Monday, December 22, 2014

warkah tentang aku dan gemulah




Tadi aku ikut kawan aku gi beli pokok kat MAEPS. Haritu dah ikut dah dia beli pokok kat Floria Putrajaya. Tengok pokok banyak ni aku terfikir juga aku ni tak minat langsung dengan pokok. Tapi arwah ayah aku dulu memang minat betul berkebun. Selalu juga kami sekeluarga ikut arwah pergi kebun, hari Sabtu atau Ahad. Arwah beli tanah untuk dijadikan kebun buah-buahan dan sayur-sayuran di Paya Jaras.

Selalu jugak sebelum balik kerja, arwah singgah kebun dulu sebelum balik rumah. Punyalah sayang arwah ayah aku pada pokok-pokoknya. Mungkin sama macam aku sayangkan koleksi CD, zine, kaset dan buku aku. Walaupun ayah aku minat pokok, aku minat muzik dan buku. Kami selalu belek koleksi kami. 

Bila difikirkan macam mana tuhan buat kejadian tu memang ajaib. Aku dengan ayah aku sangat berbeza minat untuk berhibur. Mungkin ayah aku ni macam Nik Aziz yang sumber hiburannya adalah menatap buah-buahan dan sayur-sayuran.

Apa-apa pun aku dan ayah aku ada juga persamaan. Kami dua-dua pendiam. Tapi mungkin aku lebih pendiam dari ayah aku. Aku tahap anti-sosial dan penyombong. Lagi satu, aku minat muzik rebel. Ayah aku pun dalam diam seorang yang rebel. Rumah kami di TTDI, tapi habis tanah arwah ayah aku tanam pokok pisang, betik dengan nangka. Dah macam rumah di kampung. Aku tahu ayah aku semasa hayatnya, memang sentiasa berjiwa orang kampung. Macam aku juga, kadang-kadang.

Tapi arwah ayah aku pun minat jugak muzik. Yang aku tahu muzik tradisional. Kalau arwah masih hidup aku rasa dia mesti dengar juga radio klasik tu. Masa kami duk Chicago dulu, arwah siap ada turntable lah. Ada koleksi piring hitamlah. Power jugaklah arwah ayah aku ni. Tapi bila balik Malaysia terus takde, mungkin taknak tunjuk minat muzik pada anak-anak kot. Dia dengar dalam kereta aje sambil ketuk-ketuk atas atap kereta dengan jari-jemarinya. Dan sambil bersiul. Aku pula tak pandai bersiul.

Cerita pasal arwah ayah dekat-dekat nak raya ni, boleh buat nangis juga sebenarnya.

PS: Sebenarnya ayah aku pun banyak betul koleksi buku dia. Baru dua hari lepas aku mimpi bercakap dengan mak aku pasal aku nak kemas buku-buku arwah ayah aku. Aku sayang buku-buku ayah aku tu. Kalau aku ada tempat sendiri, aku nak ambik je semua koleksi buku ayah aku tu biarlah aku yang simpan walaupun tak paham langsung buku-buku pasal Political Science tu, subjek dia belajar di Universiti Malaya dulu.

No comments: