Rasa macam lama benar aku tak ke acara muda-mudi. Harini aku ke Pasar Buku Boco menumpang booth Marhaen Litera untuk menjual beberapa judul buku dan zine yang masih berbaki dalam distro list. Aku ke sana juga untuk menjual buku Aniq yang aku dan Fazri (Lot Buku) baru terbitkan. Walaupun dah ada vendor lain yang menjual buku ni juga di acara yang sama, tapi dia hanya beli 6 salinan dari aku tempohari. Manalah tahu, buku ni laku jadi aku bawa dalam 30 buah lagi.
Aku tiba di lokasi, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
(JKKN) dalam jam dua petang. Nampaknya tak ramai yang biasa kelihatan di acara
sebegini harini. Mungkin bertembung dengan acara lain seperti Kota Wanita yang
diadakan kira-kira 200 meter dari JKKN. Ia adalah acara bersempena hari wanita
sedunia. Satu lagi demostrasi atau himpunan #Kitalawan yang menuntut Najib
berundur dan pembebasan Anwar dan beberapa lagi acara. Cuaca juga macam kurang
terang dan hujan-mendung sahaja.
Sempat juga aku teman si Pitri, tokey Marhaen Litera Distro
makan tengahari. Dia ni sebenarnya baru buka kedai di Kedah. Satu masa dulu,
siapa sangka akan ada kedai dibuka di Kedah yang mengkhususkan untuk jual zine
dan buku indie? Sekarang dah ada, di Guar Chempedak pulak tu. Di tempat-tempat lain juga ada tapi
kebanyakannya menumpukan pada buku indie rasanya, macam Stesen Neon, Kedai
Lejen dan Dubook HQ.
Laku jugaklah beberapa buah buku dan zine yang aku jual. Aku
pun beli buku ‘Karya Agong’ yang ditulis oleh editor zine Pills dulu. Aku
sebenarnya tak pernah kenal pun Jorji mahupun baca zine Pills tu tapi bila baca
prakata oleh Jayzuan tu aku rasa macam aku perlu dapatkannya. Dan aku beli
sekali CD Jayzuan yang baru keluar dan kaset XRDM di booth Projek Rabak.
Aku pun tak tahu siapa yang buat persembahan muzik hari tu. Yang
aku bagi perhatian sikit masa Sefa buat persembahan. Ini kali pertama aku
tonton set dia yang buat persembahan berbentuk mime. Satu pengetahuan baru juga
untuk aku tentang mime ni iaitu persembahan tanpa suara. Ala-ala Mr. Bean atau
Charlie Chaplin katanya. Ada juga band kawan-kawan yang perform iaitu band baru
Sincerely yang dianggotai oleh Monche (komik zine LKB) dan Sid The Garrison. MC
mengatakan mereka memainkan muzik eksperimental.
Jam tujuh petang aku bergegas pula ke Basement Record Store
yang terbaru. Lokasinya adalah di Bukit Bintang dekat-dekat dengan No Black
Tie. Mat Norr menjemput aku ke sana untuk menukar zine. Kalau tak silap aku
Basement Record Store ni adalah kedai yang menumpukan perniagaan mereka jual
produk DIY keluaran scene hardcore punk dan premis pertama mereka adalah
berdekatan dengan Hentian Puduraya dulu.
Kedai baru mereka ni agak tersorok. Iaitu di bangunan rumah,
dan berada di tingkat atas. Saiznya agak terhad. Okeylah tu. kalau kira-kira
sedozen orang masuk sekaligus, memang padat. Aku membeli sekeping CD tanda
sokongan pada mereka yang mengusahakan kedai ini, Shammir dan Mat Norr.
Aku turut berhubung dengan Man Dugong yang mahu membeli dua
buah buku dari aku. Katanya akan ke gig di Rumah Api. Alang-alang harini aku di
luar dan isteri pula keluar dengan kawan-kawannya, aku ambil keputusan singgah
ke Rumah Api. Lagipun Bukit Bintang dah agak hampir dengan Pekan Ampang. Lama
betul aku tak ke rumah api.
Sebenarnya sejak kebelakangan ini, aku pergi gig pun kalau
band aku main sahaja atau band yang aku betul-betul nak tengok saja. Mungkin
dah jaded. Aku lebih senang dan bahagia meluangkan masa bersama anak dan
isteri. Nak tinggalkan mereka pada hujung minggu rasa bersalah juga. Hari kerja aku balik dan sampai rumah dalam
pukul 7.30 hingga 8 malam. Kadang-kadang sampai 8.30. Aku rasa perkara ni biasa
untuk punk rocker berumah tangga. Melainkan kau kahwin dengan kaki gig jugak.
Bukan taknak support gig dan band tempatan tapi sekarang fasa untuk menjadi
lebih selektif. Masa aku bujang dulu dan tinggal di KL, bermula tahun 2002
hingga 2010 dulu boleh dikatakan setiap minggu aku pergi gig. Almost without
fail! Ada sahaja gig yang aku pergi. Tak masuk, duduk luar pun jadi. Jual
stuff. Dari gig indie, gig punk, gig hardcore semua pasti muka aku ada.
Kadang-kadang masa tinggal di Terengganu pun, aku sanggup turun ke KL semata-mata nak ke gig. Sebenarnya sebab ada band dari luar negara datang buat persembahan. Zaman tu kalau band luar negara datang, masih dikira rare lagi. Tak macam sekarang. Yang aku ingat antara band luar yang datang, yang aku turun dari Terengganu sampai ke KL adalah Battle Of Disarm dan Straight Answer. Pergh! Satu hari tu aku dan Shabri lepak dengan budak-budak Secret Seven dari Singapura. Salah seorang ahli mereka yang aku dah lupa namanya tanya aku tinggal di mana. Dia menjadi takjub bila aku bagitahu aku datang dari Kuala Terengganu ke KL semata-mata untuk tengok band atau gig.
Kadang-kadang masa tinggal di Terengganu pun, aku sanggup turun ke KL semata-mata nak ke gig. Sebenarnya sebab ada band dari luar negara datang buat persembahan. Zaman tu kalau band luar negara datang, masih dikira rare lagi. Tak macam sekarang. Yang aku ingat antara band luar yang datang, yang aku turun dari Terengganu sampai ke KL adalah Battle Of Disarm dan Straight Answer. Pergh! Satu hari tu aku dan Shabri lepak dengan budak-budak Secret Seven dari Singapura. Salah seorang ahli mereka yang aku dah lupa namanya tanya aku tinggal di mana. Dia menjadi takjub bila aku bagitahu aku datang dari Kuala Terengganu ke KL semata-mata untuk tengok band atau gig.
Alah, budak band As-Sahar pun aku ada terbaca dah tak nak
langsung main gig. Hanya main untuk rakaman. Untuk persembahan pentas, dihantar
wakil. Sebab weekend is family time. Lainlah pula dengan ahli band punk di
America atau tempat seumpamanya yang main dalam band punk adalah karier sepenuh
masa. Macam dalam documentary punk ‘The Other F Word’ yang menunjukkan vokalis
kumpulan Pennywise banyak berjauhan dengan keluarga kerana karier ahli band-band
punk yang besar di sana adalah touring. Itu cara mereka dapat duit untuk
tanggung bil dan anak isteri. Baju dan muzik mereka dikonsum oleh orang dari
serata dunia. Sebab tu boleh hidup dengan menjadi punk rocker sepenuh masa.
Sesudah berurusan di Rumah Api dan menjual beberapa buku
pada kenalan-kenalan di sana, ada lagi satu temujanji yang dirancang iaitu
dengan Dhani Ahmad, di Shah Alam pula. Okey jugak sebab berhampiran dengan
rumah aku. Dia ingin membeli buku Rabak tulisan Aniq. Itulah, nak jadi usahawan
DIY ni, kena berlelah sikit. Ke sana ke mari tebalkan muka promote produk yang
baru keluar.
Rasanya Dhani Ahmad antara orang pertama yang terbitkan
tulisan punk rockers dan editor zine tempatan dalam bentuk buku. Sekarang dah
macam-macam, dah ramai editor zine yang berasal dari scene hardcore punk terbitkan
buku dengan penerbit indie. Luscius Maximus dulunya editor zine Harum Scarum
dan Solidaritas, Pipiyapong dulunya editor zine Reunite dan Hilang Punca, Apek
Mat Tiara dulunya editor zine Neon. Aku percaya ramai lagi editor zine sudah
dan akan menerbitkan buku mereka lepas ini seperti Azaruddin Paiman, Mohd
Jayzuan, Ahmad Kamal Abu Bakar, Nur Hanim Khairuddin dan Francis Wolf. Aku harap
keadaan ini tidak akan membuatkan scene zine dilupakan terus. Walaupun terbit buku ni untungnya tebal berbanding zine, tapi aku rasa buat zine lebih immediate, ada rasa urgency dan perasaannya tak sama dengan buku.
Seusai perbincangan tentang scene buku indie dan editor punk
tempatan aku minta diri untuk pulang. Jam dah 12.30 pagi pun masa tu.
2 comments:
Assalamualaikum Nizang,
betul tu, aku pun dah berzaman tak ke gig, since dah kahwin & beranak pinak, paling2 pun kengkdg pergi ke art festv dgn anak2 hehe...teringat zaman muda2 dlu, asal ada gig mesti pi...
Singgah
Post a Comment