Thursday, November 12, 2015

ulasan: Ben's Bitches 'Pakatan Maut' CD


BAND PALING KECOH!

Ben’s Bitches terkenal dengan lagu lirik lucah dan juga lawak tahi di pentas. Pernah sekali di Blue Planet, mereka bawa tahi dan balingkannya pada sesama. Aku rasa ianya adalah coklat Kit-Kat yang digunakan sebagai props. Ya, aku rasa mungkin ada budak-budak punk tak berapa gemar dengan mereka sebab lawak melampau mereka. Aku ada album pertama mereka ‘National Disservice’ …tak ingat mana aku dapat (versi RM5). Dan aku pernah dengar album kedua mereka ‘Mamak Conscpiracy’ di kedai Ricecooker, Annexe Central Market dulu. Lagu ‘Happy’ versi mereka lebih poppy berbanding versi punk Carburetor Dung. Aku rasa kalau aku perdengarkan versi cover dari Ben's Bitches masa pensyarah aku suruh bawa lagu ke kelas untuk belajar Bahasa Inggeris masa di KUSZA dulu, takdelah aku kena marah depan seluruh kelas. 


Lagu ‘Pensil Besar’ dan ‘Aku Suka Jolok’ sangat nakal dan aku rasa mereka terkenal dengan lagu-lagu ini. Ramai orang dengar di youtube, mungkin. Satu hari di tempat kerja aku, ada dua orang rakan sekerja tengah berborak. Tiba-tiba salah seorang dari mereka menyapa aku dan berkata “ha, dia ni mesti tahu lagu siapa Aku Suka Jolok”. Serious aku tak pernah dengar pun lagu tu masa tu, namun aku dapat jawab, “Ben’s Bitches?” Aku main teka saja masa tu. Kedua-dua album mereka ini lebih ke arah muzik poppunk.

Panjang pulak intro, okey…aku rasa kebelakangan ni tak banyak band “punk rock” tempatan yang keluarkan proper release dan aku dahagakannya. So, bila aku nampak CD ‘Pakatan Maut’ ada jual di kedai Teenage Head Records Subang Jaya, aku terus sambar. Bila aku dengar 2-3 kali ternyata Ben’s Bitches dah berubah, bak kata mat saleh ‘matured’. Dan ini adalah album penuh Bahasa Melayu mereka. Dengan kemasukan ahli-ahli baru dan terkeluarnya CK (yang asyik nak nyanyi lirik-lirik lucah dan carut saja bak kata Ben), muzik mereka dalam ‘Pakatan Maut’ lebih kepada rock, blues dan punk. Gitar solo ala-ala Santana dan Van Halen wa cakap lu!



Lagu paling aku suka adalah ‘KECOH’ yang seronok untuk nyanyi ramai-ramai. Lagu ‘Sehari Dalam Kehidupan’ aku dengar dah ala-ala kumpulan rock XPDC tapi lirik dia ‘mengancam’. Lagu ‘Ini Gitar Mak Kau’ dan ‘Syiok Sendiri’ juga antara highlight bagi aku dalam album kali ini. Dua lagu terakhir agak berbeza pula haluannya, macam lagu-lagu lama Indonesia pun ada, Bob Tutupoli atau Broery Marantika mungkin??? Mungkin lebih ke arah konsep muzik Azmyl Yunor. Ya, Azmyl Yunor masih bermain dalam band ni tapi bukan lagi main dram tapi vocal dan tamborin. Lagu-lagu ni okey juga walaupun macam tak masuk sangat dengan keseluruhan album ini. Aku suka lagu ‘Burung Tanpa Sayap’, sedih. Ada menampilkan seorang penyanyi wanita yang tidak dicatat namanya.

Walaupun album ni tiada lagu nakal, lucah dan carut, mereka masih selamba dan kelakar, usah risau! Imej dan senireka album kali ni sangat iconic dan sempoi. Aku rekemen album ni.

No comments: