Showing posts with label ukhrawi. Show all posts
Showing posts with label ukhrawi. Show all posts

Wednesday, August 2, 2017

Transplant Secara Batin

PENGALAMAN DIBEDAH SECARA BATIN

Aku bukanlah seorang yang percaya kepada bomoh, berubat kampung atau rawatan alternatif ni. No offence pada mereka yang mempercayai dan mengamalkannya.

Walaupun ada yang tidak meletakkan harga dan cuba bayaran “ikhlas”, kebanyakannya mahal dan tidak berhasil pun. Dalam kata lain…kelentong. Malah sekarang, setelah apa yang sudah aku lalui… aku agak anti akannya. Aku dah cuba macam-macam.

Jual air mineral pun kadang tu nak kaitkan dengan dapat menyembuhkan penyakit, give me a break.

Tapi orang-orang yang mencuba nasib dengan perkara-perkara ni, mereka terdesak. Doktor dah nak potong kaki misalnya, tapi ubat kampung cakap tak perlu. So, cubalah pergi ke ceruk mana sekalipun mereka pasti sanggup. Orang kaya, orang berpelajaran tinggi tidak terkecuali malah orang yang kuat beribadah dan pergi dengar ceramah di masjid pun ramai yang percaya.

Kalau ada yang berjaya, Alhamdulillah. Kalau tak berjaya setelah belanja banyak duit, bagai kambing menanduk bukitlah jadinya.

Aku pun terdesak namun masih tidak setuju untuk berjumpa bomoh, atau dengan kata lainnya ubat kampung. Orang agama kata syirik, mungkin kerana melibatkan jin. Dunia jin dan bunian ni bukannya kita reti.

Tapi kerana untuk menjaga hati orang tersayang, aku turutkan jua. Khabarnya dah ada orang yang sembuh lepas mendapat rawatan di sana. Daripada kena dialisis, jadi tak payah dah.

Kami tiba di sebuah rumah kecil, kuarters kakitangan kerajaan. Orang yang aku mengubati ni adalah budak perempuan 16 tahun. Kata emaknya dia tak boleh bersekolah dah kerana ilmu atau kuasanya tu. Ada sekali tu sampai terbalik kereta dibuatnya.

Di dinding rumah terpampang gambar mak ayah budak ni di Mekah. Aku pun cerita masalah aku. Buah pinggang aku dah rosak teruk dan doctor dah suruh mulakan dialisis.

Dengan konfiden mereka bagitahu mereka boleh tukar buah pinggang secara batin. Dalam hati aku tergelak kecil. Nak dua-dua belah ke satu saja? Satu RM150 saja.

Kawan aku pun cakap, elok buat dua belah terus, dia sanggup sponsor kos pembedahan secara batin tersebut. Aku disuruh baring meniarap. Adik 16 tahun ni duk sibuk menghadap main handphone je sepanjang waktu rawatan setengah jam tu. Sekali sekala jari dia menekan belakang badan aku secara lembut. Tekan seakan mendail telefon pun ada aku rasa.

Lepas selesai, ayah dia pula bersuara. Dia kata, “Mesti tertanya-tanyakan dari mana kita ambil buah pinggang tu? Kita sebenarnya ambil dari India. Jangan risau, dari orang Islam punya.

Dan jangan risau, sebelum sampai ke Malaysia…buah pinggang itu telah disinggahkan ke Mekah dan dibasuh dengan air zam zam”. Dalam benak aku terfikir, dadah jenis apalah pakcik ni makan.
Setelah selesai, kata mereka proses transplant dah selesai. Ada beberapa makanan yang aku tak boleh makan selama seminggu.
Emaknya tukang buka bil, dan kawan aku bayar RM300.

Aku ke klinik swasta untuk periksa darah aku samada cretenine aku sudah turun… hampa. Kami ke rumah bomoh ni sekali lagi memberitahu cretenine belum turun.

Dia pun bagitahu, buah pinggang dah baru dua-dua belah, tapi cretenine belum turun. Jadi dia pun dail lah telefon lagi sekali belakang badan aku, kah kah kah! Padahal secara zahirnya, kalau buah pinggang dah transplant dan berjaya, bacaan cretenine akan terus turun.

Satu yang aku rasa kelakar, sebelum-sebelum ni kalau berubat kampung ni biasanya tukang rawat akan cakap “InshaAllah” atau “saya cuba”. Tapi yang ni tak pernah dan memang tahap konfiden memang sangat tinggi.

Semuanya dia boleh, tiada istilah “inshaAllah”, tiada istilah “cuba”. Memang boleh. Transplant jantung boleh, transplant paru-paru boleh.

Lain-lain pun boleh, ada kadar harganya dengan harga transplant buah pinggang adalah yang termurah.

Kesudahan ceritanya, aku tetap kena dialisis selama satu tahun setengah dan kemudiannya transplant buah pinggang secara zahir didermakan oleh adik aku. Di hospital manusia, bukan bunian




Sunday, July 24, 2016

Yakinlah


Kadang-kadang kita rasa kenapa Allah sering bagi kita ujian yang tak putus-putus. Ujian berat, ujian ringan... Bila kita nak hidup senang dan bahagia macam orang lain?

Sedar dan percayalah. Allah terus berikan ujian pada kita, lepas satu...satu kerana dia hendak kita terus istiqomah dekatkan diri padaNya. Dia ingin kita terus berdoa dan merayu padaNya.

Ya, yakinlah...sesudah kesusahan ada kesenangan...sabarlah...

Monday, December 22, 2014

warkah tentang aku dan gemulah




Tadi aku ikut kawan aku gi beli pokok kat MAEPS. Haritu dah ikut dah dia beli pokok kat Floria Putrajaya. Tengok pokok banyak ni aku terfikir juga aku ni tak minat langsung dengan pokok. Tapi arwah ayah aku dulu memang minat betul berkebun. Selalu juga kami sekeluarga ikut arwah pergi kebun, hari Sabtu atau Ahad. Arwah beli tanah untuk dijadikan kebun buah-buahan dan sayur-sayuran di Paya Jaras.

Selalu jugak sebelum balik kerja, arwah singgah kebun dulu sebelum balik rumah. Punyalah sayang arwah ayah aku pada pokok-pokoknya. Mungkin sama macam aku sayangkan koleksi CD, zine, kaset dan buku aku. Walaupun ayah aku minat pokok, aku minat muzik dan buku. Kami selalu belek koleksi kami. 

Bila difikirkan macam mana tuhan buat kejadian tu memang ajaib. Aku dengan ayah aku sangat berbeza minat untuk berhibur. Mungkin ayah aku ni macam Nik Aziz yang sumber hiburannya adalah menatap buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apa-apa pun aku dan ayah aku ada juga persamaan. Kami dua-dua pendiam. Tapi mungkin aku lebih pendiam dari ayah aku. Aku tahap anti-sosial dan penyombong. Lagi satu, aku minat muzik rebel. Ayah aku pun dalam diam seorang yang rebel. Rumah kami di TTDI, tapi habis tanah arwah ayah aku tanam pokok pisang, betik dengan nangka. Dah macam rumah di kampung. Aku tahu ayah aku semasa hayatnya, memang sentiasa berjiwa orang kampung. Macam aku juga, kadang-kadang.

Tapi arwah ayah aku pun minat jugak muzik. Yang aku tahu muzik tradisional. Kalau arwah masih hidup aku rasa dia mesti dengar juga radio klasik tu. Masa kami duk Chicago dulu, arwah siap ada turntable lah. Ada koleksi piring hitamlah. Power jugaklah arwah ayah aku ni. Tapi bila balik Malaysia terus takde, mungkin taknak tunjuk minat muzik pada anak-anak kot. Dia dengar dalam kereta aje sambil ketuk-ketuk atas atap kereta dengan jari-jemarinya. Dan sambil bersiul. Aku pula tak pandai bersiul.

Cerita pasal arwah ayah dekat-dekat nak raya ni, boleh buat nangis juga sebenarnya.

PS: Sebenarnya ayah aku pun banyak betul koleksi buku dia. Baru dua hari lepas aku mimpi bercakap dengan mak aku pasal aku nak kemas buku-buku arwah ayah aku. Aku sayang buku-buku ayah aku tu. Kalau aku ada tempat sendiri, aku nak ambik je semua koleksi buku ayah aku tu biarlah aku yang simpan walaupun tak paham langsung buku-buku pasal Political Science tu, subjek dia belajar di Universiti Malaya dulu.

Sunday, August 18, 2013

Catitan Good Vibes Festival

 Liyana Fizi

Fikir dua kali juga sebenarnya masa nak pergi festival ni sebab jatuh pada bulan Syawal. Tapi sebab Ash dan Smashing Pumpkins, aku beli jugak tiket festival ni. Ash memang menjadi salah satu band kegemaran aku untuk genre 90's alternative rock/pop punk terutamanya album '1977' dan 'Free All Angels'. Suka band ni sejak dari 1995.

Ash

Modest Mouse aku pernah dengar satu dua lagu je dulu. 

Untuk Smashing Pumpkins pula, album-album 'Siamese Dream' dan 'Mellon Collie and The Infinite Sadness' memang antara karya terbaik juga untuk scene 90's alternative rock. Tanpa fikir panjang, aku beli tiket berharga rm159. Aku dengar album mereka masa 1995 atau 1996, lupalah. Drummer band pertama aku, Jellybelly paling minat band SP ni. Kami namakan nama band kami pun sempena lagu SP, 'Jelly Belly'. Pasti lebih seronok jika James Iha, D'arcy dan Jimmy Chamberlin masih bersama mereka.

Smashing Pumpkins

Berbaloi jugaklah. Ash hampir semua lagu familiar tapi SP dalam 4-5 buah saja... :) Local band yang aku tengok dan menarik hati adalah Pita Hati.

Nizang and Radhi

Time solat Maghrib sebelum set Ash, antara yang berada di saf hadapan adalah Radhi OAG, Noh Hujan dan yang menjadi imam adalah Aizat Amdan. Ya, penyanyi tu. Respek! Rock, rock juga tapi kewajipan tidak ditinggalkan.


Shah and Nizang of Jellybelly.



Tuesday, July 9, 2013

ramadhan 1434 H


ulasan: Meor 'Redup'




Aku berkesempatan mendapatkan album terbaru dari Meor Yusof Aziddin berjudul ‘Redup’ di Kuala Lumpur Zine Fest & Distro Day Out 2013 dimana kawan-kawan beliau seperti Pyanhabib dan Nik Jidan juga membuat persembahan. Dulu-dulu aku tak rasa berminat nak beli CD-CD beliau sebab perasan terlebih punk. Tapi bermula dengan album ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’, CD-CDnya lepas tu menjadi must-buy untuk aku. Kalau dalam ‘DRUR’ dan juga album Society ‘Jalan’ yang juga didepani oleh Meor lengkap berdram dan berbass, album ini Meor berseorangan dengan gitar akustik pinjam. Ada terdengar bunyi Cat Stevens juga pada telinga aku untuk satu lagu. Layan album ni time bulan puasa pun rasa tak bersalah sangat sebab liriknya banyak berunsur nasihat dan ketuhanan juga. Baca saja lirik-lirik pada lagu ‘Hidup Untuk Mati’, ‘Kita Manusia, Inilah Ceritanya’, ‘Percayalah’, ‘Bulan’, ‘Indah Yang Terindah’. Untuk orang yang sudah berusia, berpengalaman dan banyak berjalan seperti Meor, mestilah banyak menasihat dan berkongsi pandangan tentang hidup, takkan tentang cinta monyet pula. Tidak juga political dan protes seperti dalam ‘Dari Rakyat Untuk Rakyat’. Beliau juga menulis buku ‘Sembang Tepi Jalan’, ‘Syurga Yang Hilang’ dan berblogging.  Aku kena beli CD-CD lama beliau, yang telah mula keluarkan album secara DIY sejak tahun 2001 lagi. Lagu-lagu dalam CD ini dirakam di studio KerbauWorks dan kulit direka oleh Joe Kidd. Lagu terbaik yang menjadi pilihan aku adalah 'Hidup Untuk Mati', dengan lirik yang menginsafkan dan melodi yang catchy, rentak gembira dengan mesej yang berat.

Sunday, June 23, 2013

A close friend passed away this morning.



So this morning I read a facebook status of a friend, Mila (she was known as Stephanie and was the frontman of Quiet Rot, a short-lived ‘riot grrrl’ band from my hometown). She wrote that our friend, Rizal just passed away at 7 a.m. I’m shocked. Straight away I remembered my wife said once, about quite a few of my friends died at a young age. First it was Syukree, then Abroko, then Aiman, and now Rizal! I can’t help but cried a few times today.

People might know him for one of his projects; Grrrl: Rebel zine, Fuzztival zine, Lemon Soda Records, 18 Valencia (garage punk band). All those were Kuala Terengganu-based projects. He brought ‘Riot Grrrl’ movement to KT. Motivated girls to pick up music instruments and write for a zine they call Petals (only one issue released). Another two girl bands were formed Kindsadist and Kill Bridget. His label put out a series of worldwide girl bands compilation called ‘Amazon Planet’. And I think his zine Grrrl:Rebel was quite known all over the world within the female editors. The front cover of issue 3 was featured in the zine documentary ‘$100 and a T-shirt’.

I first know his sister Jaja who is the guitarist of Quiet Rot. It’s quite blurry on how we got to know but he was working on both of his zines. I started to hang out at his room, just to chat and borrow his stuffs. I still remember he had electric guitars, bass and amps in his tiny room and Shah and I used to ‘jam’ there. He doesn’t have a bed in the room. Just a couch, a TV, a computer and lots of comics, action figures, zines, magazines, CDs, and cassettes collection.

When I was studying and working in KL, every time I go back to KT I would visit Rizal who lived at Jalan Kamaruddin. We would talk geekly about punk rock, music, zines and other pop culture and youth stuffs. Every time I was at his house, he would serve me drinks and sometimes biscuits. He would show me the zines and stuffs he got from all over the world, mainly girl-projects or girl zines as he’s so into girl bands and girls in the scene. I learned hell lots of things from him. I cared about him like an elder brother.

He’s the kind who doesn’t go out much so we have to go this house to meet him. Fazri once said that he’s “too underground” since he have all the plans and projects but not many people know about it even from the same scene. Rarely he would come out and hang out and have drinks with us. And sometimes he would be at the studio jamming with his bands; 18 Valencia and Skullcrushers.

He had big dreams; to open a punk rock shop, punk clothing line, to write a book about Malaysian girl bands and a book about Terengganu DIY bands “Our little turtle scene”. He had designed everything on his computer, all the clothes, the floor plan, shop front, the book layouts and covers. Every time I was there he would show me all his progress. He always said that once he had enough money he’ll pursue all his dreams. Of course, one day I realized all his plans and dreams might only remain in his computer only.  

I remember we went to his brother’s print shop and made copies of our collective zine ‘The Coalition’ a few nights. I later worked at the print shop as a graphic designer for a few months. My boss was his sister in law and my big boss was his brother. The last (and final issue) for both of his zines were bound like a book. Look like perfect-binding, but he did it all himself using his hands. He printed all the pages and covers at his brother’s print shop and superglue them at home one by one.

He studied Architecture in Australia and I would ask him to buy some CDs and zines. And he would trade it with the local stuffs that I gave him. When I was staying in TTDI, he always came by to use my computer to do his design works. The last time I saw him was at a shopping complex near TTDI and I never thought that would be the last time.

Al-fatihah

Rizal Othman (1976 – 2013)

Monday, June 17, 2013

Semalam yang KLMJ



Ada orang tak suka berjalan seorang. Rasa macam loser katanya. Untuk aku, aku okey je. Mungkin dah biasa jalan sorang-sorang masa zaman loser dulu. Semalam aku ke Kuala Lumpur Alternative Book Fair (KLAB) di CM Annexe berseorangan. Anak dan isteri kurang sihat dan ada di rumah. Lagipun malam tu aku ada mesyuarat untuk acara Zine Fest untuk bulan depan. Takkan nak bawa isteri dan anak. Mati kutu pula mereka nanti masa aku tengah meeting, balik mesti nak pukul 12 juga tu.

Aku tiba di Central Market Annexe jam tujuh. Betul-betul 11th hour ni sebab acara dua hari tersebut akan ditamatkan jam 8 malam tu. Ada beberapa buku yang aku nak belek dan mungkin nak beli. Sedang belek-belek dan beringat-ingat sebab duit banyak kena simpan. Buku-bukuan di rumah, di pejabat pun banyak lagi yang tak tertamatkan. Aku dah bercadang nak menapak ke Masjid Jamek untuk Maghrib. Bila lalu di tepi Masjid Jamek aku jadi hairan kenapa macam takde orang tapi lampu terang benderang. Sampai di pintu masjid barulah dapat baca bahawa ia sedang dalam proses renovasi. Aku berfikir mana lagi masjid yang dekat, lalu berjalan kaki ke Masjid India yang tak jauh dari situ. Secara auto aku dah beriadah juga petang tu. Kata pakar motivasi, berjalan ke masjid ni banyak pahala, batu-batuan di jalanan akan turut doakan kita.


Menyusuri jalan-jalan di Masjid Jamek ni mengingatkan aku pada acara Bersih 3.0 dimana aku dan kawan-kawan lalui dulu dan berehat serta ditembak dengan gas pemedih mata. Jalan Masjid India pula mengingatkan aku zaman bujang zaman loser dulu. Lama tak pergi ke sini. Dengan isteri pun pergi zaman sebelum kahwin dulu gi beli songkok dengan baju Raihan.

Aku agak budak-budak yang nak bermeeting mesti datang agak lambat nanti, takkan aku nak makan malam area Mutiara Damansara, mesti mahal jugak sikit. Kalau lepak mamak aku bukan gemar sangat masakan mamak ni. Aku teringat food court Central Market. Kedai Kelantan yang pertama kali dikenalkan oleh arwah Aiman dulu masa dia bekerja di Ricecooker. Di situ harga makannya murah tapi harga airnya buat aku sumpah seranah dalam hati. Teringat pada arwah Aiman, dan teringat pada zaman nakal-nakal selalu di CM dulu.


Jalan dari KL ke Damansara juga banyak membawa balik memori dimana dulu laluan ini memang laluan rutin aku ulang-alik dari Pusat Bandar ke TTDI. KLMJ KLMJ.

Kan betul, aku sampai rumah jam 1.05 pagi semalam. 

*KLMJ -Kenangan Lalu Mengusik Jiwa