Showing posts with label kaunter pertanyaan. Show all posts
Showing posts with label kaunter pertanyaan. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Temuramah: fAdeDfacE




Cerita sikit tentang CD demo yang baru dikeluarkan, banyok laku? Guane feedback?

Madi: Aku nok kena tulis kut Tranung ke kut bahasa luor ni..? Hehe…campur-campurlah ya. Ok ini ialah demo kedua fAdeDfacE berjudul ‘Flying to the Moon’ setelah hampir 20 tahun mendiamkan diri. Ada enam lagu semuanya, ‘Perjuangan’, ‘Flying to the Moon’, ‘Terima Kasih’, ‘Rasuah’, ‘Anak Merdeka’ dan ‘Don’t Know’ (cover dari Carburetor Dung). Lagu ‘Don’t Know’ dinyanyikan oleh Shahlan. Jualan doklah hebat sangat, bolehlah buat beli megi enam peket, haha. Tak kisah sangat pasal jualan, yang kitorang bagi free pun ada. Yang penting kita nak perjuangkan muzik kitorang.

fAdeDfacE ni kalau dok silap band lama dari dungun, band Madi Cong, bakpe dibuat balik. Rasanya line-up lain? Bakpe dok buat band baru je dengan nama baru?

Madi: fAdeDfacE kalau ikut surat beranak dilahirkan di Dungun antara tahun 1991-1992. Memang band lama, ahli-ahlinya pun muda remaja sesangat. Hehe, aku buat balik band ni antara sebab-sebabnya;

1. Aku masih terus menulis lagu untuk fAdeDface walaupun band tak aktif.
2. Aku nak aktif balik dalam scene sebab dah lama aku tinggalkan scene ni.
3. Dahlah tu..aku takde idea dah nak tulis apa. Line-up original tinggal aku seorang sajalah. Masa mula reform dulu, tahun 2010, Lan (ex-Carburetor Dung) join on bass dan Nen (Picagari) join on drums. Tapi lepas tu Nen left the band. Latest line-up skarang; Aku (guitar/Vox), Zali (guitar), Lan (bass) & Rossi (drums). Buat band baru? Malaslah, kalau buat pun mungkin band projek sajalah. Tapi malaslah nak ada banyok2 band ni, buat pening kepala saja, hehe.

Cerita sikit tentang band fAdeDfacE yang dulu, tentang line-up...apa yang sempat dilakukan?

Madi: Alamak! Macam dah terjawab je kat atas, hehe. Aku tambah sikit ya. Line-up asal; Aku (guitar/vox), Aya (bass) dan Faizal (drums). Dengan line-up ni kitorang sempat release demo pertama berjudul ‘Not Any of Us’, ada 10 lagu semuanya. Masa tu kaset dubbing sajalah. Cover pun main fotostat saja. Salah satu lagu dari demo tersebut dimuatkan didalam Aedes Zine Compilation iaitu lagu ‘Change in My Life’

Kalau buleh cerita sikit pasal scene kat tempat fAdeDfacE dulu, di Dungun, Kuala Terengganu, dll...

Madi: Scene? Masa tu tak banyak band-band underground ni. Gig pun tak banyak, movement memang slow do’oh lah. Kalau nak carik scene yang betul-betul hidup masa tu kenalah pergi KL. Aku masa tu pun, lepas release demo pertama tu aku sambung belajar di Sarawak. So, tak banyak cerita yang aku tahu tentang scene di Dungun masa tu. Baju fAdeDfacE pun aku sempat buat dua helai saja. DIY cara lama, tapi ada jugalah kitorang main beberapa kali sekitar Kuala Terengganu. Jualan demo aku serahkan pada member aku Keytook. Dia yg uruskan jualan demo tu. Berdasarkan apa yang dia cerita pada aku boleh tahanlah jualan demo tu. Katanya banyak feedback datang dari geng-geng Johor. Baru-baru ni pun ada member aku di JB kata dia masih ada demo tu, itu sajalah pun sejarah fAdeDfacE yang tak seberapa ni.

Apa beza line-up dulu dengan line-up sekarang?

Madi: Jenuh gok aku nak jawab ni, hehe. Line-up dulu dengan sekarang tak banyok beza pun sangat. Cuma dulu kitorang budak-budak lagi. Aku suka band members yang kepala ngam. Kalau terer sangat pun tapi kepala tak ngam, tak guna jugok. Muzik fAdeDfacE ni simple je, tak perlu skills yang power-power sangat. Tak perlu solo yang berapi…tak perlu gejet yang bertimbun tu. Aku rasa macam dok jawab soalan je, haha.

Dulu Madi Cong ada main dengan band indie, Cloudy?...Betul ke? Mana pergi line-up band tu?

Madi: Bukan Cloudy, aku pernah main dengan band Mr Wilson’s Garden. Band ni band projek gabungan dari ahli-ahli dari band-band genre yang berbeza; Charles – guitar/vox (Nice Stupid Playground), aku – guitar (fAdeDfacE ), Andy - bass (Scum) dan Apai - drums (band Rock). Kitorang sempat rakam dua lagu untuk CD compilation dibawah label Pony Canyon 'Underground Chronicles'. tapi masa tu Charles dah tak bersama kami sebab masa tu juga dia tengah sibuk dengan band dia Nice Stupid Playground. Line-up masa tu; Aku, Andy & Iwan (replaced Apai on drums). Line-up ni masih ada cuma dah tak aktif. Muzik kitorang banyak terpengaruh dengan Borneo Indie style. Lain macam sikit sentuhan Indie diorang, best!

Macam mana mung got into punk rock? Band apa yang pertama sekali dengor?

Madi: Aku mula terpengaruh dengan punk ni masa aku duduk di Kg Ladang dulu. Set-set punk ramai di Kg Tanjung dan Kg Ladang. Joe Kidd pun banyak bawak pengaruh punk ke Terengganu. Masa tu aku layan The Ramones, The Macc Lads, Anti-Nowhere League, GBH, Sex Pistols. Carburetor Dung pun. Tak banyak sangat pun aku layan. Tapi Ramones banyaklah mempengaruhi lagu-lagu fAdeDfacE masa tu.

Bakpe Shahlan buleh berminat nak join Fadedface?

Madi: Macam ni…aku sms Joe Kidd menyatakan hasrat aku nak reform fAdeDfacE. Joe bagitahu Shahlan, lepas tu Shahlan call aku terus jadi. Selebihnya suruh Shahlan jawab sendiri…

Lepas keluor C. Dung, ada main mana-mana band atau sebarang projek muzik?

Shahlan: Lama sangat boh cerita ni, banyok lupa. Setakat aku ingat that era, lepas keluar dari Carburetor Dung aku ada join dua band; Basic Rights (hardcore) and Unnormal Human Genetic (Punk Rock) dan lepas tu, teruh pencen boh. Aktiviti lain banyak sangat.

Kenapa cover lagu 'Don't Know' tidak lagu-lagu lain dalam katalog Dung?

Madi: Lan jawab, aku jawab sikit…lagu ni sebenarnya best, lirik dia pun best. Pada aku kitorang nak angkatkan balik lagu ni. Tapi kitorang buat dengan version kami sendiri. Lagi pun ada fans yang rindukan suara Shahlan...hehe.

Shahlan: 'Don't know' adalah lagu favourite aku dari album pertama Carburetor Dung selain lagu 'Boo Hoo Clapping Song' yang mana aku rasa dah 'komersial' sangat dalam underground scene. Lagipung melodi lagu tu personally kena dengan stail fAdeDfacE sekarang...ke guane Madi?


Apa beza main dengan Dung dengan main dengan Fadedface (dr apa-apa segi)...

Shahlan: Tak banyak perbezaan aku rasa dua bands ni; still dalam roots yang sama. Cuma genre yang berlainan. Dengan C. Dung ada lebih memori samada dari segi shows, relationships dan scenario underground scene at that time. Lagipung dengan fAdeDfacE aku masih baru lagi, hehe. Bereh boh.

Rasanya drummer korang pun orang lama, ada band sebelum ni...macam mana boleh ajak beliau ke dalam kem Fadedface...

Madi: Ni drummer dulu ni, Nen memang orang lama. Aku kat sekolah lagi dia dah start main di gigs. Dulu dia drummer Picagari. Tak lama dia join fAdeDfacE, tapi memang banggalah dapat main dengan Nen. Lan ada benda-benda nok tamboh dok?

Pesanan pantas pada pembaca zine ni. Terima kasih...

Madi: Keep on supporting the scene and the route of all music, Punk Rock music…our demo is on sale for just RM6. Dapatkan di gig-gig yang kami ada atau like our page at www.facebook.com/fAdeDfacEband & contact us.



Thursday, November 8, 2012

Sedutan temuramah oleh zine Selipar Malaya





Sebenarnya interview ni untuk band Dum Dum Tak, tapi aku nak masukkan dalam blog peribadi aku...

8-Apa band idola DDT ni?

Kami semua suka Greenday, Marjinal, The Gags, FSF, Nostalgia, Bad Religion dan Widji Thukul. Aku juga suka Carburetor Dung, Kuchalana, The Mindless Show, The Bollocks, Bunga Hitam, Minor Threat, Kalashnikov, Dead Kennedys, Operation Ivy, Bob Dylan, Cat Stevens dan lain-lain. Dua-tiga minggu ni aku asyik layan Butterfingers “Kembali”, Monoloque “Jejak Tanah”, Ramli Sarip, M. Nasir, S. M Salim dan R. Azmi. Dah 17 tahun dengar punk rock dan muzik acuan barat saja sekarang baru hargai lagu-lagu melayu.

9-Apa definisi punk/hc bagi anda semua? Sejauh manakah revolusi/idea2 didalamnya berjaya mempengaruhi kehidupan anda seorang rakyat malaysia?

Bagi aku, punk/hc itu adalah ilmu dan seni yang menuntut keadilan. Dah 17 tahun aku mendalami ilmu punk/hc dan banyak aspeknya aku gunapakai dalam kehidupan aku. Dari bangun tidur sampai aku tidur semula. Dua puluh empat jam. Tapi yang utama bagi aku tetap ilmu dan cara hidup yang aku pelajari dari agama yang aku anuti iaitu Islam. Tapi sebenarnya banyak persamaan antara Islam dan punk rock. Kedua-duanya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak penindasan. Kalau dulu semua benda aku nak buat aku pikir dari aspek etika punk rock, sekarang aku nak buat apa saja aku fikir hukumnya menurut ajaran Islam.

10-Pernahkah band anda ini disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab @ disabotaj oleh sesetengah pihak?

Pernah juga dulu pernyataan aku disalah ertikan. Ada organizer gig yang bertanya padaku kalau mereka hendak menjemput kami untuk bermain di gig mereka, berapa RM perlu dibayar pada kami. Aku hanya bergurau dan menjawap RM800. Dia mempercayainya dan beritahu kawan-kawannya. Jadi kecoh. Hehehe…sebenarnya kami tak kisah pun dibayar berapa RM untuk satu persembahan. Tapi kalau boleh, sekurang-kurangnya dapat menampung tambang pergi dan balik, jadilah. Tapi kami juga faham kalau hasil tidak memberansangkan, tak perlu bayar pun takpe kalau di tempat yang berdekatan.

11-Kalau ada kenapa boleh jadi macam tu?

Mungkin kerana sekarang makin banyak band DIY yang meletak harga minima jika hendak menjemput mereka. Berbanding dulu, band-band punk/hardcore tidak meletak harga tetap. Tapi kami faham, kalau band dah lama, banyak komitmen lain dan tanggungan. Mereka perlukan duit dan tidak mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk berlatih, tambang, dan penginapan. Ada juga yang bermain muzik sepenuh masa jadi terpaksa meletak harga yang tetap jika hendak membuat persembahan.

15-Adakah band ini mempunyai ahli yang berperinsipkan Straight Edge?

Rizie dan aku dulu adalah straight edge. Tapi aku dah drop edge dan betulkan niat. Hidup bebas dari rokok, dadah, arak dan seks kasual kerana tuntutan tuhan bukan kerana idea manusia lain. Ini kerana aku mahukan keuntungan di dunia dan selepas aku meninggalkan dunia ini juga. 

20- Ada ahli dalam DDT ni yang kaki merempit tak? Hahahaha…
 
Dulu sebelum kahwin aku selalu merempit. Tapi lepas bernikah ni, dah jarang-jarang naik motor. Tapi selalu juga aku bawa anak kecil aku meronda kampong menaiki motor ayah mertua aku. Rizie dulu juga selalu merempit dengan skuternya tapi tidak lagi sekarang. Tapi kami bukan kaki rempit sebenarnya, sekadar menggunakan motor sebagai kenderaan harian untuk ke sana kemari.  
23- Sebelum mengakhiri interview ni, apakah pesanan DDT kepada newcomers yang berada kat luar sana?

Banyak belajar, baca buku dan cari rasional sesuatu tindakan kita. Jangan ikut sahaja secara buta tuli. Kalau nak buat apa-apa projek, jangan tiru orang putih seratus peratus. Ambil idea mereka tapi buatlah cara sendiri. Masukkan juga elemen dari budaya sendiri supaya ada identity tersendiri yang unik. Jangan jadi klon dan tiruan.  

24- Kata-kata akhir DDT?

CD kami yang terbaru iaitu split bersama Always Last sebanyak 12 lagu sudah berada di pasaran. Boleh dapatkan dari aku, sms aku di 0179639316 atau email nizangmosh@gmail.com. Harga RM12 kalau datang jumpa aku atau RM15 kalau aku pos kepada alamat korang. Terima Kasih pada Selipar Malaya zine, bagus nama zine ni, aku suka. Terima kasih pada pembaca. Hubungi kami untuk apa-apa atau sekadar untuk mengucapkan ‘Hi’. Assalamualaikum.

Thursday, September 20, 2012

Interview dengan Nizang oleh Bagi Bagi Zine (Pontianak, Indonesia)



Halo apa kabar Nizang? Bagaimana kondisi kamu saat ini?

Hi, sejahtera ke atas kamu pembaca sekalian. Aku sihat buat masa ini.

Malaysia baru saja melewati sebuah kejadian yang besar. Ada sebuah rally yang bernama BERSIH 3.0 yang diikuti mungkin ribuan warga Malaysia. Walaupun aku dan mungkin banyak kawan – kawan lain bisa membaca sendiri melalui page Facebook ataupun website lain mengenai BERSIH 3.0. Tapi menurut pendapat kamu dan menurut yang kamu ketahui, BERSIH 3.0 itu apa? Apa sebenarnya yang melatarbelakangi munculnya gerakan BERSIH 3.0?

Bersih 3.0 adalah satu perhimpunan aman yang diadakan di Kuala Lumpur dan juga di negeri-negeri lain dan juga beberapa tempat di luar Negara. Ia bertujuan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, bebas pengundi hantu, akses media yang adil (bukan dikawal oleh satu parti sahaja –parti pemerintah sekarang), di Malaysia kini ramai pekerja asing yang diberikan kad pengenalan sementara supaya boleh mengundi parti ini, itu adalah satu penyelewengan undi. Dan ibu saudara aku sendiri juga menjadi pengundi hantu untuk parti tersebut, ini sangat menyedihkan. Dan situasi ini perlu dihentikan. Putarbelit berita di media massa arus perdana harus dihentikan. Ada 8 tuntutan kesemuanya untuk perhimpunan Bersih 3.0 ini yang boleh dicari sendiri di internet. Rakyat sudah sedar dan tidak tahan lagi dengan pilihanraya yang dimanipulasi, berita yang dimanipulasi, pembaziran dan penyelewengan wang dan harta rakyat oleh parti pemerintah. Kurangkan korupsi, kronism dan suburkan keadilan media massa dan nilai-nilai murni.

As long as I know, kamu juga turut bergabung dalam rally BERSIH 3.0, apa alasan pribadi kamu untuk turut bergabung dengan gerakan tersebut. Kamu setuju bahwa pemerintahan bisa dibentuk dan dipilih oleh rakyat? Kamu percaya rakyat memilih orang – orang yang nantinya akan memerintah mereka sendiri?

Dulu masa aku bujang, aku juga terkesan dengan propaganda band punk FSF dari Sg. Petani iaitu kau hanya dijadikan alat oleh parti politik untuk menang. You're just a tool forever. Lepas menang mereka lupakan rakyat dan pengundi. Tapi sekarang sesudah berkeluarga, fikiran aku sudah berubah. Aku mahukan Malaysia yang lebih baik, masa depan yang lebih baik untuk generasi akan datang, untuk anak-cucu aku. Jadi aku memilih untuk mengundi sebab tu aku boleh cakap tentang dan sertai perhimpunan Bersih 3.0. Sebab aku nak mengundi. Macam mana banyak pengundi hantu pun, banyak SPR dan kerajaan pemerintah main tipu pun, aku hanya berserah pada tuhan.

Melihat begitu besarnya jumlah rakyat yang turut bergabung dalam rally BERSIH 3.0. Aku jadi penasaran, bagaimana kondisi disana? Bagaimana BERSIH 3.0 mempublikasikan gerakan ini dan juga menjelaskan maksud dari gerakan ini kepada rakyat? Apakah mereka juga mereka melakukan publikasi melalui media Televisi ataupun Koran? Dan apakah tidak ada reaksi dari Pemerintah yang sedang berkuasa?

Media yang digunakan adalah internet, akhbar-akhbar alternatif dan akhbar-akhbar parti-parti pakatan rakyat dan juga dari mulut ke mulut. Contoh akhbar ini adalah seperti Harakah, Roket, Suara Keadilan dan lain-lain tetapi agak susah untuk didapati kerana tuan kedai pun takut nak jual, haha! Memang kelakar politik di Malaysia ni. Oh ya, di sini kami panggil akhbar atau surat khabar dan di Indonesia dipanggil Koran.

Tetapi aku rasa, media utama adalah internet. Rakyat jadi lebih celik dan tahu situasi sebenar, dan berita-berita dengan mudah. Ini bukan tahun 1998 dimana rakyat hanya ada Televisi. Dan di Malaysia, hanya parti pemerintah yang mengawal televisi. Parti-parti dan pihak-pihak yang tidak sealiran dengan parti pemerintah tidak akan diberi ruang malah lagu band poppunk Bunkface juga diharamkan untuk disiarkan di TV dan radio kerajaan hanya kerana lirik lagu mereka mempunyai perkataan “reformasi”. Memang tiada ekses media yang adil, matang dan terbuka. Malah komik political dirampas, akhbar parti alternative kadang-kadang dirampas dan diharamkan.

Oiyah, kamu sekarang sudah berkeluarga dan baru saja punya anak. Selamat yah kawan..Semoga kamu bisa menjalankan keluarga kamu dengan baik J . Lalu berkaitan dengan aktivitas kamu di scene punkrock, bagaimana kamu mengatur waktu , jadwal , dan juga rencana – rencana dalam hidup kamu antara kegiatan di scene punkrock , berkumpul(lepak) dengan kawan – kawan scene, dan juga waktu kamu untuk bersama – sama dengan keluarga dan juga anak kamu? Kamu menetapkan prioritas untuk semua pilihan – pilihan itu?

Ya betul, aku baru setahun bernikah dan anak aku berusia lima bulan. Sejak kahwin, aku sudah agak kurang aktif di luar rumah. Jarang lepak dengan kawan mahupun ke gig. Kalau ke gig pun, yang berdekatan dengan rumah dan kadang-kala sekejap sahaja. Tapi, bukanlah tidak pergi langsung. Masa aku kena dibahagikan dengan bijak untuk keluarga, agama dan aktiviti scene. Keluarga harus diutamakan. Jadi aku harus memilih gig dan acara mana yang penting untuk aku pergi. Untuk band, mereka semua faham dan kami berjumpa sekali-sekala bila perlu. Mereka faham situasi dan komitmen aku terhadap keluarga aku yang baru hendak bermula ini.

Untuk zine pula, aku menaip di tempat kerja. Dan urusan membungkus barangan untuk dipos juga, sejak ada anak ini, aku lakukan dalam waktu kerja. Kerana di rumah, semasa anak aku tidur, akan mengganggu dan bising. Bila dia tak tidur, aku harus bermain-main dengannya agar dia kenal ayahnya supaya aku boleh menjaganya. Lagipun aku tinggal di rumah mertua (in laws), jadi aku tak mahu sepahkan ruang tamu. Jadi sekali atau dua kali dalam seminggu, aku akan berada dalam kereta aku, membungkus parcel untuk dipos pesanan-pesanan kepada pembeli aku.


Apa yang nantinya mau kamu bagi dengan anak kamu? Karena menurut aku, ketika kita sudah memiliki seorang anak, maka sebenarnya anak kita itu juga termasuk bagian dari perjuangan kita, dia juga bagian dari apa yang kita ingin rubah dari system yang ada sekarang ini. Tentunya nilai – nilai yang kita yakini bisa kita tanamkan kepada anak itu dan begitu juga dia akan bertahan dengan nilai – nilai itu hingga dewasa nanti. Apa kamu akan memperkenalkan punkrock? Ataupun kamu berharap bahwa anak kamu akan menjadi penerus dari Nervhous ? 

Tentunya aku mahu yang baik-baik saja untuk anak aku. Aku mahu sebuah Negara yang lebih baik untuk anak-anak dan cucu-cicit aku kelak. Aku turut serta dalam revolusi, dalam demonstrasi. Ada yang mengatakan padaku “kenapa nak pergi berdemo dan seperti hendak membunuh diri sedangkan kau ada anak dan isteri?” Namun itu semua aku lakukan untuk masa depan mereka dan negara yang lebih baik, sekurangnya itu apa yang aku percaya dan harapkan. Aku akan ajar anak aku apa yang baik dan apa yang buruk dari apa yang aku belajar dari agama kepercayaanku, Islam. Dan juga dari pendidikan duniawi, punk rock, seni dan pengalaman-pengalaman aku sendiri. Seterusnya terpulang padanya untuk menentukan apa yang dia suka dan tidak suka. Aku hanya boleh membentuknya namun semuanya terserah padanya, dia ada akal sendiri suatu hari nanti dan dia mampu membuat penilaian sendiri. Aku doakan dia yang baik-baik sahaja. Nervhous records dan punk rock??? Mungkin aku tidak akan memperkenalkannya secara khusus muziknya tetapi nilai-nilai positifnya…sudah pasti.

Dan kamu sepertinya juga menjadi guru? Apakah ada pengalaman menarik selama kamu menjadi guru dan mengajar murid – murid kamu? Apa ada diantara murid – murid kamu yang juga mulai memiliki ketertarikan dengan punkrock(baik itu melalui music ataupun movement)? Atau apakah kamu juga pernah bertemu dengan murid kamu di gig dan pogo/moshing bersama dia?

Ya, aku bertugas sebagai seorang pensyarah subjek Creative Studies dan Design Studies di sebuah Universiti swasta di sini. Pengalaman paling kelakar bila salah seorang anak murid aku mempunyai lagu-lagu band yang aku sertai, band screamo rock yang aku jadi vokalis, iaitu Inikah Hidup lalu dia memasang lagu-lagu tersebut dalam kelas. Dan seorang murid perempuanku bertanya, “Sir, ni sir ke nyanyi?” Ada juga student aku yang pemalas dan perasan bagus selalu memakai baju band Distillers ke kelas. Dan salah seorang anak murid aku aktif dalam kelab pelajar Indonesia di sini dan mereka kerap membawa masuk band Indonesia untuk beraksi di Malaysia termasuk di tempat kerja aku. Antara band tersebut adalah Netral, Whiteshoes and the Couples Company dan Efek Rumah Kaca. Aku pernah bertemunya di gig yang Dum Dum Tak buat persembahan bersama Efek Rumah Kaca.

Pernah juga aku dan kawan-kawan membuat persembahan muzik kepada murid-murid kami apabila semester tamat, memainkan lagu-lagu dari Radiohead, Coldplay, Zainal Abidin, 4 Non Blondes, The Cure, Pixies dan lain-lainnya. Dan ada anak murid kami yang menyertai kami menyanyikan lagu Greenday dan Fall Out Boy. Rakan-rakan sekerja aku yang juga pensyarah ada yang juga aktif dalam band DIY lain seperti Teenage Glory For The Wasted (post-rock), The Pilgrims (punk rock), Nuisance Drilled (sludge) dan kami ada membentuk band projek pensyarah bernama Majnun (noise). Ada juga rakan sekerja aku yang juga pensyarah membuat zine DIY mereka iaitu A Dream?, Diriku Untuk Dijual dan juga Innerview. Jadi, di sini ada pensyarah yang into DIY scene, independent music dan hardcore/punk juga.    

Kamu sangat aktif dalam menerbitkan tulisan – tulisan kamu. Kamu menerbitkan MOSH, dan baru – baru ini kamu juga menerbitkan dua buah buku(bersama kawan-kawan kamu juga yah?) PUNKROCK DI SEBALIK FESYEN DAN MUSIK BIZING dan AKSI REAKSI. Apakah minat baca kawan – kawan di scene punk Malaysia cukup tinggi?  Apakah distribusi buku tersebut hingga ke Negara lain selain Malaysia dan Singapura? Apakah buku – buku tersebut juga dijual di toko – toko buku regular(bukan distro hcpunk)? Apakah orang selain kawan – kawan hcpunk juga tertarik dengan buku yang kamu terbitkan(common people, not a hcpunk kid)?

Ya, aku adalah salah seorang dari penulis buku Punk Rock iaitu buku mengenai muzik dan budaya DIY punk rock di Malaysia. Buku ini dikelolakan oleh Dhani Ahmad (yang sebelumnya menerbitkan buku Goblog) dan aku. Aku juga penulis buku Aksi Reaksi iaitu buku tentang perjalanan band aku, Dum Dum Tak. Sebenarnya scene buku DIY/independent di Malaysia sangat baru dan muda berbanding dengan di Indonesia. Ramai orang Malaysia menganggap membaca adalah satu aktiviti yang membosankan dan uncool. Jadi aku dan rakan-rakan ingin cuba ubah persepsi itu. Boleh dikatakan penjualan kedua-dua buku sangat memuaskan, boleh dikatakan sangat laku dan mendapat sambutan hangat. Tapi rata-rata pembeli adalah di kalangan pengikut yang aktif di scene hardcore/punk sendiri. Mungkin kerana kedua-dua buku ini adalah cetakan terhad dan hanya dijual melalui pos dan acara-acara DIY dan tidak memasuki pasaran kedai-kedai buku. Kerana sangat terhad, jadi buku-buku ini masih belum sampai ke Negara-negara jiran walaupun ada peluang. Mungkin akan datang ada cetakan seterusnya dan akan sampai ke Negara-negara jiran terutamanya Indonesia, Singapura, dan Brunei. 

Aku tertarik sekali dengan buku AKSI REAKSI yang merupakan catatan perjalanan band kamu Dum Dum Tak. Banyak band lain lebih memilih membuat film documenter untuk menampilkan sejarah perjalanan band mereka. Kenapa kamu memilih buku? Apakah buku tersebut kamu tulis sendiri atau kamu tulis bersama – sama personil Dum Dum Tak yang lainnya?

Aku juga berminat dengan filem/movie documentary dan jika aku ada kemahiran dalam bidang videography aku ingin melakukan editing dan penggambaran untuk band kami. Tapi, apakan daya aku hanya pandai menulis. Aku sudah menulis zine sejak tahun 1999 dan aku makin serious dalam bidang penulisan jadi aku rasa aku perlu teruskan menulis. Jadi, aku berfikir aku mahu tulis tentang muzik punk di Malaysia. Sudah lama aku bercita-cita untuk menulis buku tentang band di Malaysia, mungkin band Carburetor Dung yang sudah lama aktif dan masih aktif hingga kini. Tapi agak sukar, aku kena kumpul interview-interview mereka, dan aku sendiri kena tanya banyak perkara pada mereka. Ini mungkin akan mengganggu hidup mereka. Jadi, bila aku ada bermain dengan band Dum Dum Tak dan kami agak aktif dan banyak main show berbanding band-band aku sebelum ini, jadi aku fikir…baik aku tulis buku tentang band aku sendiri. Ini kerana aku tahu hampir segalanya tentang Dum Dum Tak. Dan kami ada catatkan aktiviti-aktiviti dan idea kami di blog, jadi kerja aku semakin mudah. Sebenarnya aku suka membaca buku-buku punk rock termasuk dari Indonesia. Aku terpengaruh dengan buku ‘Double Duce’ oleh Aaron Cometbus (Amerika), Myself: Scumbag oleh Kimung tentang bekas vokalis Burgerkill (Indonesia) untuk buku Aksi Reaksi ini.

Aku ada menjemput ahli band Dum Dum Tak dan juga kawan-kawan yang pernah membantu kami untuk menulis pengalaman mereka bersama band ini juga, namun mereka tidak menghantar apa-apa tulisan. Terima Kasih pada Oxygen Media yang menerbitkan buku ini.

Seberapa pentingkah perjalanan dari Dum Dum Tak hingga harus kamu tulis dan terbitkan didalam sebuah buku?

Hahahhaha! Tidak begitu penting, kami hanyalah sebuah band baru dan mentah. Kami bukanlah band yang sudah lama aktif seperti Carburetor Dung atau Second Combat. Tapi Dum Dum Tak mempunyai ramai pendengar. Dan pendengar kami terdiri latar belakang yang luas…dari pelajar, pensyarah, orang seni, penjual buku, ahli politik, awek indie dan ramai yang menyukai lagu-lagu kami dan liriknya terutama dalam album ‘Hentikan Penindasan’ –itu apa yang aku rasakan. Mungkin kerana bahasa perantaraan yang kami gunakan dengan muzik yang tidak terlalu keras dan mereka boleh menerima apa yang kami ingin sampaikan. Aku bersyukur.

Buku ini penting untuk diterbitkan kerana di Malaysia hampir tiada buku yang ditulis berkenaan muzik rock, punk, hardcore, metal, indie dan sebagainya. Tidak seperti Indonesia. Di sini, ia sangat baru, dimulakan dengan blook kutipan tulisan budak-budak punk, Goblog (oleh Dhani Ahmad) tapi ia tidak focus pada tema punk rock, dan kemudian Mohd Jayzuan yang menulis buku 28 Hari Jurnal Rock N Roll yang juga salah satu pengaruh aku sebenarnya. Selain itu, aku rasa tiada. Jadi bagi aku, buku Punk Rock dan Aksi Reaksi adalah penting untuk diterbitkan dan aku harap lepas ini, ada lagi buku-buku sebegini yang diterbitkan di sini sebagai kesinambungan. Kerana buku sebegini ada pasarannya di Malaysia, ini terbukti dengan tahap jualan buku-buku tersebut yang habis dijual.

Apa rencana kamu dalam waktu dekat ini? Apa ada projek yang mungkin bisa mengundang partisipasi dari kawan – kawan lain di Indonesia?

Oh ya, aku dan kawan-kawan baru mengeluarkan CD kompilasi hardcore/punk Malaysia pada bulan ini (May) bertajuk Give & Take. Dum Dum Tak turut memuatkan sebuah lagu dalam kompilasi ini bertajuk “Aksi Reaksi”. Selain itu, kami sedang mencari siapa-siapa tidak kira di mana-mana Negara yang mengiginkan lagu kami untuk dimuatkan dalam mana-mana kompilasi mereka, kami berminat untuk menyumbangkan sebuah lagu pada mereka. Dan siapa-siapa saja sangat dialu-alukan untuk menghantar karya tulisan atau hasil seni mereka untuk zine aku, Mosh zine. Boleh terus hubungi aku di nizangmosh@gmail.com. Terima Kasih pada Aldiman untuk temuramah ini dan para pembaca. Jaga diri dan have fun. 




DAPATKAN ZINE INI DARI revivalpropaganda@gmail.com

Sunday, November 20, 2011

apa masalah aku dengan rokok?


Pagi tadi topik Warna Pagi di IKIM.fm berbunyi "ROKOK: MEMBAZIR DUIT MEMBAZIR NYAWA" Mengapa sukar hentikannya?. Macam-macam pandangan diberi. Ada perokok tegar yang merokok 10-15 batang sehari call cakap kalau tak dijual langsung di Malaysia baru mereka boleh berhenti. Macam beberapa panel pada acara tu cakap, kalau tak hisap rokok kebiasaanny takkan rasa nak cuba dadah.

Aku fikir rokok difatwakan haram kerana ia jugak sejenis dadah. Dadah yang dihalalkan oleh banyak kerajaan dan pentadbiran negara. Kenapa? Sebab hasil cukainya tinggi. Macam arak juga.

Sabtu lepas, aku ada kongsi cerita dan pendapat di acara pelancaran badan NGO Drug Free Youth Association (Ein Second Combat punya). Tapi aku tak cakap pasal hidup tanpa dadah sahaja. Aku cakap pasal hidup tanpa rokok, dadah dan arak. Aku banyak menekankan pada rokok. 

Kenapa aku tidak merokok? Alasan yang aku selalu guna adalah “tak mampu" (agak sinikal disitu mungkin, ok,...kerana taknak bazirkan duit untuk itu) atau dahulunya alasan aku “mak aku tak kasi“. 

Tapi sebenarnya aku pernah cuba menghisap rokok. Namun hanya diperingkat perokok poser, ketika usia aku 15-16 tahun. Aku terpengaruh dengan gambar Guns N Roses yang aku pinjam kaset mereka dari kakak saudara aku. Dan juga Kurt Cobain. Mereka suka bergambar dengan rokok di mulut. Dan juga mat-mat rock di kampung aku. Aku merasakan untuk menjadi seorang rocker, mesti hisap rokok. Budak akal panjang sejengkal macam tu la agaknya.

Tapi aku jadi tak merokok sebab aku berkawan dengan Rohock Crew, iaitu kolektif yang mengadakan gig punk pertama di Kuala Terengganu ‘Rohok Dok Patut‘. Aku menghormati mereka dan ketika itu hampir keseluruhan dari mereka tidak merokok. Jadi, aku tak nak merokok. Dan beberapa tahun kemudian, bila aku mendengar Minor Threat, aku menggelarkan diri aku sebagai salah seorang Straight Edge dan pernah menconteng tanda pangkah di tangan.

Ada yang cakap nak jadi designer kena hisap rokok-baru idea power. Ada yang cakap nak buat kerja seni macam painting dan tulis lagu kena hisap dadah baru idea dan hasil bagus. Tak tidur malam siapkan painting, tulis lagu yang power. Nak suara sedap kena minum arak. Tapi bagi aku, ada juga band-band dan artis yang hasil mereka power-power juga tanpa gunakan rokok, dadah dan arak. Aku tak tahulah, sebab aku memang tak pernah cuba arak dan apa-apa jenis dadah kecuali yang doktor bagi.

Macam Amert cakap semasa acara tersebut, ada band yang nak perform 'kena' dadah atau arak dulu. Lepas tu set hancur, sebab high/mabuk... orang yang datang tengok bayar tiket nak tengok tapi pulang hampa dan kecewa.

Ein suruh bagi nasihat pada hadirin. Aku cakap macam tulah, buat macam aku. Ambil inspirasi dari orang-orang yang tak ambil bahan-bahan intoxicants tersebut yang juga boleh hasilkan karya-karya yang power-power dan menjadi orang-orang yang cool.

Wednesday, September 21, 2011

Interview by Masked Reader 13

Ni sedutan interview bersama Nizang sahaja sebagai perkongsian..


 
       Bagaimana Ahmad Nizamuddin boleh jadi ‘nizang nervhous’ ni? Kalau tak silap bermula dari sebuah kaset dari kekasih kakak saudara bukan? Kalau tak kisah, ceritakan sedikit sejarah saudara. ‘History never looks like history when you are living through it.’-John W. Gardner 


Memang pada awal pembabitan aku dengan dunia muzik semuanya banyak dipengaruhi oleh kakak aku. Dia banyak dengar lagu best-best dan aku start terjebak sejak zaman Exist, 4U2C, KRU sampailah dia beli kaset Offspring ‘Smash’, Nirvana ‘Nevermind’, Ramones ‘Adios Amigos’ dan aku beli kaset Greenday ‘Dookie’ yang aku tengok iklan di TV. Lepas tu kakak aku banyak pinjam kaset dari kawan-kawan dia. Jadi macam-macam kaset lah aku dapat dengar masa tu disamping yang kami beli sendiri. Antara kaset-kaset penting yang kakak aku bagi kat aku adalah The Pilgrims –demo dan dua album pertama, Dull Entertainment Programme –first e.p, Enslaved Chaos e.p, Millencollin ‘Life On A Plate’, No Fun At All ‘Out Of Bounds’, Ramones dan Toy Dolls. Satu lagi yang penting juga adalah demo tape The Rotten ‘Sketch Your Brain’ dan ada juga rakaman diorang main lagu Guns N Roses. Apabila aku dapat demo tu yang betul, ada lagu-lagu Oi yang lebih keras walhal kaset yang aku dapat mula-mula semua lagu adalah sangat melodic. Jadi aku rasa apa yang aku dapat mula-mula tu bukan keluaran rasmi. Sebab kakak aku berkawan dengan drummer band tu, mungkin ia adalah antara master tapes dari simpanan mereka.

Nak dipendekkan cerita, aku menjadi aktif dengan scene punk rock. Mula dengan buat zine, main band dan buat label. Label tu mula-mula nama Batman Distro pada tahun 1999. Lepas tukar jadi Sixth Sense Records. Tahun 2001 tukar jadi Nervous Entertainment. Tukar lagi jadi Nervous Records dan akhir sekali jadi Nervhous Records. Lalu adalah dikalangan kenalan yang menggelarkan aku Nizang Nervhous. Rasanya Joe Kidd yang selalu tulis macam tu.

      Macam mana anda boleh mengenali si Shabri ni sebenarnya? Dan macam mana juga anda boleh terut serta dengan aktiviti-aktiviti di A//mince studio suatu ketika dahulu? Adakah anda diracuni pemikiran oleh Shabri atau pun mungkin diugut?

Perkenalan aku dengan Shabri adalah di studio Kuyie. Ketika aku di tingkatan lima, tahun 1999. Aku ada baca pasal zine yang dia keluarkan Narrator, lalu aku mengordernya dengan meletak duit cash dalam sampul surat. Dia bagitahu yang dia akan berjumpa sendiri dengan aku untuk bagi zine dia ni (issue ke-2) di studio Kuyie. Lepas tu dia ke KL belajar di UIA. Dalam masa tu juga abangnya Fazri baru habis belajar di UUM dan balik kampung lalu datang berjumpa aku di rumah aku di Kuala Ibai. Lepas itu budak-budak scene hc/punk di Terengganu selalu lepak di Istana Maziah bersama skater-skater di KT. Semasa Shabri menyewa dan mengambil alih sudio KAMAZ dan menukar namanya kepada A//Mince aku dan kawan-kawan juga selalu lepak dan jamming di tempat tu. Sebagai kaki lepak, secara tak langsung juga kami kenalah akur dan berpartisipasi dalam aktiviti-aktiviti di sana. Pada masa tersebut etika sangat dititikberat dan ditekankan dalam scene hc/punk tak macam sekarang.  


      Secara jujurnya, bila teringat Terengganu, apa yang akan mula-mula terlintas di benak fikiran anda? Selain keluarga lah. Mungkin kenangan-kenangan zaman DIY lampau, mungkin juga keropok lekor, mungkin juga aku? Haha.

Banyak. Baru ni aku berpeluang balik ke Terengganu masa majlis perkahwinan aku. Keluarga isteri menyewa rumah di pantai Batu Burok. Teringat zaman-zaman dulu berbasikal di sana pada pukul 2-3 pagi dengan kawan-kawan. Teringat acara tahunan Pesta Pantai masa zaman budak-budak. Pergi kubur ingat arwah ayah. Lalu terminal bas teringat zaman dulu selalu naik bas ke bandar semata nak main skate atau nak beli sekeping kaset, maghrib pun kat sana lagi. Teringat main skate pada hari raya pertama di terminal bas tu yang lengang hanya pada hari raya pertama. Apa lagi? Tengok kedai Mek teringat zaman ponteng sekolah makan mee goreng dengan air anggur. Tengok sekolah teringat zaman sekolah, kawan-kawan sekolah dan kisah-kisah cinta monyet dan zaman chatting di mIRC. Tengok kedai nasik lemak depan sekolah teringat nasik lemak ponteng. Lalu di Istana Maziah teringat kawan-kawan skate yang dulu hari-hari sama-sama usung papan selaju ke sana ke mari, pergi beli baju di bundle. Lalu berdekatan dengan masjid putih, ingat arwah ayah. Dan teringat kawan-kawan Rohock crew dan A//Mince. Satu-satu muka muncul dalam benak fikiran. Lalu di Plaza Perdana ingat zaman ponteng tuisyen dan curi-curi masuk studio jamming tengok orang jamming. Teringat masa tu scene Terengganu tak ramai sangat orang. Pernah lepak lama dengan Arafat Terunasuci, Usop skinhead berborak-borak.


Bila dah jarang dan dah lama tak balik kampung macam tu lah agaknya. Semua kenangan datang balik. Rindu kat kampung. Rindu kawan-kawan yang dah lama tak nampak batang idung. Masing-masing sudah sibuk dengan kerja, keluarga dan anak-anak. Ada juga yang merantau macam aku, cari rezeki di tempat orang.  


Saudara telah melihat perkembangan scene Terengganu itu sendiri sejak dari dulu sampailah sekarang. Dan mungkin anda lihat pelbagai perubahan rantaian scene terengganu itu sendiri. Apa yang orang dulu ada, orang sekarang tiada? Bagaimana progress scene DIY terengganu itu membesar?

Sekarang ni aku dah tak follow sangat scene di Kuala Terengganu. Band-band pun aku rasa ada banyak tapi aku tak kenal sangat dan yang aktif kebanyakannya metalcore, indie pop dan punk fesyen. Aku mula aktif di scene Terengganu pada tahun 1999 dengan buat zine Mosh. Sebelum tu, scene di Terengganu agak senyap. Tiada gig, tiada band yang mengeluarkan demo kecuali awal/pertengahan 90an, dengan beberapa band antaranya The Rotten, Tahannus, Dead Idols, Speaks aka The Spits dan DPSA. Tapi aku tak sempat untuk beli demo-demo ni. Ada yang aku beli kemudian. Masa tu ada juga zine seperti Real Choices tapi baca dalam review tak menarik sangat. Start dengan zine Pang Zine, aku mula terokai scene local. Dan start baca Chaos PS (syukree) dan Help (Besut) aku mula dapat kenal editor-editor zine lain seperti Shabri (Narrator) dan Fazri (DRSA) dan time tu juga aku kenal editor-editor zine Go Staight Down (Nazri dan Mat Lo). Tahun 1999 antara tahun yang paling hebat pada pandangan aku untuk scene di Terengganu dimana gig pertama dianjurkan dan band-band tertubuh.

Kalau ada mesin rentas masa, best jugak pergi balik tahun 1999 ni. Dan tahun selepas itu dimana 3 gig diadakan dalam masa setahun. Tahun ni kemuncak kemeriahan scene Terengganu dengan scene Kerteh juga mengadakan gig dan banyak band-band yang semuanya terdiri dari budak-budak sekolah main macam-macam jenis HC/Punk. Selepas tahun-tahun tersebut kemunculan A//Mince memang lebih banyak band yang wujud dan jamming session diadakan selalu. Kompilasi kaset Bollok Wok pula dikeluarkan untuk mendokumentasikan scene di negeri penyu ini. Aktiviti pun lebih banyak selain lepak sahaja. Barang pun banyak ada dijual di A//Mince dan boleh bertukar-tukar cerita berbanding pada tahun 1999 dimana Ronin Distro jual barang-barang yang mereka dapat di tempat budak-budak main skate.

Lepas tu memang dah banyak gig, termasuk beberapa gig yang kantoi dengan polis sampai masuk surat khabar. Tapi band HC/punk tak banyak sangat. Tahun 2005 aku keluarkan kompilasi Bollok Wok vol. 3 dan lepas-lepas tu aku dah kurang ambil tahu tentang scene di sana kecuali beberapa band kawan-kawan. Band pun lebih banyak ke arah metalcore yang aku tak masuk sangat. Proses membesar? Susah juga aku nak cerita. Tapi scene Terengganu banyak bertahan dan berkembang dengan jasa-jasa Kuyie Studio (studio jamming yang paling lama bertahan di Kuala Terengganu), Rohock Crew (buat gig pertama yang official dan gig-gig lain) Ronin Distro (memulakan kompilasi Bollok Wok dan lain-lain), A//Mince (infoshop and studio), Human First Collective, Historic Records, dan zine-zine seperti Aedes, Chaos PS, DRSA, Heartcore dan lain-lain.

Orang dulu ada kepayahan dan usaha yang tinggi berbanding sekarang yang serba mudah. Dulu buat demo kena dubbing sendiri, lukis cover, buat flyer dan tampal di jamming studio dan pos demo tape kepada pembeli dan buat promo kit bagai bagi zine-zine. Sekarang? Facebook, photoshop, myspace, twitter dah ganti semua tu. Dulu budak-budak yang suka muzik dan menulis akan buat zine, sekarang sekadar tulis di blog. Bagi aku kurang seronok sikit bila semuanya mudah sebab budak-budak tak hargai sangat apa yang mereka lakukan.


Nak order zine ni, boleh juga melalui aku dengan harga RM4 termasuk postage handling.