Thursday, May 7, 2026

13 SOALAN: SKINBASHER



AKU MULA TAHU TENTANG BAND PUNK ROCK DARI IPOH NI DARI TULISAN JOE KIDD DALAM BLASTING CONCEPT, KESEMUA AHLI BAND NAMA MEREKA BERMULA DENGAN HURUF A. ANTARA INFO YANG AKU BARU TAHU ADALAH MEREKA BANYAK MAIN LAGU FOLK/RAKYAT YANG DIPUNK ROCK KAN KERANA TERPENGARUH DENGAN THE PILGRIMS YANG COVER LAGU SUA SUE GOOD MORNING/AIR PASANG PAGI. SKINBASHER BARU RILIS ALBUM BARU, NIZANG TANYA AJAX BEBERAPA SOALAN.

 1. Boleh cerita sikit macam mana awalnya Skinbasher boleh terbentuk?

Skinbasher form bila aku yang asalnya drummer nak cuba main gitar dan buat band sendiri. Kisah bermula selepas aku kena buang dari UTM Skudai dimana ketika itu aku main dram dengan arwah Jon (Fandi Razali) untuk band CATARRH. 

Lepas UTM, aku belajar kat Politeknik Ungku Omar Ipoh, dan di sinilah aku cuba main gitar dan cari drummer/bassist. Maka jumpalah Apai (dram) dan Andong (bass). Mereka kira senior aku la... Maka terus jadi band Skinbasher sejak tahun 1992.

2. Mula-mula dipengaruhi oleh band mana? Adakah pengaruh muzik masih sama sampai sekarang?

Pengaruh band-band seperti Metallica, The Misfits, Ramones, Slayer, Bad Religion, Nirvana, Sepultura, The Swallows, The Hooks, Megadeth. Boleh kata sama je dulu dan sekarang.



3. Cerita sikit tentang demo tape 'Hypertension' 1995. Macam mana dirakam dan berapa copy dibuat? Macam mana dengan sambutan?

Demo 'Hypertension' tu karya pertama kami dan dirakam di Ipoh pada tahun 1995. Ada 6 lagu original. Line-up Ajak (gitar/vokal), Andong (bass) dan Apai (dram). Berapa copy tak ingat bro... sebab main dubbing je kan. Zaman ni sambutan memang menggalakkan.



4. Album terbaru 'Slatan Sorga' apa hubungannya dengan 'South of Heaven' dari Slayer?

Tiada hubugan dengan Slayer 's.o.h', cuma sebab kami minat diorang je. Lagu tak sama pun, apatah lagi nak nyanyi macam Tom Araya... kebetulan ada lagu kami tajuk 'Gila Sorga', so dah rasa Slayer abis la kot...🤣

Dan aku pilih tajuk slatan sorga ni dgn harapan semua peminat slayer akan beli albem ni.

5. Cerita sikit tentang album terbaru ini, sejak bila ditulis? Dirakam di mana dan dengan siapa? Line-up band ada berubah?

Album baru ni dah lama startnya iaitu Jun 2020. Disebabkan kekangan masa dan bajet maka pelan pelan kayuh le. Kami rakam total 21 lagu sebenarnya. Bercampur lagu ori, cover dan recycle songs. Finally kami pilih 12 je. 

Line-up album ni; Ajak (gitar/vokal), Andong (bass) dan Adhy (dram). Adhy ni merupakan adik aku dan drummer CATARRH juga. Ada lagu lama dari tahun 1995 yang belum pernah rilis, ada lagu recycle dari album pertama dan tukar lirik ke BM, ada lagu yg aku pernah rakam dengan band lain, juga aku buat lirik baru... dan ada lagu folk omputih yang dibuat lirik BM.

Ada lagu Raya yang kami rilis sebagai single pada tahun 2022 kami masukkan sekali. 

Dalam tempoh rakaman album ni kami ada rekod satu lagu untuk album tribute to One Barchiel (As Sahar) tapi belum rilis lagi. Kami rekod secara akustik.


6. Relevan lagi ke rilisan fizikal sekarang, zaman streaming?

Masih relevan sebab masih ada kolektor fizikal walaupun boleh dengo kat intenet tapi tak sama dengan feel dengo fizikal sambil tengok inlay.




7. Skinbasher pernah rakam album under major label (BMG?) Tapi tak rilis... kenapa tu?

Ya betul, kami pernah sign dengan BMG untuk buat album pada tahun 1996 tapi sayang album tak rilis walaupun dah siap rekod dll. Sebabnya menurut Aziz Bakar, album ni tak boleh diketagorikan album Bahasa Melayu atau English. Album ni bertajuk 'ismitwes' dan ada 10 lagu; lima BM Dan lima English. Mungkin juga mereka tak berani keluarkan album yang bukan genre rock kapak dimana zaman ni rock kapak berleluasa. Kami juga tiada satu pon lagu slow yang boleh diviralkan di radio dan TV.

Rakaman di King Studio pada tahun 1996 sama dengan album XPDC 'Brutal'. Guna rekoding teknologi lama iaitu analog.

Zaman ini kebanyakan band underground memang tak suka buat lagu dalam Bahasa Melayu, tak kira band metal ke punk ke grunge ke termasuklah Skinbasher. Mungkin inilah punca album kami tak rilis. 

Rasa ralat juga bila pikir balik sebab peluang ada sekali je. Kebanyakan lagu dalam album 'ismitwes' ni kami rakam balik pada tahun 2001. Album bertajuk 'Mama Beta' setelah kami tukar lirik kedalam Bahasa Melayu

Buat pengetahuan ada dua lagu dari album 'ismitwes' ni kami rakam balik dalam album baru ni. Lagu bertajuk '1234' dan 'Lubang'.

8. Skinbasher pernah mereka/merakam lagu untuk OST filem Jutawan Fakir... boleh cerita sikit macam mana dapat peluang danpengalaman masa tu?

OST 'Jutawan Fakir' tu tajuk lagu dia 'Kalau Aku' . Lagu ni merupakan lagu dalam album kompilasi bertajuk 'Family Trip'. Band kami je satu satunya band punk dalam tu, yang lain semua metal. Album ni diterbitkan oleh arwah Bob Kuman. Mungkin idea filem tu datang daripada lirik lagu 'Kalau Aku' tu... yang tak bestnya peminat filem tu tak kenal pun band yang bawak lagu tu. Masa ni betul² masa kami rekod album kedua iaitu 'Mama Beta' tahun 2001. Dan menggunakan nama Skin.



9. Skinbasher juga pernah tukar nama jadi Skin sahaja... kenapa tu?

Nama Skin berpunca bila mana kami sign dengan label arwah Bob Kuman untuk album kedua. Dia yang suggest tukar nama agar nampak mudah disebut dan diingati. Juga sebab line-up kali ni ada perubahan iaitu tugas vokalis digalas oleh Ajid. So line-up jadi empat orang. Aku gitar, Apai dram, Andong bass dan Ajid vokal. Album ni bertajuk 'Mama Beta'. Lirik semua dalam BM dan rilis dalam tahun 2001 dibawah label Empire Works.

10. Macam mana masih ada semangat untuk teruskan band sekian lama atau adakah sebab Ajax sahaja ahli tetap... jadi lebih mudah?

Semangat masih ada sebab aku memang suka buat lagu sendiri. Semangat ini mungkin tercetus daripada semangat arwah Jon Catarrh selaku bandmate pertama waktu pertama kali buat band dulu. Semangat dia ialah buat lagu/album bukan sebab nak jadi kaya pun tapi sebab minat menerbitkan karya sendiri. Sukses atau tak tu nombor dua. Selain arwah Jon, idola aku dalam berkarya ni adalah abang kandung aku yang ajar aku main gitar. Selain main gitar beliau suka buat lagu dan lirik sendiri. Jadi dua orang individu inilah penyuntik semangat aku dalam Skinbasher.

11. Bagaimana hang bahagi masa antara Catarrh dan Skinbasher? Ada lagi projek band lain?

Ada banyak band ni rasanya takde masalah sangat buat masa ni sebab bukannya kami ada banyak show pun. Rasanya tak pernah clash la show Catarrh dengan Skinbansher. Untuk masa hadapan tak tahu la pulak. Selain Catarrh Dan Skinbasher, aku ada main dram untuk band Colorful Bullet. Itu je lah buat masa ni.

12. Apa perancangan seterusnya, nak bikin gig?

Perancangan seterusnya kami nak buat gig launching album 'Slatan Sorga' ni. Juga kalau ada rezeki, kami nak buat tour insha'Allah. Untuk rilisan pula kami nak siapkan balance lagu yang kami rakam dalam album 'Slatan Sorga' ni untuk album yang seterusnya. Pastu kalau ada rezeki kami nak reissue album² lama kami. Itu je lah plan buat masa ni.

13. Kata-kata akhir dan ada apa-apa nak tambah? TQ Ajax.

Kepada peminat muzik teruskanlah sapot band independent tanahair dengan membeli rilisan fizikal; CD, keset atau vinyl dan juga merch serta datang tengok show; gig dan konsert.




Biografi Ringkas Band Skinbasher

1995 - Form Skinbasher. Rekod demo 'Hypertension' (line up ajax g/v, apai dram, andong bass. Ada 6 lagu original dalam English.

1996 - Sign dengan label BMG rekod album 'ismitwes'. Line-up ajax gitar, apai dram, andong bass, ajid vokal. Tapi album x rilis. Ada lima lagu English (dipetik dari demo 'Hypertension') dan tiga lagu Melayu original dan dua folk cover song)

1999 - Sign dengan label Nebiula Productions. Rekod album 'Transglobal Confusion'. Line up ajax g/v, amay dram, apai bass. Ada lapan lagu English original dan dua folk songs.

2001 - Sign dengan label Empire Works. Rekod album 'Mama Beta'. Line-up ajax gitar, apai dram,  andong bass, ajid vokal. Kebanyakan lagu dpd album 'ismitwes' yang diubah lirik dalam Bahasa Melayu. Ada lagu cover juga.

2008 - Mula rekod album secara DIY. Tajuk: 'Infiniti'. Line-up ajax g/v adhy dram andong bass. 10 lagu original dalam Bahasa Melayu. 

2013 - Rekod album 'Punkapak'. Line-up ajax g/v adhy dram apai bass. 9 lagu original berbahasa Melayu satu English. Ada satu lagu feat Aca Shaqeera of Vermellion.

2026 - Rekod album 'Slatan Sorga'. Line-up ajax g/v adhy dram, andong bass. Ada 12 lagu baru dan recycle, 1 cover folk barat yg diubah lirik BM. 11 lagu dalam Bahasa Melayu dan satu English.

Thursday, February 20, 2025

10 SOALAN: HEGEMONI

 


1. Cerita tentang sejarah tertubuhnya Hegemoni. Macam mana kenal dan band-band apa yang menjadi inspirasi awal? 

Salam zang, okey... secara ringkas la ork, Hegemoni ni sebenarnya tertubuh dari tahun 2011/2012 di Terengganu. Di waktu itu scene ‘punk’ di Terengganu seakan sudah hilang disebabkan tiada platform space dan gig dan sebagainya. Jadi kitorang diwaktu cuba hidupkan balik dengan buat satu mini gig jamm session di satu studio yang benarkan kami buat pada waktu itu di Kuala Berang, jadi pada waktu inilah Hegemoni muncul dengan nama lama Faggy Noisy. Kami kenal lebih pada kawan kawan lepak sekali waktu itu dan kebetulan aku pun ada satu studio waktu itu di Terengganu jadi kawan-kawan yang datang melepak itulah yang menjadi line-up Hegemoni (Faggy Noisy di waktu itu). Inspirasi pada awal memang lebih terarah pada UK 70's punk and oi band kebanyakkannya.

2. Dimulakan dengan nama Faggy Noisy, kenapa nama ditukar? Adakah kerana konsep berubah?

Yaa, hahaha...lebih kurang begitu laa. Tapi sebenarnya ada satu cerita jugopp laa aku rasa dalam 2013 begitulah lepas Faggy Noisy perform dengan Marjinal di Dungun waktu itu dan lepak dengan Mike, Bob dan geng-geng Marjinal lepas pada gig tu. Jadi lepas pada lepak tu macam kami dapat inspirasi daripada geng-geng dan kami setuju untuk tukar nama dan tuliskan lagu untuk demo pertama tu semua dalam Bahasa melayu, hahaa... Hegemoni itu aku dapat lepas baca buku Gramsci tak silap aku dan aku tertarik dengan perkataan tu haha.

3. Pernah rilis apa-apa material dengan nama Faggy Noisy?

Dengan Faggy Noisy kita tak pernah rilis material cuma sempat record beberapa lagu sahaja.

4. Tahun 2016 Hegemoni ada release CD 13 lagu ‘Korban Ketidakadilan Sosial’. Macam mana sambutan dan feedback dari pendengar untuk release tersebut?

Iya kami release 13 lagu dalam demo itu. Sambutan itu kami tak tahu nk bagitahu macam mana. Kami rilis dalam 100 CD sahaja waktu itu dan memang semua lagu ada dalam cd sahaja dan kami hanya letak didalam bandcamp dahulu hanya dua track Sahaja. Feedback itu pun kami tak tahu sebab masa itu kami tidak fikir sgt tentang sambutan dan feedback tapi kami hanya record dan release idea yang ada pada waktu itu sebagai bahan dokumentasi sahaja. Tetapi bagi aku jujurnya demo itu banyak kelemahannya dari segi song arrangement, tempo dan sebagainya sebab diwaktu itu pengalaman pertama rakam di studio dan banyak perkara yang kami belum tahu sepenuhnya haha.


5. Cerita tentang pengaruh dan stail muzik untuk rilis tersebut. Lirik pula bagaimana?

Untuk rilisan 'Korban Ketidakadilan Sosial' tidak dinafikan kami banyak terpengaruh dengan band band punk di Malaysia dan Indonesia yang menyanyikan lagu dalam Bahasa tempatan tetapi dari segi stail dan lirik pula banyak juga terpengaruh dengan Crass, Conflict dan sebagainya. Lirik aku tulis diwaktu itu lebih pada pemerhatian tentang apa yang berlaku di sekitar macam ada satu lagu tajuk ‘Geram’ kami kritik pada pencemaran bauksit waktu tu yang agak teruk berlaku kat penduduk Kuantan. Ada juga apa yang dirasa peribadi dan ditanya la. Contoh kalau Nizang ada ingat ada satu lagu ‘Apa Mereka Peduli’ itu aku tulis lirik berkenaan dengan peranan golongan-golongan yang mengaku alim agamawan ni yang cuba selalu bersifat prejudis terhadap orang yang berbeza dan lagu-lagu lain itu lebih pada kritik sosio sistem la mungkin.

6. EP terbaru dirakam pada 2022 tapi tahun 2025 baru direlease dalam platform YouTube. Apa yang terjadi? 

Iya ep baru ini kami masuk studio pada 2022 di iseekmusic, tetapi line-up untuk recording ep kali ini hanya Chi dan Iwan. Chi ambik alih record untuk gitar, bass dan vocal sepenuhnya manakala Iwan untuk trek drum. Jadi proses agak lambat dan terbatas dan juga ada perkara-perkara lain yang berlaku macam Chi terpaksa operasi mata di hospital dan terpaksa rehat untuk beberapa bulan. Jadi di tahun 2025 baru siap untuk rakaman sepenuhnya. Iya kami rilis ep 4 lagu ini dahulu di platform bandcamp dan youtube sebagai permulaan kembali disebabkan tiada rilisan yang agak lama.

7. So 4 lagu ini adalah sebahagian dari full length yang bakal menyusul. Macam mana progress full length ni?

Betul, 4 lagu ini kami keluarkan dahulu dari full length yang bakal kami rilis nanti , kalau mengikut perancangan kami akan rilis full length dalam bentuk fizikal kaset dalam bulan May atau June. Progress sekarang ini untuk basic track semua dah siap cuma pending pada track vocal sahaja dan mixing. Kita akan rilis 12 track untuk rilisan kali ini.



8. Ceritakan sikit show di Kelantan baru ni. Memang rare dapat main di sana.  

Perghhhhh Kelantan! Memang gila wonderful! Show di Kelantan ni Kodi roger aku ajak Hegemoni main, aku terus on je disebabkan agak lama gila juga tak perfom dan pergi gig di Kelantan. Tetapi organizer bagitau risiko tetap ada disebabkan last gig yang kat Kelantan siap masuk TV lagi (kalau siapa yang masih ingat Acid Rain tour waktu itu). Tapi aku bagitau tetap on, kalau tak ada risiko tak punk la ork, hahaa. Kita jalan terus. Jadi Alhamdulilah tiada apa-apa yang terjadi. Crew Darul Naim Squad dan Kota Bharu Rebel Squad datang dan bekerjasama dalam menjayakan gig tapi tulang belakang adalah Kodi! Syabas untuk beliau. Satu pengalaman yang amat berharga sebenarnya kalau gig di Kelantan dan Terengganu ini sebab bukan sokmo boleh buat. Banyok halangan dia dan risiko.

9. Aku tengok Hegemoni line-up macam tak tetap, adakah mu sorang je line-up tetap Hegemoni?

Hegemoni line-up tetap dari dulu sampai sekarang aku dengan Iwan (drummer). Ya memang Hegemoni banyak line-up bertukar sejak dari dahulu lagi disebabkan oleh pelbagai factor. Tetapi untuk line-up sekarang ini kami rekrut Jebat sebagai gitaris dan Boyah sebagai bassist. Kedua-dua ini juga kawan dalam scene Terengganu yang dah kenal lama. Hegemoni berpegang pada konsep kolektif bukanlah sebagai band jadi sesiapa sahaja boleh masuk dan main asalkan boleh main dan tahu lagu Hegemoni sahaja. Sebab bagi kami kelangsungan Hegemoni itu sendiri yang penting untuk kami tetap wujud dan sebarkan pesanan-pesanan dan idea melalui platform muzik dan lagu.

10. Ada apa-apa yang nak ditambah, dan kata-kata akhir untuk pembaca?

Tunggukan rilisan kami yang bakal keluar nanti dalam bentuk kaset ya! Kata akhir tetap semangat dengan apa yang kau percaya dan lakukan walaupun kau berseorangan tetapi tetap percaya dengan jalan itu sampai ke akhirnya! Jangan menyerah pada sistem yang mereka doktrin untuk kau percaya dan anuti dan berjuanglah untuk capai kehidupan yang sebenarnya untuk kewujudan diri kau sendiri. Akhir kata terima kasih Nizang sebab support dan interview Hegemoni! Keep up the good d.i.y networking among us. Punk sokmo!




Thursday, December 19, 2024

10 SOALAN: GEJALA (IPOH SKAPUNK)

GEJALA ni dah lama aku dengar tentang mereka tapi tahun 2024 ni mereka banyak main gig dan ada release CD. Walaupun belum sempat tengok mereka secara live, aku ada sambar sekeping CD mereka dan aku sukakannya. Mereka ni pun tak asing dengan aku, selalu lepak dan kontek. Benda jadi mudah dan terimalah temubual ekslusif dengan Yan GEJALA. 



1.  Kalau tak silap aku, Gejala terdiri dari bekas ahli Brayok dan Stick No Bill… macam mana band ni boleh bermula? Siapa line-up Gejala?

Ye, Gejala ni ade dr ahli2 band Brayok, SNB dan Badsmell. Sebenarnya Gejala asal 8 org pada 2018 dan pada 2024, tinggal lima org dan mungkin 2025 ni cuma berempat. Kami bermula terpikir nk tubuh Gejala ni antaranya kami memang selalu melepak bersama dlm masa yg sama semua ade minat yg sama. Kami juga nk teruskan alirkan muzik² punk kat scene underground sebab aku (Yan) sendiri rase kat Ipoh terutamnya tak banyak band punk.

Yan Brayok - Gitar/Vokal

Boy Badsmell - Bass/Vokal

Syamil Brayok - Vokal

Solih Brayok - Drum

Opie SNB - Trumpet

#semua ahli pernah main dengan Brayok

     Apa maksud Gejala sebagai nama band?

Gejala ni makna die tanda² atau symptoms. Org lebih tahu gejala ni kepada tanda² yg buruk. Untuk perkara² baik juga ada gejalanye atau tanda²nye. Jadi, Gejala ni takde makna pun utk kami cuma kami nak guna nama dlm Bahasa Malaysia, mungkin Gejala ini tanda² kami ade hadir dlm scene.

     Cerita sikit tentang Live Demo korang tu… rakam di mana? Kenapa rilis sikit sangat…?

Ok, Live Demo tu kami rekod n mixing kat Sarang Suara Studio, Sri Kembangan by brader Najib. Kami dpt rekod 7 lagu. Kami tak bercadang untuk rilis demo tu dalam bentuk CD sebab  kami ade rilis 5 lagu kat platform digital dan kami buat ‘Live Demo’ tu DIY n atas permintaan kawan², kami buat sikit je lah, yg tak dapat boleh dengor kat Spotify, Youtube dll

  Boleh cerita sikit tentang lagu ‘Usoh Ngelupor’ ni pasal apa? Menarik lagu ni menggunakan dialek Perak.

Lagu Usoh Ngelupor tu aku yang buat lirik, lagu tu cerita pasal merendah diri dan bersederhanaan dlm hidup. Ringkasnye aku, boy, solih n syamil mmg bercakap dlm loghat Perak, tpi takde lah pure berloghat mcm belah Kuala Kangsar, Parit, dll. Dialek dlm lagu tu mmg aku gunakan cara aku bercakap dan bersembang seharian.




     Lagu ‘Y.A.B’ tu pun menarik, cerita sikit kenapa punk dan politik tak boleh dipisahkan.

Lagu Y.A.B. tu ringkasan utk gelaran Yang Amat Berhormat. Dalam satu masa cuma ade tak sampai 20 org yg pakai title ni, kome cari sendiri ler ye sape ðŸ˜…. Sape lagi nk cerita pasal politik² yang busuk kalo tak punk. Awal² kedatangan punk tu bukan saje muzik tapi die datang satu budaya. Ekspresi tidak puas hati dan protes terhadap sistem sosial, ekonomi dan politik dr golongan pekerja dan minoriti. Budaya punk menekankan kebebasan berekspresi dan melawan arus sebagai elemen utk mengubah struktur sosial dan politik. Jadi, band² punk akan berpesan² dlm lagu, membawa suara revolusi dan mengkritik gerakan politik yg menindas.

     Senaraikan band-band yang mempengaruhi Gejala.

Brayok, Bad Religion, Ska P, Dum Dum Tak, Rancid, Marjinal, dan byk lagi..

     Setakat ni show mana paling best yang Gejala main?

Kami start main show tahun 2024 ni kat gig². Setakat ni kami dah tembus 5 gig di Ipoh, KL, JB, Penang. Semua best belake, paling best kat antara semua tempat tu ade muka yg sama dtg support walaupun bukan kat tempat dorg. Kawan² lah tu. Terima kasih kome..

    Kalau tak silap Yan ada main juga band lain, macam mana korang bahagi masa antara muzik, skate, kerjaya dan keluarga? Kalau tak silap, Solih duk jauh dari korang kan

Ye, ade antara kami main lebih dari 1 band. Untuk band mcm kami ni, kena set betul² ape yg utama, priority. Main band/skate ni lebih pada hobi buat kami. Sama juge macam org lain, contoh Kamal, berkahwin 2 org anak, keje TNB, hobi futsal/memancing. Mesti pandai arrange masa antara kerjaya,family ngan hobi. Macam Solihuddin tu, kami akan set, sebulan atau 2 bulan sekali utk jemming ngan hal² band, sama ada die dtg Ipoh atau kami ke Cyberjaya.

     Apa plan jangka pendek dan panjang untuk Gejala?

Plan terdekat kami cadang utk rekod n keluarkan album insha'Allah.. Bagi masa panjang, harap² Gejala terus konsisten aktif dlm scene underground.

     Kata-kata akhir?

Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua dimuka bumi ini.. Free Palestine!



Thursday, August 1, 2024

STREAM NOW! MALAYSIAN TRIBUTE TO NO USE FOR A NAME


NO USE FOR A NAME – sebuah band melodic punk USA yang tak asing lagi bagi peminat muzik punk rock. Pernah beraksi di Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2009, band ini tidak lagi aktif setelah vokalis/gitaris/frontman mereka Tony Sly meninggal dunia pada 31 Julai 2012. Sesungguhnya Tony merupakan seorang composer dan penulis lirik yang bagus – mendiang juga ada merakam beberapa album solo.

Fat Mike dari Fat Wreck Chords ada membikin album kompilasi ‘The Songs of Tony Sly: A tribute’ yang menampilkan pelbagai band dan artis termasuk NOFX, Yellow Card, Simple Plan dan lain-lain.
Namun apa yang aku nak kongsikan ini lebih menarik, ini adalah kompilasi band-band Malaysia mengcover lagu-lagu No Use For A Name dengan gaya tersendiri.
Sebanyak 15 band turut serta dalam kompilasi ini. Selain band-band punk rock ada juga sebuah band hardcore turut serta (Thy Regiment) dan sebuah band hiphop juga (Yarobin). Band-band lain yang terlibat ialah TIM, Pasca Sini, Soul Savior, Daisy Dream, Toxictoy, Guwf, Pokpang, Indeanial, I see Dumb People, Ix Chel, Multiverse G.D, Pablo!, Johny 23. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam projek ni.
Buat masa ini, kompilasi yang dah makan banyak tahun untuk disiapkan ini boleh didengari di platform online. Check it out!

Monday, May 6, 2024

TEMURAMAH DENGAN MAT YIE (DAKOOTYROACHES)

WALAUPUN MAT YIE PAKAI BANYAK TOPI MACAM BARET, BEANIE... ERR MAKSUD AKU DIA PENULIS BUKU (Paramalang, Merentas Supernatural, Kau Percaya Hollywood?), ADA BUAT SHORT FILM DAN JUGA MENGAJAR... AKU KENAL DIA MULA-MULA DULU SEBAGAI FRONTMAN BAND DAKOOTYROACHES (DKR). INTERVIEW INI UNTUK MENGGALI PERIHAL LATAR BELAKANG MUZIK BELIAU DAN JUGA TENTANG ALBUM DKR YANG ADA REISSUE DALAM FORMAT KASET BULAN LEPAS. CHECK OUT BAND YANG MAKSUD NAMA MEREKA 'LIPAS MAHATHIR' NI...

1. Kalau tak silap, antara pengalaman awal mu main muzik adalah untuk session band The Spit, boleh cerita sikit…

Mmmm…Ye, sekitar 1994 gitu. Masa mula-mula kenal jamming.

Biasalah, masa tu form 4. Bila geng-geng ni jamming, aku menempel lah. Bila dok cukup orang, ada la peluang main bass. Masa tu mana reti main apa menda pun, belajo chording pun dalam studio. Tapi walaupun 4 chords, energy power la. Kalau geng ni jamming, ada je yang terintai dari luor studio. Padahal diorang kat luor tu lagi power main, kakakaka!

The Spit ni basically kira Zemang (Kuchalana) dan Doni (Aftermath, Love As Arson) laa, anggota lain bertukor-tukor. Diorang segerombolan students Kemaman yang belajor di sekolah sains SBP SESMA Kuala Terengganu, kira budok pandai la yek… ada la 5-6 orang lelaki pompuang termasuk Ateng, drummer aku sekarang. So legasi dari Joe Kidd la barangkali, Joe pun sekoloh SESMA dulu. So diorang keluor SESMA, masuk sekoloh aku di Kemamang. Diorang kira bowok punk balik ke Kemamang la.

Aku tak terlibat masa diorang rekod demo pertama dan kedua. Tapi kalau ingatan aku betul, setiap gig yang diorang main, aku session lah... kecuali mungkin satu. Kalau aku tak silap, iaitu gig pertama diorang, yang aku tak main…, ke gig pertama tu tak jadi main, aku lupa. Gig yang Kompleks Belia tu kot... ada band Minority, Fungus etc. Sorry, lupa banyak dah.

Aku kabo session je lah ye ni, kalau kabo a part of the band, kang mungkin orang tak ngaku pulok. 1994, 1995 masa tu kan. Tapi bagi aku diorang a big part of my younger days jugok la.

So The Spit seingat aku melalui evolusilah- zaman lagu-lagu first demo Saliva Love etc. Kemudian, ada satu zaman, diorang main lagu… ada satu lagu tu macam Teenagers from Mars sikit, dengan bassline groovy, masa tu aku main bass la- Main beberapa kali gig termasuk gig dengan Naked Butterfly dekat TMS Disco Dangdut, Kuantan.

Kemudian, bila satu-satunya jamming studio di Kemamang, Studio ‘Nada Tujuh’ tutup, diorang jamming dengan gitar tong je la. Zaman ni, diorang main pop ala band Singapore, The Oddfellows, highly influenced by The Oddfellows. Dan masa ni lah, salah satu lagu yang aku tulis, bertajuk 'Someday', diorang masukkan untuk set list gig- masa tu gig di Subang Jaya, dengan band, salah satunya band Belacak tak silap aku.

Asma (DEP) session untuk drum untuk kitorang untuk gig ni. So masa turn The Spit main, aku masa tu, Shahlan Carburetor Dung bagi pinjam gitar, tapi amp blow masa band sebelumnya. So aku aku main gitar angin je la, kakakakaka.

Lepas tu kira aku kena kena sack lah, keluor la kot. Antara sebabnya, aku berangan nak buat band sendiri nama Human Bullet Corp atau HBC, kakakakaka!. Sebenornya lepas tu diorang nak main muzik ala hardcore la. Zemang yang dulunya vokalis, dan tak reti main instrument apa-apa, dah boleh main bass.

So diorang pernoh kononnya audition aku untuk vokalis la, tapi Brahim- sorang lagi budak ex SESMA dapat job tu lah sebab dia boleh rap- dengor Snopp Dogg, House of Pain semua tu. Beastie Boys ke apa. So diorang record second demo dengan tukor nama band jadi SPEAKS. Lepas tu aku tak sure diorang masih main gig ke tak.

Zaman fun la, rindu pun ada jugok zamang dok tau kaller benda.



2. Boleh cerita secara ringkas tentang band Malfunction, Hulk Ogan dan Kuswadinata?

Band Malfunction tu masa aku masuk universiti doh. Tadi aku kabo, aku ada berangan nok buat band nama HBC dengan member sekoloh, tapi tak pernah jamming pun, kih! Tapi ada buat lagu dalam 6- 7 bijik lagu jugok la. So lagu-lagu tu la aku jamming dengan band ni la bila masuk mengaji di uni.

Malfunction tu sebenornya nama band senior diorang di sekolah SDAR Negeri Sembilan, masa diorang buat Talentime, Battle of the bands, gitulah kabornya. So diorang sauk nama tu.

Ada satu lagu, gitaris aku Adzrain tulis, tapi lirik ambik dari band Zach De la Rocha, Inside Out. Tajuk lagunya 'Burning Fight'. Dia ngaku dia tulis lirik tu la masa tu, mana aku tau, aku dok ambik port, aku percaya je la, kakakakaka. Tapi dasyat la, lagu original tu hardcore kaw-kaw, lagu member aku tu melodic. Tapi amazingly masuk pulok liriknya dengan lagu baru tu.

Hulk Ogan pun masa uni, pernah sekali main gig di Kuala Terengganu 'Dok Rohok Mane Doh' dengan kehadiran tetamu istimewa, arwah Saleem Iklim, hihi! Dia ada jengok masa gig tu berlangsung. Ada masuk compilation live la Fazri (Kasih Sayang) buat ('Cakne-Care-Concern' dengan Aghast (Kuantan) dan Strict Tease (KT) -ed) .

Yang paling excited band Kuswadinata dengan Shabri (Kasih Sayang) dan Amiq (Silent Majority). Sebab band tu aku dedicated nak main ala Minor Threat, dan memang ada beberapa lagu- kalau aku kabo bunyi macam perasan— tapi sebijik stail Minor Threat.

Campur pulak Shabri masa tu ada layan band power violence Jepun Romantic Gorilla, yang bagi aku, cool gila. Dan aku nak campur elemen witty macam tu lah. Tapi sayangnya, Shabri pindah dari KL, maka projek habis gitu je. Macam juga Dakootyroaches masa mula-mula, first line up DKR Shabri main bass, Jeril, room mate aku main drum, bila dia pindah, habis laa. Tapi Kuswadinata sempat rekod satu lagu untuk compilation 'Tribute to The The Pilgrims', lagu cover tapi aku belasah stail kitorang sendiri.



3. Boleh ke dikatakan Dakootyroaches sebagai kesinambungan kepada Hulk Ogan. Lagu-lagu diolah balik dari lagu Hulk Ogan yang mu tulis?

Kalau aku boleh trace balik,Hulk Ogan ni bermula dengan satu jamming session dengan kawan uni lain. Aku diajak gamoknya sebab aku ada gitar karen kot, kakakakaka! Gitar aku beli dengan duit allowance uni lah zaman tu–ikat perut, janji boleh beli gitar! Kih!

So kawan aku Azwan (Words Manifest /The Rebel Scum), dia ni seorang rapper… so dia ada la berniat nak buat band rap rock, ala Rage Against The Machine... tapi tok lama kendian, dia tinggalkan uni. Dia yang bagi nama sekejap Brown Regime, sekejap Tripple CP. Commie gila…Tripple CP tu C C C P, maksudnya Soviet! Barulah dictatorship of proletariat sungguh la, kih! Kira asas awal la socialist leaning lyrics dalam DKR la, hehe!

Dari situ la bertukor-tukor ahli band jamming sampai tertubuh band yang takdek nama. Aku yang bagi nama band Hulk Ogan masa tahu boleh main gig kat KT. Sebelum tu– tu nok buat kelako je sebenornya, tapi ia kekal lekat la pulok. Dalam band tu ada gitaris yang agak pawer, Azil. Dia ni boleh improvise riff dari band-band style yang dia minat jadi riff original. Tapi yang pelik, aku yang agak banyak buat lagu. Ada la lagu lain kitorang develop masa jamming. Tapi band tu habis gitu je lah.

So rugilah banyok lagu, buat apa membazir, buat band la. Tu yang jadi Dakootyroaches. So yeaa, in a way ada beberapa lagu yang aku tulis masa Hulk Ogan, yang aku improvise. Ada jugek lagu baru yang aku buat. Tak taulah, zaman tu, bikin lagu effortless sungguh… main-main dengan riff, dah jadi lagu.

Sebahagain beso lagu yang aku tulis biasanya malam mid term test, atau final exam- duk depan PC, stressed... ambik gitar pukul 2.00 pagi, tulis lirik dalam komputer. Habis exam esoknya, pah tu siapkan dan kemaskan lirik. Nasib baik setelah beberapa band, dengan band ni ada rezeki sempat untuk rekod, maknanya ada la produk yang ditinggalkan selama main muzik.


4. Bagaimana tercetus idea nak rekod album tu di Synchrosound Studios yang agak mahal rasanya kalau ikut standard time tu?

Ini cerita sedih jugok la, kih!… aku rekod CD tu masa final year universiti. Saing saing aku, budak-budak uni masa tu ada nak buat trip pergi Indonesia. Aku sangatlah nok pergi, tapi sebab nok recording, kena pilih la. Duit pun duit pinjaman JPA. So aku pilih recording.

Sebenornya Synchrosound dah nak bankrup dah gamaknya masa tu. So, Shaiful yang main bass untuk rakaman ni, dapat tahu dari adiknya Duan (Seven Collar T-Shirt), ada package recording secara live di Synchro. Tak silap aku RM1500 ke RM3000 gitu, lebih kurang gitu laa. So tong-tong la sikit sorang.

Package tu untuk rakaman 12 jam. So bila aku masuk studio, engineer cina yang kabo nama dia Jacky, sebenornya nama lain... dia tanya nak rakam berapa lagu? Aku kabo sebelas lagu! Tercengang dia, dia kata paling banyak orang buat pakej ni tiga lagu je!

So bayangkan, sebelum aku masuk studio, seminggu aku minum air asam jawa takut suara pecoh boh! Gila. Dan kami terburu-buru la buat, takut dok cukup masa. Suara masuk lain la.

Tapi CD tu banyok mistakes. Aku ingat dok sempat, tu yang mistakes kecik-kecik aku tak betulkan. Rupanya, awal jugok kitorang habis sebab hampir semua main one take je! Suara masuk lain la, tapi recording live. Masalahnya, lagu yang awal-awal yang ada mistake, tapi aku tak berani nak betulkan sebab kejor masa. 12 jam sebelas lagu? Orang gila buat kerja gitu! Tapi tu lah. Bila dengor balik mistakes tu, sampai sekarang la sakit hati.

Dah la masa nak rekod, bass takde dalam studio, last-last pinjam bass Kong dari Love Me Butch. Untuk rekod, aku dok kenal pun dia, tapi bass tu dipinjam dari Duan la, adik Shaiful.

So memanglah bagi aku dengan Ateng, jumlahnya agak mahal. Tapi pakej tu murah dah zaman tu. Gila mung, Synchrosound PJ weiii!



5. Mu sokmo buat design shopping cart ada TV, dan untuk kaset ni shopping cart berisi senapang. Boleh cerita sikit mesej di sebalik imej- imej ni?

Sebab… Sebab cool kot? Kih!

Bagi aku shopping cart tu bagi aku, melambangkan consumerism la. Secara amnya, lirik DKR banyak berkisar hal-hal gitu lah, biasanya political… Social political commentaries. Aku bukan bermaksud nak jadikan DKR band political sangat. Tapi aku kebetulan ngaji political science dulu, terlalu banyok exposure dengan pelbagai menda. Tak mustahil aku dapat inspirasi dari buku teks International Political Economy ke, International Relations ke….kakakakaka!

Barangkali, konsep shopping cart atau troli ni pengaruh tak langsung dari filem Fight Club, filem yang mengsatirakan hyper consumerism la. Kalau perasan lagu kami yang tajuk ‘Immune’ tu, menganjing budaya consumerism dan benda-benda macam makanan GMO, pharmaceutical, dietary supplement industry jugok la…

Consumerisme tu bagi aku dekat dengan politik amnya, bukan sekadar ‘kepandiran budaya konsumer’. Kita hidup dalam dunia yang dipengaruhi duit dan pasaran. Ia dipanggil, omputeh kabo, corporate capitalism atau capitalistic corporatism.

Untuk context, nak bagi faham sikit, aku bagi contoh. Okey, bayangkan, masa Hillary Clinton bawah pemerintahan Obama, diorang gila-gila pressure larang presiden Haiti untuk naikkan gaji minimum pekerja Haiti dari 21 sen sejam ke 61 sen sejam. Sebab apa? Sebab seluor Levi’s- yang kilangnya ada di Haiti. Sebab nok jaga pemilik seluor Levi’s yang boleh memperhambakan pekerja Haiti dengan buruh muroh! Gila ke dok? 61 sen 8 jam tak sampai pun 5 dollar boh! Kalu 21 sen apatah lagi. So semua ada kaitan dengan produk dan konsumer lah kan?

Nok tengok contoh lagi, tengok kes baru-baru ni; dalam rakyat US tengoh susoh, tak mampu milik rumoh, kos perubatan tinggi dan sebagainya, US Senate luluskan 95 billion dana ke Ukraine, Israel dan Taiwan! Pelik kan? Tengah ekonomi US pun tak stabil.

Okey, cerita kepelikan funding tu bab lain. Yang nok bagitaunya, sebahagian besornya duit tu bukan boleh ke negara-negara tersebut pun, tapi untuk bayar military industrial complex Amerika- iaitu kontaktor dan pengilang-pengilang alatan senjata perang US. Military Industrial Complex ni sebenornya banyak pengaruh dalam dasar luar Amerika pun.

Sebab pasaran, produk ekonomi, maka adanya intervention di negara seluruh dunia. Jugak mempengaruhi, jatuh bangun pemimpin pun sebab ni jugok, melalui CIA contohnya, bukan benda rahsia. Contoh, perdana menteri Iran dulu Mosadegh dijatuhkan. Sebab menda? Sebab minyak British Petroleum lah, BP, sebab masa tu Mosadegh nak nasionalkan petroleum negara. So, pasal pasaran dan akses penggunaan minyak. Itu cerita kepenggunaan jugok tu. Begitu jugak banyak pemimpin dunia jatuh, dijatuhkan dan naik diktator-diktator korup yang mesra US, yang kononnya nak mendemokrasikan dunia. So gitulah lebih kurang.

Sebenarnya, selain dari lirik dalam 'Rock The Moon', aku banyak tulis lagu berkisar fasal menda-menda ni lah untuk album seterusnya. Tapi masalahnya ye lah, dah lebih 20 tahun lagu-lagu tu terperam, bila nak rekod pun aku dok tau.

So, berbalik pada soalan, semuanya berbalik pada dollar and cent lah. Predatory capitalism, petro-dollar atau sekarang zaman BRICS dan dedollarization– semua memandu polisi, samada perang, bully, sanction… semua benda lah!

6. Apa yang nak disampaikan dengan tajuk album 'Rock The Moon, and the former interpretation is outdated'.

Aku bukan ingat sangat apa yang aku fikir masa tu, kih! Tapi aku rasa ia personallah kot.

Aku sengaja pilih nama album panjang sebab pengaruh nama album Infectious Maggots, bunyi cool. Hahah. Album menda?…Errr…’Deep Within Our Grief Factory, Milk Runs Red’ kan? Tapi kelako la, apa yang outatednya…ingat fesyen ke? Kih!

'Former interpretation is outdated' tu, rasa aku, masa aku melalui fasa zaman dimana banyak perkara dari pembacaan, membuatkan aku melihat dunia dengan kaca mata berbeza lah. Banyok perkara yang kita fikir dan percaya dulu, rupanya punya kebenaran yang tersembunyi di bawah berlapis-lapis tabir lah, chewahh...

'Rock The Moon' tu, aku rasa secara tak sedar, gamaknya aku ambik dari The Clash’s ‘Rock The Casbah’ la kot… bukan maksud lagi tu, tapi ambik tajuk lagunya. Ianya personal lah… yang lagi penting, di sekitar album ni dirakam, September 11 terjadi, lepas tu Iraq kali kedua oleh Dubya Bush dan Coalition of the Willings… lagi lah releven.




7. Kenapa kini dikeluarkan semula dalam format kaset?

Ye, akhirnya, tercapai jugak niat nak ada material pro printed sendiri.

Kalau dibaca inlay kaset yang baru keluor ni, aku ada kabo yang aku sengaja tak paparkan balik lirik album tu- sebab cringey la bila aku baca balik lenim. Kih!

Sebab zaman tu, aku ada banyak benda yang nak express, tapi tak cukup daftar kata, atau perkataan nak jelaskan. Kalu sekarang ni, aku boleh la kabo, oo ni fasal colonial capitalism, ohh ni fasal selective terminologies in media framing, manufacturing consent semua.

Tapi bagi aku lirik aku personal lah, dan honest. Lagu macam 'Artificial' tu, ideanya dalam kepala otok aku, boleh dikatakan selari, sebijik direct keluor dari buku 'The Myth of Lazy Native' tulisan Prof. Syed Hussein Alatas. Padahal masa tu aku mana pernoh baca lagi pun buku tu, sehinggalah banyok tahun kemudian.

Berbalik pada soalan tadi. Sebab apa keluor dalam bentuk kaset? Nombor satu, sebab CD pertama tu CD-R je boh. Padahal zamang tu berangan je nok release professional gini, tapi pitih habih doh buat dana recording, kih! Padahal kalau kira balik gamaknya, kos nya lebih kurang je.

Kedua, commemoration la. Patutnya ia keluar 2021, exactly 20 tahun sejak recording pertama. Kira KLMJ la. Benda yang mungkin beri pendedahan kepada pendengar baru jugak.

Ketiga, sebab inspired oleh beberapa band yang keluarkan dalam bentuk kaset. So why not?


8. Apa band-band yang menjadi rujukan untuk album ni?

Banyak jugak aku rasa, kalau nak kira influence secara langsung dan tak langsung la...

Antara influence besar aku dulu Bad Religion lah. Tapi aku tak nak lah main macam diorang musically. Aku nak main pelbagai jenis ‘rock’ yang aku nak main. Sebab tu aku namakan "punk inspired crossover rock"– Ianya bukan satu genre, tapi statement nok kabo kami main apa kami nok main; ada metal, ada sedikit rap, ada hardcore, punk dan sebagainya- tapi roots kami punk rock la.

Dan walau kami ada sedikit elemen rap, jangan kaitkan kami dengan nu metal pulok pada masa tu. Aku allergic dengan sebahagian band nu metal sebenornya walaupun ada yang best- kalau Limp Bizkit, atau album terkemudian KORN tu memang aku geli lah.

Aku rasa musically, kalau aku single down satu influence yang paling besar ialah album Anthrax, 'Sound of White Noise', dan spesifiknya lagu 'Packaged Rebellion'. Aku masa baru beli kasetnya, aku dok suka sebenornya kalau dibandingkan lagu macam 'Caught In The Mosh' zaman Joey Balladonna. Ini album pertama John Bush, vokalis baru.

Maksud aku, kenapa ia jadi influence besor, sebab masa tu aku rasa sound album ni pelik- untuk aku lah yang form three form four time tu, aku tak reti nak define. Lama kemudian baru aku tau yang diorang toned down muziknya dan masukkan elemen ‘grunge’ -menunggang gelombang grunge masa tu.

So, pertama bila aku buat lagu, aku nak buat sesuatu yang orang tak senang nak define dan kategorikan- berjaya atau dok, kemudian kiralah.

Keduanya aku nok kabo, aku tak pernah anggap diri aku sebagai gitaris- tapi sebab aku nak main dalam band, so aku main gitar... walaupun aku suck at it. So banyak lagu yang aku dengor, tapi aku translate dengan limitasi permainan gitar aku yang terbatas la.

Lagu aku macam ‘Plastic’ tu, aku try nak buat riff ala-ala band Fingerprint contohnya. Aku nak buat lagu bunyi industrial sikit, atau groovy metal, contoh album Prong, 'Rude Awakening', jadilah dengan keselekehan aku main gitar menajdi lagu kami berjudul ‘Welcome to The Human Race’, atau nak bunyi Sabbath sikit, lagu kami ‘Stitches’. Atau aku nak buat ‘lagu bercakap’, macam 'It’s The End Of The World' as We Know It' oleh R.E.M, maka jadi lagu 'Shaving After Shave'.

Maknanya, sebab aku gitaris cap ayam, aku interpret elemen tersebut dengan kesederhanaan kebolehan permainan gitar aku yang mostly three chords -tapi ada jugok certain lagu yang bagi aku, agak intricate lah. Dan yang penting original lah, tak nak la jadi fotostat band yang kami rujuk pulok.

So, adalah pengaruh buat lagu directly, atau indirectly untuk reference, dari Pink Floyd ke band melodik punk macam Face To Face to Face ke Nofx, kepada band macam Shelter, ke Orange 9mm, ke Helmet, ke Anti-Nowhere League, ke STP. Aku belajor ambik inspirasi riff dari Carcass, macam Hatebreed hingga ke Slayer -dan semestinya Rage Against The Machine lah, antara influence yang paling besor.

9. Boleh listkan band-band kegemaran tempatan dan luar negara?

Alamak Zang. Kang aku kabo kang, nampok poyo, tapi aku dah lama tak membeli, mendengar mana-mana muzik, baik mainsteam maupun bawah tanah. Sejak zaman masuk kerja… dah berbelas tahun doh. Seriously, CD player yang ada cuma dalam kereta, tu pun jarang dengor. Spotify pun takdok akaun. Sekarang ni kalau sesekali nok dengo muzik, youtube la kot. Kalau serabut mark assignment budok, aku dengo Bossa Nova, kakakakaka!

So agak susah nak conjure up apa yang aku dengor. So tak adillah aku nak kabo. Lagipun aku suka banyak genres. CD yang last ada di tangan aku adalah CD Dirty Divider dan The Dicksons kot, ada dalam kereta. Tua-tua gini aku kembali balik dengar lagu yang tak bising sangat. Aku dengor balik The Beatles, Travis, Manic Street Preachers. Pernah dengor band ‘Hunk’? Seriously aku enjoy the whole album, tapi diorang tak glamerlah malangnya.

Yang last few weeks masa marking paper budok, aku dengor album Slayer yang paling dibenci fans Slayer dan oleh Kerry King sendiri, 'Diabolus in Musica'. Album ni diorang masukkan elemen nu metal sikit, Tom Araya hampir rapping sikit tu, kih! Walaupun aku kurang sikit most nu metal bands, Slayer bikin dengan elemen tu pawer gila babos. Aku suka gila album ni.

Macam band Ned’s Atomic Dustbin jugok, tukor stail album 'Brain Blood Volume', masuk sampling semua. Fans diorang tak suka lah, tapi aku suka gila album tu. Hellowen album 'Pink Bubbles Go Ape', paling dibenci fans, semua buang imej dark pasal diorang nak masuk pasaran US. Pun aku suka, haha! Kira aku suka jugok album yang orang tak suka.

Band tempatan? No Good pawer jugak. Kalau dulu, aku suka Plague of Happiness kot. Aku pernah minat band Sarawak nama Sputum. Kalau kabo Dum Dum Tak, macam bodek pulok? Kih!

Tapi ada satu album ni yang bila aku beli dan aku pegang kaset nya dulu, sangat-sangat menyebabkan aku terasa dan kabo dalam hati, "satu hari nanti aku nok ada album sendiri", kaset tu adalah Enslaved Chaos (Kuantan). Tu antara zaman awal lah bands start buat pro printed cassette, zaman FSF, zaman The Bollocks 'Revolution' kan?. Tapi Enslaved Chaos aku suka gila.



10. Apa aktiviti DKR sekarang, rasanya last main show dah lama kan dengan Uber You tu? Ada plan untuk rakam lagu-lagu baru?

Ye, last show, kami main macam gampang! Kih, timing berterabur. Adoi. Takpelah, pengalaman.

Dua tahun lepas, kami aktif kejap dengan Poq Tayar Soton' dan Fahim main bass. Bila bulan puasa kami stop jamming. Kabo nak sambung awal tahun... sampai sekarang, dekat dua tahun doh, hampeh!

Agaknya masing-masing abis angin nok main. Aku pun hilang angin jugek.

Tapi aku ada lagu yang disiapkan, yang jumlahnya lebih dari satu album dah. Siap lirik, siap proper arrangement. Berbelas tahun doh lagu tu disiapkan. Tapi diperam macam tu la.

Kalau aku menulis dengan kecenderungan sekarang, lagu-lagunya mungkin bentuknya lain, tapi lagu-lagu lama yang berbelas buoh tu masih lagi releven musically and lyrically. Dan sayangla kalau tak rekod boh. So, ada lagi harapan satu hari ia akan dirakamkan. Kira album last sebelum cuci tangan la.

Aku rasa kami perlukan motivasi sebenornya. Kot adalah sesapa yang ada home studio dekat sekitar Kuantan ni yang nak bagi kami tumpang rekod ke, atau ada label nak collab ke, mungkin ia akan terjadi. Kalau ikut aku set up sendiri, memang takkan jadi menda.

Sementara tu, tunggu dan lihat je lah.

Buat aku sendiri, aku buatlah apa yang patut; tulis buku, buat filem independen yang takdek orang nak tengok. Aku ada filem bertajuk 'Nyanyok Besey' dekat youtube kalau sesapa nak tengok. Filem projek aku dengan kawan-kawan.



11. Kata-kata akhir?

Terima kasih interview aku, dan terima kasih sama-sama join commemoration project, kaset DKR 20 plus tahun anniversary. Dan siapa nak dapatkan, boleh dapatkan dari aku, Nizang atau Ateng, drummer kami.

Sesiapa nak dengor album ni, boleh ke youtube. Aku upload the whole album. Tapi kalau sesiapa yang nak cherish album fizikal, cherish macam mana kita enjoy muzik pada satu masa dulu,... dapatkanlah kaset reissue dari kami.

Sekali lagi, terima kasih kerana temubual ni.

Majulah sukan untuk negara, dan selamat beramal.

Saturday, November 25, 2023

10 SOALAN: 199X


199X antara band punk dari Kelantan yang masih aktif. Baru pulang dari tour ke Sabah dan Sarawak sekaligus baru melancarkan album terbaru mereka, Nizang korek cerita disebalik berita terkini ini. CD mereka sudah boleh dibeli di shopee, check it out.


 1. Ceritakan sikit sejarah dan latar belakang 199X.  

Bermula pada tahun 2008, Jex selalu pow rokok dari Raja (yang masih lagi bersekolah pada masa itu). Raja selalu pergi jamming di studio yang Jex jaga (Kirna Studio). Setelah kerap kali bertemu, mereka jatuh hati dan mula berniat untuk mendirikan rumahtangga. Eh, mendirikan sebuah band bernama 199X.


 2. Siapa line-up terkini dan line-up untuk album baru? 

Raja, Ariff, Jex, Apih.


3. Tahniah diatas terbitnya album baru ’14 Songs From This Shitty Album’. Apakah kelainan atau keistimewaan yang dipertaruhkan dalam album ini?  

Terima kasih daun keladi! Tiada kelainan pun sebenarnya dengan album ini, cuma gabungan idea antara tahun 2008 ke 2023. Banyak pengaruh muzik yang dialami oleh ahli band. Maka tercetuslah album 14 SFTSA ini.


4. Sejak bila lagu-lagu ini ditulis, dan cerita sikit tentang proses rakaman. Aku dengar beberapa part ada masuk piano, menarik.  

Ada yang ditulis dari 2008, ada yang ditulis pada 2016, antara 2008-2023 lah. Tapi idea album ini tercetus setelah Raja (producer, composer, arranger, songwriter) membuat keputusan untuk keluar dari "hiatus" sejak 2020. Maka bermulalah proses pembikinan album yang berlaku di studio Raja sendiri (guitar, vocal, piano, keys dan lain-lain) di Tanah Merah, Kelantan. Manakala untuk drum dan bass direkodkan sendiri oleh Apih yang berada di KL dan Ariff yang berada di Kudat, Sabah. Kira RJJ (Recording Jarak Jauh) la ni.



5. Band-band apa yang jadi rujukan untuk lagu-lagu baru? Apa yang korang dengar masa menulis dan merakam album ni? 

Idea asal kesemua lagu ditulis oleh Raja selaku komposer. Rujukan besar adalah Frenzal Rhomb, NOFX, Millencolin, Dustbox, Senario, Sum 41, Gaho, X Japan, One OK Rock, Blackpink, Foo Fighters dan banyak lagi.


6. Korang rilis album ni dan terus gerak tour ke Sabah dan Sarawak, cerita sikit macam mana boleh plan ke sana. Macam mana dengan pengalaman tour kali ni? 

Sebenarnya sepupu plan tour dulu sebelum masuk studio. Haha. Lepas tengok tiket flight murah, terus book. Kenapa ke Sabah dan Sarawak? Jawapan dia simple, sebab tak pernah perform sana. Hihi.


7. Sebelum album ni, agak lama 199X menyepi dari sebarang aktiviti. Apa korang buat masa tu dan bagaimana ambil keputusan kembali aktif. 

Semua tengah setting kehidupan masing-masing setelah membuat keputusan untuk “hiatus” pada tahun 2020 (semasa MCO). Pada masa yang sama, Raja invest untuk membina sebuah studio rakaman (Pawerkord) yang siap sepenuhnya pada awal tahun 2022. Setahun kemudian, setelah semuanya tampak agak stabil, barulah sepupu bersedia untuk meneruskan perjalanan 199X.


8. Baru-baru ni rakaman gig di Dun Paloh, Gua Musang ada viral di media social dan dihentam teruk oleh nurtizen. Nampaknya memang susah untuk menganjurkan gig di Kelantan dan Terengganu. Apa alternatifnya? Main di negeri-negeri lain saja mungkin? 

Untuk kes itu, sepupu no comment. Kalau tengok perjalanan 199X selama 15 tahun ni pun rasanya tak sampai 10 kali sepupu perform di Kelantan/Terengganu. Banyak perform di luar dari Kelantan/Terengganu. Untuk tour 14 SFTSA ini pun sepupu start dengan Borneo dahulu. Point yang sepupu nak cakap, perform je dekat mana yang orang nak kita, orang tak nak sudah. Jangan terlalu memilih. Kata sek punk. Hahaha.


9. Apa future plan korang lepas ni? Main di negeri-negeri semenanjung pula mungkin? 

Next plan sepupu adalah untuk menghabiskan tour “Finally, an Album Tour” yang akan menjelajah beberapa negeri dan berakhir pada bulan March 2023. Nanti boleh cekidout dekat sepupu punya social media.


10. Kata-kata akhir untuk pembaca dan peminat.

Jaga diri, jaga family. Jangan lupa beli CD 14 Songs From This Shitty Album! Peace-Love-Unity!