Baru-baru ni, beberapa band lama
telah mengeluarkan material terbaru mereka termasuklah Sil Khannaz, Koffin
Kanser dan The Pilgrims. Masa aku sekolah menengah dulu, aku selalu sangat
dengar kaset The Pilgrims (Perfume Garden, Away From The Numbers, Da’ Capo dan album live)
sampai kawan aku Syed (Aftermath) mengatakan bahawa The Pilgrims adalah band
kegemaran aku. Aku tak pernah pula menafikan kenyataan tersebut. The Pilgrims
adalah band punk dengan bunyi gitar berat dan metal sampai ada zine yang
mengatakan muzik mereka adalah punk metal ketika era 'Da’ Capo' (1996). Baru-baru
ni aku berkesempatan ke kedai yang dibuka ahli asal mereka, Kombat dan membeli
CD terbaru mereka, ‘Achtung! Riders’. CD ini dikeluarkan terhad sebanyak 1000 unit sahaja, jangan ketinggalan. Lanjutan dari lawatan tersebut dan
mendengar album baru mereka, aku ambil keputusan untuk menemuramah beliau yang
dikenali sebagai penggemar gitar ‘tajam-tajam’.
The Pilgrims adalah band punk pertama mengeluarkan demo dan album di Malaysia. Adakah berat untuk menggalas gelaran ini...
Pada
mulanya agak tercabar dan gementar juga dengan selok keranya. Tapi bila dah mula
segalanya, maka lepas itu kami terus menggalas gelaran itu dengan jayanya. Lagipun
setelah muncul band-band lain yang sama maha hebatnya, gelaran tersebut
dah jadi alah bisa tegar biasa.
Dalam the wknd session, Kombat dan Bob ada berkata bahawa The Pilgrims lebih senang main lagu-lagu lama yang menjadi ‘anthem’ di atas pentas dan tiada lagu baru. Tup-tup keluar dengan album baru. Komen sikit.
Pada
masa wknd session tersebut, kami memang dah macam putus harapan dengan scene dan
industri muzik kita yang macam harem J ni. Namun pada awal tahun lepas timbul
idea untuk mengeluarkan album setelah line-up kami sangat complete dan jitu.
Kami juga menerima banyak undangan persembahan di kenduri-kenduri kahwin di
seluruh pelusuk negara, hehe.
Kombat baru sahaja membuka sebuah kedai untuk menjual merchandise The Pilgrims. Boleh bertahan ke? Ada side business mungkin di situ? Ini kali pertama aku dengar kedai fizikal dibuka untuk mejual merch satu band sahaja di Malaysia. Macam mana boleh timbul idea tu?
Konsep
Kedaii Kombatt lebih kepada ‘singgah suai kenal dan minum kopi’. Kami hanya menjual
merchandise The Pilgrims sahaja kerana sebelum ini merch kami hanya dijual
secara online. Kepada mereka yang ingin COD, boleh singgah di Kedaii Kombatt,
senang kira. Mungkin rezeki bertapak di Campbell Complex yang legendary. Itu
sudah tersurat sebab memang (saya) sangat-sangat ingin membuka kedai di situ.
Band-band apa yang menjadi rujukan semasa pembikinan album Achtung Riders?
Sewaktu
pembikinan album ‘Achtung! Riders’, rujukan kami hanya berdasarkan feel
band-band era 90's Thrash kerana mungkin ada yang sedia maklum bahawa The
Pilgrims lebih dikenali dengan genre Punk Rawk. Akan tetapi diawal penubuhan band
kami sewaktu bernama Hijrah lagi, kami lebih banyak memainkan muzik Thrash. Ini
kerana Thrash ada dalam diri saya cuma waktu itu (dua album pertama), producer
kami adalah our legendary godfather of punk. Maka sedikit sebanyak influence dari
beliau menjerumuskan The Pilgrims ke arah Punk Rawk. Akan tetapi jika kamu
mengikuti dari album pertama lagi semua adunan gitar lebih kepada riff-riff
berat. Saya sendiri tak pernah minat dengan gitar berbentuk bulat. Terus terang,
jiwa saya lebih kepada Thrash Metal dan punk hanyalah attitude kami. Even
sewaktu kami cover lagu ‘Anarchy In The UK’, ia merupakan versi Megadeth. Bukan
versi Sex Pistols. Sekarang dengan line-up yang jitu, kami ingin meneruskan dengan
Thrash Metal era 90’an semula. Terpulang kepada pendengar boleh terima atau
tidak cara kami yang baru ini. Kami bukan mengubah genre ya. Harap maklum.
Album ‘Achtung Riders’ memang kedengaran ‘metal’. Bagaimana reaksi pendengar anda setakat ini terutamanya yang sukakan dua-tiga album anda yang terdahulu?
Mereka
seharusnya agak terkejut. Namun belum ada lagi respon negatif setakat ini.
Bermula dari album Da’ Capo (1996), kami sudah ada unsur-unsur Thrash. Album ‘The
Wise Fisherman’ lebih kepada experimental yang tak menjadi. Kami juga nak perabih
duit company ke Sidney, Australia. Yalah, depa dah untung banyak dengan Da’
Capo. Kita bagi punahlah album seterusnya, hahahahah. Album ‘Achtung! This
Is Not A Metal Band’ adalah sarcastic view from us which is we already played
Metal at that time.
The Pilgrims era Da' Capo
SYB: Kalau tiada aral, temubual ni akan disambung dan dimasukkan dalam zine Mosh #18
SYB: Kalau tiada aral, temubual ni akan disambung dan dimasukkan dalam zine Mosh #18
2 comments:
The Wise Fisherman memang aku menyampah. Tapi baru ni pi kedai Kombat, beli balik CD ni (dulu ada kaset ja) dengar balikkk...
Haram J boleh dengar pulak. Hahahaha tua dah rasanya sebab boleh masuk balik dengar. Hahahahahaha
kah kah speedrider. sama macam aku. dulu beli kaset, dengar dua kali buang dalam tong sampah. baru ni beli balik CD, eh okey jugak sebenarnya...
Post a Comment