Showing posts with label marriage life. Show all posts
Showing posts with label marriage life. Show all posts

Wednesday, May 16, 2018

Seri Muka


Semalam masa makan kuih Seri Muka, Nia cakap dia tahu kenapa nama kuih ni macam tu.

Sebab ada dua warna, dan kedua-duanya sama saiz. Jadilah 'Seri'.

Aku dari mula-mula masa tahu nama kuih Seri Muka, memang teori aku tentang nama kuih ni ialah yang bahagian putih tu macam muka manusia.

Bahagian hijau tu pulak macam face mask warna hijau yang orang pakai malam-malam tu, nak bagi muka berseri-seri.

Ke teori aku salah ni?

Kuih Tok Haji Serban pulok... Hok bahagian coklat tu macam kepala/muka Tok Haji. Bahagian putih tu serban. Serban kan warna putih. Jadilah Tok haji pakai serban.

Inilah teori aku dari kecik.




Tuesday, June 27, 2017

PR kedai gajet

Tahun ni raya ke-3, kami ke kedai gajet untuk beli bateri fon. Kedai ni dalam Giant. Pekerja di situ bertanya, "mana anak seorang lagi?". Kami terkesima lantas aku bertanya, "Ha? Kenal ke?"

Rupa-rupanya raya ke-4 tahun lepas, kami telah ke kedai yang sama untuk baiki fon. Itu kali pertama kami ke kedai tersebut dan memang tak kenal pekerja di sana.

Kagum juga aku. Beratus-ratus customer datang, dia masih ingat tentang salasilah keluarga kami.

Ini PR bisnes yang bagus. Tu je nok kabo.

#positivevibes
#brocuba

Tuesday, March 10, 2015

Jarang-jarang keluar Sarang


Rasa macam lama benar aku tak ke acara muda-mudi. Harini aku ke Pasar Buku Boco menumpang booth Marhaen Litera untuk menjual beberapa judul buku dan zine yang masih berbaki dalam distro list. Aku ke sana juga untuk menjual buku Aniq yang aku dan Fazri (Lot Buku) baru terbitkan. Walaupun dah ada vendor lain yang menjual buku ni juga di acara yang sama, tapi dia hanya beli 6 salinan dari aku tempohari. Manalah tahu, buku ni laku jadi aku bawa dalam 30 buah lagi.

Aku tiba di lokasi, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dalam jam dua petang. Nampaknya tak ramai yang biasa kelihatan di acara sebegini harini. Mungkin bertembung dengan acara lain seperti Kota Wanita yang diadakan kira-kira 200 meter dari JKKN. Ia adalah acara bersempena hari wanita sedunia. Satu lagi demostrasi atau himpunan #Kitalawan yang menuntut Najib berundur dan pembebasan Anwar dan beberapa lagi acara. Cuaca juga macam kurang terang dan hujan-mendung sahaja.



Sempat juga aku teman si Pitri, tokey Marhaen Litera Distro makan tengahari. Dia ni sebenarnya baru buka kedai di Kedah. Satu masa dulu, siapa sangka akan ada kedai dibuka di Kedah yang mengkhususkan untuk jual zine dan buku indie? Sekarang dah ada, di Guar Chempedak pulak tu.  Di tempat-tempat lain juga ada tapi kebanyakannya menumpukan pada buku indie rasanya, macam Stesen Neon, Kedai Lejen dan Dubook HQ.

Laku jugaklah beberapa buah buku dan zine yang aku jual. Aku pun beli buku ‘Karya Agong’ yang ditulis oleh editor zine Pills dulu. Aku sebenarnya tak pernah kenal pun Jorji mahupun baca zine Pills tu tapi bila baca prakata oleh Jayzuan tu aku rasa macam aku perlu dapatkannya. Dan aku beli sekali CD Jayzuan yang baru keluar dan kaset XRDM di booth Projek Rabak.

Aku pun tak tahu siapa yang buat persembahan muzik hari tu. Yang aku bagi perhatian sikit masa Sefa buat persembahan. Ini kali pertama aku tonton set dia yang buat persembahan berbentuk mime. Satu pengetahuan baru juga untuk aku tentang mime ni iaitu persembahan tanpa suara. Ala-ala Mr. Bean atau Charlie Chaplin katanya. Ada juga band kawan-kawan yang perform iaitu band baru Sincerely yang dianggotai oleh Monche (komik zine LKB) dan Sid The Garrison. MC mengatakan mereka memainkan muzik eksperimental.

Jam tujuh petang aku bergegas pula ke Basement Record Store yang terbaru. Lokasinya adalah di Bukit Bintang dekat-dekat dengan No Black Tie. Mat Norr menjemput aku ke sana untuk menukar zine. Kalau tak silap aku Basement Record Store ni adalah kedai yang menumpukan perniagaan mereka jual produk DIY keluaran scene hardcore punk dan premis pertama mereka adalah berdekatan dengan Hentian Puduraya dulu.

Kedai baru mereka ni agak tersorok. Iaitu di bangunan rumah, dan berada di tingkat atas. Saiznya agak terhad. Okeylah tu. kalau kira-kira sedozen orang masuk sekaligus, memang padat. Aku membeli sekeping CD tanda sokongan pada mereka yang mengusahakan kedai ini, Shammir dan Mat Norr.



Aku turut berhubung dengan Man Dugong yang mahu membeli dua buah buku dari aku. Katanya akan ke gig di Rumah Api. Alang-alang harini aku di luar dan isteri pula keluar dengan kawan-kawannya, aku ambil keputusan singgah ke Rumah Api. Lagipun Bukit Bintang dah agak hampir dengan Pekan Ampang. Lama betul aku tak ke rumah api.

Sebenarnya sejak kebelakangan ini, aku pergi gig pun kalau band aku main sahaja atau band yang aku betul-betul nak tengok saja. Mungkin dah jaded. Aku lebih senang dan bahagia meluangkan masa bersama anak dan isteri. Nak tinggalkan mereka pada hujung minggu rasa bersalah juga.  Hari kerja aku balik dan sampai rumah dalam pukul 7.30 hingga 8 malam. Kadang-kadang sampai 8.30. Aku rasa perkara ni biasa untuk punk rocker berumah tangga. Melainkan kau kahwin dengan kaki gig jugak. Bukan taknak support gig dan band tempatan tapi sekarang fasa untuk menjadi lebih selektif. Masa aku bujang dulu dan tinggal di KL, bermula tahun 2002 hingga 2010 dulu boleh dikatakan setiap minggu aku pergi gig. Almost without fail! Ada sahaja gig yang aku pergi. Tak masuk, duduk luar pun jadi. Jual stuff. Dari gig indie, gig punk, gig hardcore semua pasti muka aku ada.

Kadang-kadang masa tinggal di Terengganu pun, aku sanggup turun ke KL semata-mata nak ke gig. Sebenarnya sebab ada band dari luar negara datang buat persembahan. Zaman tu kalau band luar negara datang, masih dikira rare lagi. Tak macam sekarang. Yang aku ingat antara band luar yang datang, yang aku turun dari Terengganu sampai ke KL adalah Battle Of Disarm dan Straight Answer. Pergh! Satu hari tu aku dan Shabri lepak dengan budak-budak Secret Seven dari Singapura. Salah seorang ahli mereka yang aku dah lupa namanya tanya aku tinggal di mana. Dia menjadi takjub bila aku bagitahu aku datang dari Kuala Terengganu ke KL semata-mata untuk tengok band atau gig.

Alah, budak band As-Sahar pun aku ada terbaca dah tak nak langsung main gig. Hanya main untuk rakaman. Untuk persembahan pentas, dihantar wakil. Sebab weekend is family time. Lainlah pula dengan ahli band punk di America atau tempat seumpamanya yang main dalam band punk adalah karier sepenuh masa. Macam dalam documentary punk ‘The Other F Word’ yang menunjukkan vokalis kumpulan Pennywise banyak berjauhan dengan keluarga kerana karier ahli band-band punk yang besar di sana adalah touring. Itu cara mereka dapat duit untuk tanggung bil dan anak isteri. Baju dan muzik mereka dikonsum oleh orang dari serata dunia. Sebab tu boleh hidup dengan menjadi punk rocker sepenuh masa.

Sesudah berurusan di Rumah Api dan menjual beberapa buku pada kenalan-kenalan di sana, ada lagi satu temujanji yang dirancang iaitu dengan Dhani Ahmad, di Shah Alam pula. Okey jugak sebab berhampiran dengan rumah aku. Dia ingin membeli buku Rabak tulisan Aniq. Itulah, nak jadi usahawan DIY ni, kena berlelah sikit. Ke sana ke mari tebalkan muka promote produk yang baru keluar.

Rasanya Dhani Ahmad antara orang pertama yang terbitkan tulisan punk rockers dan editor zine tempatan dalam bentuk buku. Sekarang dah macam-macam, dah ramai editor zine yang berasal dari scene hardcore punk terbitkan buku dengan penerbit indie. Luscius Maximus dulunya editor zine Harum Scarum dan Solidaritas, Pipiyapong dulunya editor zine Reunite dan Hilang Punca, Apek Mat Tiara dulunya editor zine Neon. Aku percaya ramai lagi editor zine sudah dan akan menerbitkan buku mereka lepas ini seperti Azaruddin Paiman, Mohd Jayzuan, Ahmad Kamal Abu Bakar, Nur Hanim Khairuddin dan Francis Wolf. Aku harap keadaan ini tidak akan membuatkan scene zine dilupakan terus. Walaupun terbit buku ni untungnya tebal berbanding zine, tapi aku rasa buat zine lebih immediate, ada rasa urgency dan perasaannya tak sama dengan buku.

Seusai perbincangan tentang scene buku indie dan editor punk tempatan aku minta diri untuk pulang. Jam dah 12.30 pagi pun masa tu.

Wednesday, October 9, 2013

Bawak anak naik kereta dan sidai baju sambil tengok filem

Haritu aku dah tengok separuh cerita Magic Beyond Words ni kat Astro, lepas tu aku ada hal. Semalam aku dapat tengok sampai habis. Tapi dalam tengok tu sempat juga bawa anak round naik kereta untuk tidurkan dia dan sidai baju.

Inspiring jugak ceritanya, tentang J. K. Rowling iaitu seorang yang mendapat bantuan kewangan dari kerajaan sebab ada anak tapi tiada suami dan tiada pekerjaan. Lepas menulis buku Harry Potter dan ia diterbitkan, dia jadi antara perempuan terkaya di Great Britain. Sebelum tu banyak liku-liku yang dilalui.

Bersekengkang mata sampai pukul 1 pasal nak habiskan cerita ni, akibatnya pagi tadi aku 'punch card dilemma'.


Monday, October 7, 2013

Endoskopi dan KAEDfest

Hari Rabu lepas aku ada temujanji di hospital. Misi dah call marah-marah sebab aku kadang lupa nak gi temujanji. Jadi tanpa cakap banyak aku cakap ‘okey’ saja. Pagi tu jam 7.30 aku dah ada congok di hospital macam arahan misi tu. Petugas di kaunter kata kena turun bawah buat ‘skop’. Entah aku tak tahu apa masa tu, ikut aje. Sampai giliran, misi suruh pakai baju hospital dan topi ala shower-cap. Siap ada tag nama kat lengan, macam masuk wad pulak. Misi suruh baring mengiring dan sembur sesuatu dalam kerongkong, nak bagi kebas kot. Doktor sampai dan terus masukkan camera ke dalam mulut-kerongkong-perut aku. Pergh. Air mata dan air liur banyak keluar. Kejap je tapi perit sikit di kerongkong dan bahagian dada. Lepas siap je, terus misi suruh panggil cleaner pasal banyak sangat air keluar. Keh keh keh. Doktor terus blah macam tu aje, misi kata ada infection dan bagi ubat. Aku balik terpinga-pinga sikit. Infection kat bahagian mana pun tak bagitahu. Lepas hari tu baru aku tahu, endoskopi takdelah seindah minum kopi, hehehe. Aku koyak tag nama terus pergi UIA.

 endoskopi oleh nizang

Aku pergi ke KAEDfest (bazaar anjuran Kuliah of Architecture and Environmental Design) di UIA sebab Buku Jalanan UIA ada buka gerai jual zine, buku dan tote bag. Jadi ingat nak tengok-tengok apa yang patut sebagai penyokong zine tempatan yang komited. Lagipun dapat m.c dari hospital dan UIA dah dekat sangat dengan hospital. Sampai je di tempat kejadian aku nampak gerai Farez (Anak Bumi) dulu. Dia tegur dan kenalkan kawan dia seorang penulis puisi. Aku belek-belek buku dan tanya-tanya sikit-sikit. Rupa-rupanya dia memang cari rezeki untuk tanggung keluarga dengan menulis, mengecat dan menjual buku-buku dan catan-catannya secara sepenuh masa. Respek juga pada mereka yang mampu mencipta kerja sendiri tanpa terikat dengan sistem kapitalis atau apa-apa aturan yang menyesakkan. Aku beli dua zine dan tote bag, beli tako untuk isteri dan keluarga di rumah, lantas balik untuk bermain-main dengan anak (sebenarnya aku tidur sejam setengah dan anak aku main naik turun naik turun katil). Lepas tu aku bawa dia ke playground. Rasa macam ayah mithali dah sikit-sikit.

Bertemu Marko(nah!)

Hari Isnin lepas aku ada appointment dengan seorang mamat ni. Namanya Marko, asal dari Venice Italy tapi kini tinggal di Pulau Pinang. Dia tengah buat pHd dan kajiannya tentang muzik, budaya dan kehidupan pemuzik punk dan metal di Malaysia. Aku pergi ambil dia di Sunway Pyramid. Nampak je kereta aku, dia tahulah tu aku walaupun tak pernah jumpa sebelum ni atau tengok gambar. Sebab di dashboard kereta aku ada sticker Marjinal katanya. 

Kami gi makan di kedai mamak tepi Sunway Pyramid. Nak makan dalam Sunway Pyramid karang kurang sikit mata yang bakal diperolehi kalau dinilai oleh masyarakat punk. Makan dalam sunway pyramid stok dengan awek atau dengan anak isteri kira okey lagi. Lepas berkenalan sikit-sikit, kami pun sambung temuramah dalam kereta, senyap sikit katanya. Soalan-soalan asas saja dan aku bagi komitmen sepenuh hati. Katanya dah ada penerbit yang berminat nak terbitkan buku dia yang kajian tentang muzik punk dan metal di Malaysia ni. Dan masa tu jugak katanya novel dia yang berjudul ‘Nazi Goreng’ tentang malay power sedang dalam proses percetakan oleh syarikat penerbitan di Singapura. Oh ya, dia juga main gitar dengan band fastcore Pulau Pinang iaitu Weot Skam, diorang baru keluar album. Sebelum tu dia main band The Nerds di Italy yang agak aktif dan produktif. 

Ramai juga katanya yang dia nak temuramah untuk kajian dia tu, antaranya; Joe Kidd (Carburetor Dung), Dr Bentara (ex-Langsuyr). Aku harap dia dapat cukup bahan untuk kajian dia. Tak sabar nak baca bukunya nanti.

Foto Marko dan Weot Skam

Monday, June 17, 2013

Semalam yang KLMJ



Ada orang tak suka berjalan seorang. Rasa macam loser katanya. Untuk aku, aku okey je. Mungkin dah biasa jalan sorang-sorang masa zaman loser dulu. Semalam aku ke Kuala Lumpur Alternative Book Fair (KLAB) di CM Annexe berseorangan. Anak dan isteri kurang sihat dan ada di rumah. Lagipun malam tu aku ada mesyuarat untuk acara Zine Fest untuk bulan depan. Takkan nak bawa isteri dan anak. Mati kutu pula mereka nanti masa aku tengah meeting, balik mesti nak pukul 12 juga tu.

Aku tiba di Central Market Annexe jam tujuh. Betul-betul 11th hour ni sebab acara dua hari tersebut akan ditamatkan jam 8 malam tu. Ada beberapa buku yang aku nak belek dan mungkin nak beli. Sedang belek-belek dan beringat-ingat sebab duit banyak kena simpan. Buku-bukuan di rumah, di pejabat pun banyak lagi yang tak tertamatkan. Aku dah bercadang nak menapak ke Masjid Jamek untuk Maghrib. Bila lalu di tepi Masjid Jamek aku jadi hairan kenapa macam takde orang tapi lampu terang benderang. Sampai di pintu masjid barulah dapat baca bahawa ia sedang dalam proses renovasi. Aku berfikir mana lagi masjid yang dekat, lalu berjalan kaki ke Masjid India yang tak jauh dari situ. Secara auto aku dah beriadah juga petang tu. Kata pakar motivasi, berjalan ke masjid ni banyak pahala, batu-batuan di jalanan akan turut doakan kita.


Menyusuri jalan-jalan di Masjid Jamek ni mengingatkan aku pada acara Bersih 3.0 dimana aku dan kawan-kawan lalui dulu dan berehat serta ditembak dengan gas pemedih mata. Jalan Masjid India pula mengingatkan aku zaman bujang zaman loser dulu. Lama tak pergi ke sini. Dengan isteri pun pergi zaman sebelum kahwin dulu gi beli songkok dengan baju Raihan.

Aku agak budak-budak yang nak bermeeting mesti datang agak lambat nanti, takkan aku nak makan malam area Mutiara Damansara, mesti mahal jugak sikit. Kalau lepak mamak aku bukan gemar sangat masakan mamak ni. Aku teringat food court Central Market. Kedai Kelantan yang pertama kali dikenalkan oleh arwah Aiman dulu masa dia bekerja di Ricecooker. Di situ harga makannya murah tapi harga airnya buat aku sumpah seranah dalam hati. Teringat pada arwah Aiman, dan teringat pada zaman nakal-nakal selalu di CM dulu.


Jalan dari KL ke Damansara juga banyak membawa balik memori dimana dulu laluan ini memang laluan rutin aku ulang-alik dari Pusat Bandar ke TTDI. KLMJ KLMJ.

Kan betul, aku sampai rumah jam 1.05 pagi semalam. 

*KLMJ -Kenangan Lalu Mengusik Jiwa

Tuesday, January 8, 2013

nyanyian masa kecil #1

Aku ingat nak ajar anak aku lagu ni nanti. Tak pasti 'trending' ke tak zaman dia sekolah nanti lagu ni. Tapi zaman aku sekolah rendah memang lagu ni hit top 40 di sekolah atau dikalangan adik-beradik. Nyanyi di perpustakaan.

Assalamualaikum... kum apa? Combat
Bat apa? Batman
Man apa? Mentol
Tol apa? Tolak
Lak apa? Laksa
Sa apa? Sepak
Pak apa? Pakcik
Cik apa? Cicak
Cak apa? Cawan
Wan apa? One two three four five six seven eight nine ten
Ten apa? Tembak
Bak apa? Bak duit
Duit apa? Duit Jepun
Pun apa? Pontianak
Nak apa? Nak CEKIK!!!

(lepas tu buat aksi nak cekik orang)

Sunday, January 6, 2013

Tok Su


Dulu masa kecil aku manja dengan Tok Su. Tok Su suka layan dan manjakan aku. Selalu aku tidur dalam ribaannya. Kalau aku kena gigit nyamuk, dia akan garukan aku. Aku ingat itu sampai saat ini sebab cara dia garu agak unik. Sangat lembut. Tidak menggunakan kuku. Kalau air teh o aku panas bila dihidang orang, dia tiupkan.

Tok Su bukanlah nenek kandung kami. Dia “tukang masak” arwah Pa semasa belajar dan tinggal bujang di UM, kalau tak silap. Dia baik dengan Pa. Jadi bila Pa bertugas di luar Negara dan bawa keluarga kami ke sana, turut dibawa ke sana adalah Chik (ibu Pa), Achik (adik Pa) dan juga Tok Su (untuk membantu di rumah di sana). Nak dijadikan kisah, aku manjalah dengan Tok Su.

Dulu-dulu Tok Su berniaga pisang goreng dengan anaknya Kak Mah di hadapan rumah mereka di Kampung Cabang Tiga. Aku ingat sekali tu aku dan kakak aku ikut arwah Pa pulang ke kampung. Tak tahu apa kes kami bercadang untuk tidur di rumah Tok Su mungkin selama dua hari satu malam. Pa tidur di rumah Chik di Kampung Petani dan ahli keluarga lain tidak balik kampung masa tu. Hidup suasana kampung serba sederhana. Aku masih ingat di rumahnya ada sawang pada siling. Aku menanyakan padanya “bakpe rumoh Tok Su banyok spider web?” Tok Su ketawa besar sampai keluar air mata bila dengar pertanyaan aku itu.

Tiap tahun pada Raya Puasa, rumah Tok Su menjadi rumah yang wajib kami bertandang. Masakan di rumahnya pasti sedap. Mungkin kerana Kak Mah juga kerja berniaga makanan di kantin dan kedai makan. Tahun lepas, pertama kali isteri dan anak aku beraya di rumah Tok Su. Tok Su sangat gembira dapat jumpa anak aku, ya lah dulu aku kecil-kecil dia jaga aku. Sekarang aku dah jadi ayah orang! Tok Su orangnya selalu ke ‘surabala’ dan juga mengajar orang mengaji kecuali kalau dia kurang sihat atau sakit ‘reboh’.

Rasanya lepas ni kami mungkin jarang ke rumahnya lagi walaupun Hari Raya kerana Tok Su telah berpindah ke ‘takah tiga’ yakni masuk alam kubur minggu lepas. Al-fatihah. Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

SYB: Foto arwah yang paling aku ingat dalam simpanan keluargaku adalah arwah sedang menggoreng sesuatu di kuali.

Thursday, December 27, 2012

hadiah kahwin pelik

hadiah kahwin paling pelik aku dapat: cd album aizat "urusan aizat amdan" dan logo syarikat Nervhous Records.

Thursday, November 8, 2012

Sedutan temuramah oleh zine Selipar Malaya





Sebenarnya interview ni untuk band Dum Dum Tak, tapi aku nak masukkan dalam blog peribadi aku...

8-Apa band idola DDT ni?

Kami semua suka Greenday, Marjinal, The Gags, FSF, Nostalgia, Bad Religion dan Widji Thukul. Aku juga suka Carburetor Dung, Kuchalana, The Mindless Show, The Bollocks, Bunga Hitam, Minor Threat, Kalashnikov, Dead Kennedys, Operation Ivy, Bob Dylan, Cat Stevens dan lain-lain. Dua-tiga minggu ni aku asyik layan Butterfingers “Kembali”, Monoloque “Jejak Tanah”, Ramli Sarip, M. Nasir, S. M Salim dan R. Azmi. Dah 17 tahun dengar punk rock dan muzik acuan barat saja sekarang baru hargai lagu-lagu melayu.

9-Apa definisi punk/hc bagi anda semua? Sejauh manakah revolusi/idea2 didalamnya berjaya mempengaruhi kehidupan anda seorang rakyat malaysia?

Bagi aku, punk/hc itu adalah ilmu dan seni yang menuntut keadilan. Dah 17 tahun aku mendalami ilmu punk/hc dan banyak aspeknya aku gunapakai dalam kehidupan aku. Dari bangun tidur sampai aku tidur semula. Dua puluh empat jam. Tapi yang utama bagi aku tetap ilmu dan cara hidup yang aku pelajari dari agama yang aku anuti iaitu Islam. Tapi sebenarnya banyak persamaan antara Islam dan punk rock. Kedua-duanya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak penindasan. Kalau dulu semua benda aku nak buat aku pikir dari aspek etika punk rock, sekarang aku nak buat apa saja aku fikir hukumnya menurut ajaran Islam.

10-Pernahkah band anda ini disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab @ disabotaj oleh sesetengah pihak?

Pernah juga dulu pernyataan aku disalah ertikan. Ada organizer gig yang bertanya padaku kalau mereka hendak menjemput kami untuk bermain di gig mereka, berapa RM perlu dibayar pada kami. Aku hanya bergurau dan menjawap RM800. Dia mempercayainya dan beritahu kawan-kawannya. Jadi kecoh. Hehehe…sebenarnya kami tak kisah pun dibayar berapa RM untuk satu persembahan. Tapi kalau boleh, sekurang-kurangnya dapat menampung tambang pergi dan balik, jadilah. Tapi kami juga faham kalau hasil tidak memberansangkan, tak perlu bayar pun takpe kalau di tempat yang berdekatan.

11-Kalau ada kenapa boleh jadi macam tu?

Mungkin kerana sekarang makin banyak band DIY yang meletak harga minima jika hendak menjemput mereka. Berbanding dulu, band-band punk/hardcore tidak meletak harga tetap. Tapi kami faham, kalau band dah lama, banyak komitmen lain dan tanggungan. Mereka perlukan duit dan tidak mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk berlatih, tambang, dan penginapan. Ada juga yang bermain muzik sepenuh masa jadi terpaksa meletak harga yang tetap jika hendak membuat persembahan.

15-Adakah band ini mempunyai ahli yang berperinsipkan Straight Edge?

Rizie dan aku dulu adalah straight edge. Tapi aku dah drop edge dan betulkan niat. Hidup bebas dari rokok, dadah, arak dan seks kasual kerana tuntutan tuhan bukan kerana idea manusia lain. Ini kerana aku mahukan keuntungan di dunia dan selepas aku meninggalkan dunia ini juga. 

20- Ada ahli dalam DDT ni yang kaki merempit tak? Hahahaha…
 
Dulu sebelum kahwin aku selalu merempit. Tapi lepas bernikah ni, dah jarang-jarang naik motor. Tapi selalu juga aku bawa anak kecil aku meronda kampong menaiki motor ayah mertua aku. Rizie dulu juga selalu merempit dengan skuternya tapi tidak lagi sekarang. Tapi kami bukan kaki rempit sebenarnya, sekadar menggunakan motor sebagai kenderaan harian untuk ke sana kemari.  
23- Sebelum mengakhiri interview ni, apakah pesanan DDT kepada newcomers yang berada kat luar sana?

Banyak belajar, baca buku dan cari rasional sesuatu tindakan kita. Jangan ikut sahaja secara buta tuli. Kalau nak buat apa-apa projek, jangan tiru orang putih seratus peratus. Ambil idea mereka tapi buatlah cara sendiri. Masukkan juga elemen dari budaya sendiri supaya ada identity tersendiri yang unik. Jangan jadi klon dan tiruan.  

24- Kata-kata akhir DDT?

CD kami yang terbaru iaitu split bersama Always Last sebanyak 12 lagu sudah berada di pasaran. Boleh dapatkan dari aku, sms aku di 0179639316 atau email nizangmosh@gmail.com. Harga RM12 kalau datang jumpa aku atau RM15 kalau aku pos kepada alamat korang. Terima Kasih pada Selipar Malaya zine, bagus nama zine ni, aku suka. Terima kasih pada pembaca. Hubungi kami untuk apa-apa atau sekadar untuk mengucapkan ‘Hi’. Assalamualaikum.

Sunday, November 4, 2012

Surat Untuk Ustaz Dr. Zaharuddin



Assalamualaikum ustaz, 

Saya teringat mendengar di radio ikim.fm, ustaz kata hukum membeli barang tiruan dan cetak rompak adalah haram dan berdosa. Saya jadi takut. Sebab dulu saya selalu beli DVD cetak rompak, tapi saya nak berhenti, Nak bertaubat. Kalau nak tengok movie, beli yang mahal sikit yang original pun takpe. Habis duit takpe, jangan masuk neraka sebab download movie sudah.

Saya kasihan tengok orang-orang Islam yang membeli dan menjual DVD filem cetak rompak dan barang-barang tiruan seperti beg tangan, baju, cermin mata, komputer klon dan telefon bimbit klon di pasar malam, uptown dan petaling street. Saya rasa saya kena belanja duit lebih dan belikan beg tangan yang original untuk isteri...

Saya juga selalu download lagu, dan kadang-kadang movie...tapi tak berapa mahir. Jadi saya rasa mudah untuk saya berhenti dan bertaubat. Saya risau tengok orang sekeliling, mungkin hal seperti ini dianggap remeh. Sebab semua orang buat, jadi kita tak rasa benda yang kita buat tu salah. Kita nak mudah. Kita lupa. Teknologi juga akan membawa kita ke neraka jahanam…

Saya ada kemusykilan Ustaz, apa hukumnya kalau kita pakai Skybox atau Openbox untuk menonton semua saluran astro secara murah. Kalau tak silap saya bulan-bulan RM20 sahaja. Sedangkan harga betul jika ambil dari Astro lain harganya, mahal. Saya rasa ada penyelewengan yang berlaku di situ. Kita orang Islam kena fikir hukum untuk segala apa yang kita buat. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu…