantikan rilis terbaru dari mereka. Agak lama menunggu rilis dari band yang kedengaran ala-ala punk, indie dan garage rock ini. Demo 2011 mereka aku tak dapat sampai sudah walaupun dah minta beberapa kali dari Anchoi. Zine Shock N Awe ada membandingkan rilis itu dengan The Get Up Kids. Okey, tahun ini mereka ada rilis baru berformat kaset dengan cover depan menunjukkan line-up mereka pakai kain pelikat tutup kepala dan hanya nampak biji mata sahaja. Ianya terhad dan ada aku jual dan beberapa keping aku buh di Teenage Head Records. 



In A Sense dah berusia 20 tahun. Cerita sedikit sejarah band dan mungkin kejayaan-kejayaan lepas, haha. Maksud aku apa rilisan yang ada dan kompilasi yang pernah join.

Anchoi: Hehe. Pejam celik, pejam celik je zang. Aku pun tak tahu apa kejayaan-kejayaan lepas tu. Berjaya release material, main gig, jawab zine interview, cari replacement Adyr dan Amin serta masih mampu bertahan lagi sampai sekarang walaupun ada time tu aku macam rasa dah nak give-up segala-galanya. Nasib ada Kerol yang duk bagi semangat dari dulu. Tapi sejak Bard n Spexx ada ni lagi semangatlah jadinya. Mungkin inilah yang dikatakan kejayaan tu kot, hehe.

Asalnya In A Sense ni dengan nama The Paradock. Lepas released demo dalam tahun 1997/98 macam tu, kami tukar nama ke Innocent Criminal. Dan dengan nama Innocent Criminal kami released demo tape pada tahun 1999. Kami tukar lagi nama kepada In A Sense.

Line-up sejak nama The Paradock sampailah ke nama In A Sense sama je. Takda apa yang berubah cuma nama saja. Split release In A Sense dan Scandel 26 adalah release terakhir Adyr selaku vokalis/gitaris dan Amin selaku pemain gitar bersama kami.

Selepas itu beberapa rakan-rakan telah menggantikan posisi-posisi mereka. Kompilasi-kompilasi yang kami pernah terlibat adalah ‘Indipendente’, ‘Kopi Sechewen Vol.3’, ‘Non-Conformity’ dan ‘Berikan Cinta Pada Sesama’ (Dum Dum Tak pun ada sekali kan? hehe).

Ceritakan tentang rilis baru ni. Tentang lagu-lagu dan juga sesi rakaman. Berapa keping dicetak dan kenapa format kaset?

Spex: Rilis terbaru ialah Demo 2017. Ada lapan lagu semuanya. Lagu-lagu yang dirakamkan ilhamnya datang agak random. Jadi kami menulis apa sahaja yang terlintas pada ketika itu. Dirakamkan di Green House Studio dengan bantuan dan tunjuk ajar dari Tom Bollocks. Sebelum dirilis, kami merujuk kepada rakan-rakan seperjuangan dan juga Tom khasnya format apa yang harus digunakan. Akhirnya kami sepakat untuk rilis kaset sebanyak 100 keping. Test market bohh… hahaha!

Ada dua line-up baru dalam In A Sense termasuklah frontman. Frontman memainkan peranan paling besar dalam sesebuah band. Kalau tak silap lagu baru banyak Spex yang tulis?

Anchoi: Sebenornya line-up baru ni takdelah baru sangat pun. Spexx join 2008/2009, Bard pula lepas released e.p/demo 2011 untuk replace Zahid. Actually untuk demo 2017 ni, untuk lirik Spex ada tulis satu lagu dan ada satu lagu lagi Spex dan Bard tulis. Lirik lagu lain-lain tu aku tulis dan untuk song compositions tu kami buat sama-sama. Dari idea yang raw dan kami develop masa jamming. Untuk release-release akan datang aku sure Spex akan banyak bikin lirik. Akal dia tengah mencanak-canak ni...

Spex: Line-up terbaru ialah Bard di posisi gitar menggantikan Zahid. Saya join In A Sense tahun 2008/09 di posisi gitar juga. Untuk rilisan EP 2011, saya dan Shah menyumbangkan vokal bersama-sama. Ala-ala Linkin Park, hahaha... Kemudian Shah terpaksa meninggalkan In A Sense kerana komitmen beliau dan tinggallah saya di posisi vokal. 

Tentang peranan, saya rasa kami semua menyumbangkan usaha dan tenaga secara sama rata untuk rilis Demo 2017 ni. Lagu dan lirik biasanya salah seorang dari kami akan bagi idea kasar semasa jamming dan kemudian kami sama-sama akan kembangkan idea tersebut sehingga terhasil lagu yang lengkap. Jadi, proses penghasilan lagu ianya lebih kepada collective effort In A Sense.



Band apakah yang menjadi pengaruh kuat untuk rilis terbaru ini? Nampak macam Spexx banyak baca buku. Adakah pembacaan banyak mempengaruhi penulisan lirik?

Anchoi: Sejak record lagu 'Kaninne' untuk compilation ‘Berikan Cinta Pada Sesama’ (2007), The Hellacopters, Turbonegro, The Clash, Bloc Party dan beberapa band lain masih lagi menjadi inspirasi kami untuk rilis terbaru dan yang akan datang.

Spex: Untuk rilisan terbaru, saya dengar The Hives, Bloc Party, Hellacopters dan band-band seumpama dengannya. Nak cari sound Rock n Roll tu lah.. Tentang pembacaan, idea tu datang secara random Zang. Memang tak dinafikan, pembacaan pun banyak mempengaruhi penulisan lirik. Kadang-kadang artikel yang keluar di Facebook juga mempengaruhi penulisan lirik. Senang kata, tak ada bahan bacaan spesifiklah.. Hentam je semua. Hahaha!.

Apa perancangan band lepas ni?

Spex: Kami merancang untuk release split dengan Freygyle dalam masa terdekat ni. Kalau boleh, nak main gig banyak-banyak jugalah... hahaha!! Keep on Rock n Roll!


Sunday, June 18, 2017

5 SOALAN: SHIZUKA BEN AMAN

Aku pasti semua orang pernah dengar lagu ‘Redline 95’ oleh Shizuka. Kali pertama aku dengar dalam tape kompilasi Kopi Sechewen vol. 2 masa ianya baru terbit, lagu ni antara yang paling menonjol dalam tu. Beberapa minggu kemudian, di satu gig di Kuala Terengganu…band skatepunk Uncle Tobie telah mengcover lagu ni dan membuktikan pada aku, lagu ni amat sedap dan akan menjadi satu lagu hit dan disukai ramai. Shizuka kini kembali dengan nama lama SHIZUKA BEN AMAN dan baru mengeluarkan CD berjudul ‘JauhJauh’. Cuba dapatkannya, kontek Encik Faizal.


1. Lagu ‘Redline 95’ menjadi siulan semua orang. Rata-rata remaja era 90an tahu dan masih ingat lagu ini. Ada yang mengatakan Shizuka band mysterious (mungkin sebab lagu ini terkenal di serata pelusuk negara namun band ni jarang muncul di pentas). Apa komen saudara tentang sambutan terhadap lagu ini?


Masa lagu tu, orang suka… kami tak tahu pun sebenarnya. Sebab masa tu bukan macam sekarang viral-viral senang nampak. Kami budak working class; kerja, balik rumah, lepak minum kat Ah Yoong dan Studio SYJ Bazar Bulat. Kadang-kadang kami main game dan makan donut atau tengok movie. Lain-lain perkembangan dunia kami tak ambil tahu sangat. First time dapat tahu ada orang suka lagu ni, kami macam pelik dan takut. Antara sebabnya kami band noob cap ikan bilis je. Banyak benda kami tak tahu.

Pasal persembahan pentas, kami ada main tapi tak kerap. Kemungkinan juga sebab orang tak tahu siapa sebenarnya band yang main lagu ni. Mungkinlah, so diorang tak boleh contact.


Komen kami...Alhamdulillah le. Bukan ramai band yang dapat lalui macam apa yang kami lalui. ‘Redline 95’ tak dapat promo pun macam lagu-lagu zaman sekarang. Tapi tak tahu macam mana boleh menjalar ke telinga pendengar seluruh negara dan masih lagi didengari kini... ajaib. Kepada yang mendengar dan suka, terima kasih lagi sekali.

2. Lama Shizuka menyepi, kini kembali dengan nama Shizuka Ben Aman. Boleh ceritakan kenapa nama asal digunakan kembali dan cerita sedikit tentang comeback ini? Ada pertukaran ahli?Banyak lagu baru akan dikeluarkan?



Memang agak lama. Sebenarnya Shizuka Ben Aman rest sebab masalah komitmen dalam setahun dua sebelum start balik dengan pertambahan ahli baru pada tahun 2016. Azam (guitar/bvoc) adalah yang terbaru manakala Baha dah start main sejak 2013 sebelum last show iaitu Tempatan Fest di Kuala Lumpur.

Last sebelum senyap kami ada rekod lagu bertajuk ‘S.O.S’ di studio aku, Dream Project Studio Ipoh. Lagu ni masih lagi jadi opening untuk kebanyakan show kami.


Nama Shizuka Ben Aman atau SBA dah digunakan lama sebelum ni. Antara sebabnya ia digunakan kembali ialah untuk membezakan SBA dengan beribu-ribu lagi Shizuka di luar sana.

3. Ceritakan tentang CD ‘JauhJauh’, secara keseluruhan, feel dan vibe muziknya kedengaran 90an. Bunyi yang aku rindui. Dan ada lagu berbahasa melayu, juga saya puji. Ceritakan tentang lagu-lagu dalam CD ini dan juga mungkin proses rakaman?



Lagu ‘JauhJauh’ ialah lagu yang paling cepat aku tulis; dalam sejam dua je. Lagu ni ambil masa juga untuk rekod sebab semua ada komitmen masing-masing. Hari ni selesai drum, bulan depan masuk masuk gitar, bulan lagi satu masuk bass… lebih kurang macam tu lah. Mixing dan mastering aku handle sendiri sebab duit tak berapa nak ada dan dah "OK" dah di telinga aku. Mungkin ianya akan di mix dan master semula untuk versi album. Ini sebenarnya cubaan kedua aku dalam menulis lirik Bahasa Melayu. Yang first adalah ‘Setia Selamanya’ ditulis dalam tahun 2000 tapi jiwang ya amat, aku sendiri pun agak getik mendengarnya. Maybe influence muzik rock 90an Malaysia kuat skit kot. Ada perubahan yang dah dirancang untuk ‘Setia Selamanya’. Harapnya tak dikritik sangat kemudian.


Trek kedua adalah ‘Run To You’, ditulis dalam area 2006. Masih lagi guna English. Benda dah tulis so aku tak mahu ubah ke Bahasa Melayu. Dua lagu akhir dalam CD ni ditulis untuk wife aku. Masa tu kami tak kawin lagi. Dia tak tahu pun dua lagu ni untuk dia. Aku pun tak bagitahu. Recording-nya aku buat seorang sendirian alone sebab yang lain tengah busy. Aku cuba try test idea lain dalam ‘Do You Ever See’ macam ambience sikit pengaruh cover ‘Moon River’ oleh Morrisey dulu-dulu. First time dengar lagu dari Morissey ni memang terus tidur.



4. Kenapa lagu ‘Do You Ever See/Selamat Malam Akustik’ dicantum menjadi satu trek? Tidakkah jika dipisahkan

akan menampakkan ada empat trek (lebih berbaloi untuk dibeli mungkin?)

Selamat malam tu something  yang tak dirancang. Aku rasa ngam macam tu time tu. So on aje lah.



Khabarnya, encik baru mengambil alih urusan Khizanat. Boleh ceritakan apa itu Khizanat dan apa aktiviti yang akan diadakan di sana kelak?

Memang baru lagi aku takeover management Khizanat. Dulu memang nak buka satu sendiri tapi time tu Ipoh dah ada tiga art space yang kuat degan aktiviti muzik. Semua owner pun kawan-kawan so tak mahulah mengecikkan market yang dah memang kecik. Tapi bila offer untuk manage Khizanat dari Jayzuan sampai, aku ambik je lah peluang tu. Tapi masih dalam tempoh percubaan. Biasanya aku main show je, tapi kali ni kena organize. Memang susahlah juga. Tiap-tiap bulan kena usaha cover sewa. Selain dari core muzik, Khizanat ada sediakan tempat utk akitiviti macam kelas, birthday party, reunion dan lain-lain. Kalau sesiapa nak buat apa-apa kat sana boleh roger aku terus.

Kata-kata akhir?


Terima kasih kerana sudi interview aku. Lama sangat rasanya tak diinterview oleh zine. Dulu-dulu ada jugaklah. Rare. Sorry lambat sikit reply.

Kepada geng-geng Shizuka Ben Aman, teruskan mend5. engar dan suport kami band yang kerdil ni. Kami dalam usaha nak rekod semula lapan lagu lama dari EP dan lagu-lagu yang bersepah-sepah yang lain untuk dicompile jadi satu album. Kemudian baru buat album untuk ‘JauhJauh’ yang melibatkan semua lagu baru atau lama yang tak pernah direkod. Cari shizukabenaman di Facebook, Instagram, Twitter, Reverbnation dan Youtube. Jumpa korang nanti. Assalamulaikum.

Untuk mendapatkan CD & T-Shirt, kontek 0112 094 7544.

Wednesday, February 17, 2016

5 Soalan: The Pilgrims




Baru-baru ni, beberapa band lama telah mengeluarkan material terbaru mereka termasuklah Sil Khannaz, Koffin Kanser dan The Pilgrims. Masa aku sekolah menengah dulu, aku selalu sangat dengar kaset The Pilgrims (Perfume Garden, Away From The Numbers, Da’ Capo dan album live) sampai kawan aku Syed (Aftermath) mengatakan bahawa The Pilgrims adalah band kegemaran aku. Aku tak pernah pula menafikan kenyataan tersebut. The Pilgrims adalah band punk dengan bunyi gitar berat dan metal sampai ada zine yang mengatakan muzik mereka adalah punk metal ketika era 'Da’ Capo' (1996). Baru-baru ni aku berkesempatan ke kedai yang dibuka ahli asal mereka, Kombat dan membeli CD terbaru mereka, ‘Achtung! Riders’. CD ini dikeluarkan terhad sebanyak 1000 unit sahaja, jangan ketinggalan. Lanjutan dari lawatan tersebut dan mendengar album baru mereka, aku ambil keputusan untuk menemuramah beliau yang dikenali sebagai penggemar gitar ‘tajam-tajam’.

The Pilgrims adalah band punk pertama mengeluarkan demo dan album di Malaysia. Adakah berat untuk menggalas gelaran ini...

Pada mulanya agak tercabar dan gementar juga dengan selok keranya. Tapi bila dah mula segalanya, maka lepas itu kami terus menggalas gelaran itu dengan jayanya. Lagipun setelah muncul band-band lain yang sama maha hebatnya, gelaran tersebut dah jadi alah bisa tegar biasa.

Dalam the wknd session, Kombat dan Bob ada berkata bahawa The Pilgrims lebih senang main lagu-lagu lama yang menjadi ‘anthem’ di atas pentas dan tiada lagu baru. Tup-tup keluar dengan album baru. Komen sikit.

Pada masa wknd session tersebut, kami memang dah macam putus harapan dengan scene dan industri muzik kita yang macam harem J ni. Namun pada awal tahun lepas timbul idea untuk mengeluarkan album setelah line-up kami sangat complete dan jitu. Kami juga menerima banyak undangan persembahan di kenduri-kenduri kahwin di seluruh pelusuk negara, hehe.


Kombat baru sahaja membuka sebuah kedai untuk menjual merchandise The Pilgrims. Boleh bertahan ke? Ada side business mungkin di situ? Ini kali pertama aku dengar kedai fizikal dibuka untuk mejual merch satu band sahaja di Malaysia. Macam mana boleh timbul idea tu?

Konsep Kedaii Kombatt lebih kepada ‘singgah suai kenal dan minum kopi’. Kami hanya menjual merchandise The Pilgrims sahaja kerana sebelum ini merch kami hanya dijual secara online. Kepada mereka yang ingin COD, boleh singgah di Kedaii Kombatt, senang kira. Mungkin rezeki bertapak di Campbell Complex yang legendary. Itu sudah tersurat sebab memang (saya) sangat-sangat ingin membuka kedai di situ.

Band-band apa yang menjadi rujukan semasa pembikinan album Achtung Riders?

Sewaktu pembikinan album ‘Achtung! Riders’, rujukan kami hanya berdasarkan feel band-band era 90's Thrash kerana mungkin ada yang sedia maklum bahawa The Pilgrims lebih dikenali dengan genre Punk Rawk. Akan tetapi diawal penubuhan band kami sewaktu bernama Hijrah lagi, kami lebih banyak memainkan muzik Thrash. Ini kerana Thrash ada dalam diri saya cuma waktu itu (dua album pertama), producer kami adalah our legendary godfather of punk. Maka sedikit sebanyak influence dari beliau menjerumuskan The Pilgrims ke arah Punk Rawk. Akan tetapi jika kamu mengikuti dari album pertama lagi semua adunan gitar lebih kepada riff-riff berat. Saya sendiri tak pernah minat dengan gitar berbentuk bulat. Terus terang, jiwa saya lebih kepada Thrash Metal dan punk hanyalah attitude kami. Even sewaktu kami cover lagu ‘Anarchy In The UK’, ia merupakan versi Megadeth. Bukan versi Sex Pistols. Sekarang dengan line-up yang jitu, kami ingin meneruskan dengan Thrash Metal era 90’an semula. Terpulang kepada pendengar boleh terima atau tidak cara kami yang baru ini. Kami bukan mengubah genre ya. Harap maklum.

Album ‘Achtung Riders’ memang kedengaran ‘metal’. Bagaimana reaksi pendengar anda setakat ini terutamanya yang sukakan dua-tiga album anda yang terdahulu?

Mereka seharusnya agak terkejut. Namun belum ada lagi respon negatif setakat ini. Bermula dari album Da’ Capo (1996), kami sudah ada unsur-unsur Thrash. Album ‘The Wise Fisherman’ lebih kepada experimental yang tak menjadi. Kami juga nak perabih duit company ke Sidney, Australia. Yalah, depa dah untung banyak dengan Da’ Capo. Kita bagi punahlah album seterusnya, hahahahah. Album ‘Achtung! This Is Not A Metal Band’ adalah sarcastic view from us which is we already played Metal at that time.


 The Pilgrims era Da' Capo

SYB: Kalau tiada aral, temubual ni akan disambung dan dimasukkan dalam zine Mosh #18

Tuesday, March 10, 2015

Jarang-jarang keluar Sarang


Rasa macam lama benar aku tak ke acara muda-mudi. Harini aku ke Pasar Buku Boco menumpang booth Marhaen Litera untuk menjual beberapa judul buku dan zine yang masih berbaki dalam distro list. Aku ke sana juga untuk menjual buku Aniq yang aku dan Fazri (Lot Buku) baru terbitkan. Walaupun dah ada vendor lain yang menjual buku ni juga di acara yang sama, tapi dia hanya beli 6 salinan dari aku tempohari. Manalah tahu, buku ni laku jadi aku bawa dalam 30 buah lagi.

Aku tiba di lokasi, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam jam dua petang. Nampaknya tak ramai yang biasa kelihatan di acara sebegini harini. Mungkin bertembung dengan acara lain seperti Kota Wanita yang diadakan kira-kira 200 meter dari JKKN. Ia adalah acara bersempena hari wanita sedunia. Satu lagi demostrasi atau himpunan #Kitalawan yang menuntut Najib berundur dan pembebasan Anwar dan beberapa lagi acara. Cuaca juga macam kurang terang dan hujan-mendung sahaja.



Sempat juga aku teman si Pitri, tokey Marhaen Litera Distro makan tengahari. Dia ni sebenarnya baru buka kedai di Kedah. Satu masa dulu, siapa sangka akan ada kedai dibuka di Kedah yang mengkhususkan untuk jual zine dan buku indie? Sekarang dah ada, di Guar Chempedak pulak tu.  Di tempat-tempat lain juga ada tapi kebanyakannya menumpukan pada buku indie rasanya, macam Stesen Neon, Kedai Lejen dan Dubook HQ.

Laku jugaklah beberapa buah buku dan zine yang aku jual. Aku pun beli buku ‘Karya Agong’ yang ditulis oleh editor zine Pills dulu. Aku sebenarnya tak pernah kenal pun Jorji mahupun baca zine Pills tu tapi bila baca prakata oleh Jayzuan tu aku rasa macam aku perlu dapatkannya. Dan aku beli sekali CD Jayzuan yang baru keluar dan kaset XRDM di booth Projek Rabak.

Aku pun tak tahu siapa yang buat persembahan muzik hari tu. Yang aku bagi perhatian sikit masa Sefa buat persembahan. Ini kali pertama aku tonton set dia yang buat persembahan berbentuk mime. Satu pengetahuan baru juga untuk aku tentang mime ni iaitu persembahan tanpa suara. Ala-ala Mr. Bean atau Charlie Chaplin katanya. Ada juga band kawan-kawan yang perform iaitu band baru Sincerely yang dianggotai oleh Monche (komik zine LKB) dan Sid The Garrison. MC mengatakan mereka memainkan muzik eksperimental.

Jam tujuh petang aku bergegas pula ke Basement Record Store yang terbaru. Lokasinya adalah di Bukit Bintang dekat-dekat dengan No Black Tie. Mat Norr menjemput aku ke sana untuk menukar zine. Kalau tak silap aku Basement Record Store ni adalah kedai yang menumpukan perniagaan mereka jual produk DIY keluaran scene hardcore punk dan premis pertama mereka adalah berdekatan dengan Hentian Puduraya dulu.

Kedai baru mereka ni agak tersorok. Iaitu di bangunan rumah, dan berada di tingkat atas. Saiznya agak terhad. Okeylah tu. kalau kira-kira sedozen orang masuk sekaligus, memang padat. Aku membeli sekeping CD tanda sokongan pada mereka yang mengusahakan kedai ini, Shammir dan Mat Norr.



Aku turut berhubung dengan Man Dugong yang mahu membeli dua buah buku dari aku. Katanya akan ke gig di Rumah Api. Alang-alang harini aku di luar dan isteri pula keluar dengan kawan-kawannya, aku ambil keputusan singgah ke Rumah Api. Lagipun Bukit Bintang dah agak hampir dengan Pekan Ampang. Lama betul aku tak ke rumah api.

Sebenarnya sejak kebelakangan ini, aku pergi gig pun kalau band aku main sahaja atau band yang aku betul-betul nak tengok saja. Mungkin dah jaded. Aku lebih senang dan bahagia meluangkan masa bersama anak dan isteri. Nak tinggalkan mereka pada hujung minggu rasa bersalah juga.  Hari kerja aku balik dan sampai rumah dalam pukul 7.30 hingga 8 malam. Kadang-kadang sampai 8.30. Aku rasa perkara ni biasa untuk punk rocker berumah tangga. Melainkan kau kahwin dengan kaki gig jugak. Bukan taknak support gig dan band tempatan tapi sekarang fasa untuk menjadi lebih selektif. Masa aku bujang dulu dan tinggal di KL, bermula tahun 2002 hingga 2010 dulu boleh dikatakan setiap minggu aku pergi gig. Almost without fail! Ada sahaja gig yang aku pergi. Tak masuk, duduk luar pun jadi. Jual stuff. Dari gig indie, gig punk, gig hardcore semua pasti muka aku ada.

Kadang-kadang masa tinggal di Terengganu pun, aku sanggup turun ke KL semata-mata nak ke gig. Sebenarnya sebab ada band dari luar negara datang buat persembahan. Zaman tu kalau band luar negara datang, masih dikira rare lagi. Tak macam sekarang. Yang aku ingat antara band luar yang datang, yang aku turun dari Terengganu sampai ke KL adalah Battle Of Disarm dan Straight Answer. Pergh! Satu hari tu aku dan Shabri lepak dengan budak-budak Secret Seven dari Singapura. Salah seorang ahli mereka yang aku dah lupa namanya tanya aku tinggal di mana. Dia menjadi takjub bila aku bagitahu aku datang dari Kuala Terengganu ke KL semata-mata untuk tengok band atau gig.

Alah, budak band As-Sahar pun aku ada terbaca dah tak nak langsung main gig. Hanya main untuk rakaman. Untuk persembahan pentas, dihantar wakil. Sebab weekend is family time. Lainlah pula dengan ahli band punk di America atau tempat seumpamanya yang main dalam band punk adalah karier sepenuh masa. Macam dalam documentary punk ‘The Other F Word’ yang menunjukkan vokalis kumpulan Pennywise banyak berjauhan dengan keluarga kerana karier ahli band-band punk yang besar di sana adalah touring. Itu cara mereka dapat duit untuk tanggung bil dan anak isteri. Baju dan muzik mereka dikonsum oleh orang dari serata dunia. Sebab tu boleh hidup dengan menjadi punk rocker sepenuh masa.

Sesudah berurusan di Rumah Api dan menjual beberapa buku pada kenalan-kenalan di sana, ada lagi satu temujanji yang dirancang iaitu dengan Dhani Ahmad, di Shah Alam pula. Okey jugak sebab berhampiran dengan rumah aku. Dia ingin membeli buku Rabak tulisan Aniq. Itulah, nak jadi usahawan DIY ni, kena berlelah sikit. Ke sana ke mari tebalkan muka promote produk yang baru keluar.

Rasanya Dhani Ahmad antara orang pertama yang terbitkan tulisan punk rockers dan editor zine tempatan dalam bentuk buku. Sekarang dah macam-macam, dah ramai editor zine yang berasal dari scene hardcore punk terbitkan buku dengan penerbit indie. Luscius Maximus dulunya editor zine Harum Scarum dan Solidaritas, Pipiyapong dulunya editor zine Reunite dan Hilang Punca, Apek Mat Tiara dulunya editor zine Neon. Aku percaya ramai lagi editor zine sudah dan akan menerbitkan buku mereka lepas ini seperti Azaruddin Paiman, Mohd Jayzuan, Ahmad Kamal Abu Bakar, Nur Hanim Khairuddin dan Francis Wolf. Aku harap keadaan ini tidak akan membuatkan scene zine dilupakan terus. Walaupun terbit buku ni untungnya tebal berbanding zine, tapi aku rasa buat zine lebih immediate, ada rasa urgency dan perasaannya tak sama dengan buku.

Seusai perbincangan tentang scene buku indie dan editor punk tempatan aku minta diri untuk pulang. Jam dah 12.30 pagi pun masa tu.