WALAUPUN MAT YIE PAKAI BANYAK TOPI MACAM BARET, BEANIE... ERR MAKSUD AKU DIA PENULIS BUKU (Paramalang, Merentas Supernatural, Kau Percaya Hollywood?), ADA BUAT SHORT FILM DAN JUGA MENGAJAR... AKU KENAL DIA MULA-MULA DULU SEBAGAI FRONTMAN BAND DAKOOTYROACHES (DKR). INTERVIEW INI UNTUK MENGGALI PERIHAL LATAR BELAKANG MUZIK BELIAU DAN JUGA TENTANG ALBUM DKR YANG ADA REISSUE DALAM FORMAT KASET BULAN LEPAS. CHECK OUT BAND YANG MAKSUD NAMA MEREKA 'LIPAS MAHATHIR' NI...
The Spit ni basically kira Zemang (Kuchalana) dan Doni (Aftermath, Love As Arson) laa, anggota lain bertukor-tukor. Diorang segerombolan students Kemaman yang belajor di sekolah sains SBP SESMA Kuala Terengganu, kira budok pandai la yek… ada la 5-6 orang lelaki pompuang termasuk Ateng, drummer aku sekarang. So legasi dari Joe Kidd la barangkali, Joe pun sekoloh SESMA dulu. So diorang keluor SESMA, masuk sekoloh aku di Kemamang. Diorang kira bowok punk balik ke Kemamang la.
Aku tak terlibat masa diorang rekod demo pertama dan kedua. Tapi kalau ingatan aku betul, setiap gig yang diorang main, aku session lah... kecuali mungkin satu. Kalau aku tak silap, iaitu gig pertama diorang, yang aku tak main…, ke gig pertama tu tak jadi main, aku lupa. Gig yang Kompleks Belia tu kot... ada band Minority, Fungus etc. Sorry, lupa banyak dah.
Aku kabo session je lah ye ni, kalau kabo a part of the band, kang mungkin orang tak ngaku pulok. 1994, 1995 masa tu kan. Tapi bagi aku diorang a big part of my younger days jugok la.
So The Spit seingat aku melalui evolusilah- zaman lagu-lagu first demo Saliva Love etc. Kemudian, ada satu zaman, diorang main lagu… ada satu lagu tu macam Teenagers from Mars sikit, dengan bassline groovy, masa tu aku main bass la- Main beberapa kali gig termasuk gig dengan Naked Butterfly dekat TMS Disco Dangdut, Kuantan.
Kemudian, bila satu-satunya jamming studio di Kemamang, Studio ‘Nada Tujuh’ tutup, diorang jamming dengan gitar tong je la. Zaman ni, diorang main pop ala band Singapore, The Oddfellows, highly influenced by The Oddfellows. Dan masa ni lah, salah satu lagu yang aku tulis, bertajuk 'Someday', diorang masukkan untuk set list gig- masa tu gig di Subang Jaya, dengan band, salah satunya band Belacak tak silap aku.
Asma (DEP) session untuk drum untuk kitorang untuk gig ni. So masa turn The Spit main, aku masa tu, Shahlan Carburetor Dung bagi pinjam gitar, tapi amp blow masa band sebelumnya. So aku aku main gitar angin je la, kakakakaka.
Lepas tu kira aku kena kena sack lah, keluor la kot. Antara sebabnya, aku berangan nak buat band sendiri nama Human Bullet Corp atau HBC, kakakakaka!. Sebenornya lepas tu diorang nak main muzik ala hardcore la. Zemang yang dulunya vokalis, dan tak reti main instrument apa-apa, dah boleh main bass.
So diorang pernoh kononnya audition aku untuk vokalis la, tapi Brahim- sorang lagi budak ex SESMA dapat job tu lah sebab dia boleh rap- dengor Snopp Dogg, House of Pain semua tu. Beastie Boys ke apa. So diorang record second demo dengan tukor nama band jadi SPEAKS. Lepas tu aku tak sure diorang masih main gig ke tak.
Zaman fun la, rindu pun ada jugok zamang dok tau kaller benda.
Band Malfunction tu masa aku masuk universiti doh. Tadi aku kabo, aku ada berangan nok buat band nama HBC dengan member sekoloh, tapi tak pernah jamming pun, kih! Tapi ada buat lagu dalam 6- 7 bijik lagu jugok la. So lagu-lagu tu la aku jamming dengan band ni la bila masuk mengaji di uni.
Malfunction tu sebenornya nama band senior diorang di sekolah SDAR Negeri Sembilan, masa diorang buat Talentime, Battle of the bands, gitulah kabornya. So diorang sauk nama tu.
Ada satu lagu, gitaris aku Adzrain tulis, tapi lirik ambik dari band Zach De la Rocha, Inside Out. Tajuk lagunya 'Burning Fight'. Dia ngaku dia tulis lirik tu la masa tu, mana aku tau, aku dok ambik port, aku percaya je la, kakakakaka. Tapi dasyat la, lagu original tu hardcore kaw-kaw, lagu member aku tu melodic. Tapi amazingly masuk pulok liriknya dengan lagu baru tu.
Hulk Ogan pun masa uni, pernah sekali main gig di Kuala Terengganu 'Dok Rohok Mane Doh' dengan kehadiran tetamu istimewa, arwah Saleem Iklim, hihi! Dia ada jengok masa gig tu berlangsung. Ada masuk compilation live la Fazri (Kasih Sayang) buat ('Cakne-Care-Concern' dengan Aghast (Kuantan) dan Strict Tease (KT) -ed) .
Yang paling excited band Kuswadinata dengan Shabri (Kasih Sayang) dan Amiq (Silent Majority). Sebab band tu aku dedicated nak main ala Minor Threat, dan memang ada beberapa lagu- kalau aku kabo bunyi macam perasan— tapi sebijik stail Minor Threat.
Campur pulak Shabri masa tu ada layan band power violence Jepun Romantic Gorilla, yang bagi aku, cool gila. Dan aku nak campur elemen witty macam tu lah. Tapi sayangnya, Shabri pindah dari KL, maka projek habis gitu je. Macam juga Dakootyroaches masa mula-mula, first line up DKR Shabri main bass, Jeril, room mate aku main drum, bila dia pindah, habis laa. Tapi Kuswadinata sempat rekod satu lagu untuk compilation 'Tribute to The The Pilgrims', lagu cover tapi aku belasah stail kitorang sendiri.
3. Boleh ke dikatakan Dakootyroaches sebagai kesinambungan kepada Hulk Ogan. Lagu-lagu diolah balik dari lagu Hulk Ogan yang mu tulis?
Kalau aku boleh trace balik,Hulk Ogan ni bermula dengan satu jamming session dengan kawan uni lain. Aku diajak gamoknya sebab aku ada gitar karen kot, kakakakaka! Gitar aku beli dengan duit allowance uni lah zaman tu–ikat perut, janji boleh beli gitar! Kih!
So kawan aku Azwan (Words Manifest /The Rebel Scum), dia ni seorang rapper… so dia ada la berniat nak buat band rap rock, ala Rage Against The Machine... tapi tok lama kendian, dia tinggalkan uni. Dia yang bagi nama sekejap Brown Regime, sekejap Tripple CP. Commie gila…Tripple CP tu C C C P, maksudnya Soviet! Barulah dictatorship of proletariat sungguh la, kih! Kira asas awal la socialist leaning lyrics dalam DKR la, hehe!
Dari situ la bertukor-tukor ahli band jamming sampai tertubuh band yang takdek nama. Aku yang bagi nama band Hulk Ogan masa tahu boleh main gig kat KT. Sebelum tu– tu nok buat kelako je sebenornya, tapi ia kekal lekat la pulok. Dalam band tu ada gitaris yang agak pawer, Azil. Dia ni boleh improvise riff dari band-band style yang dia minat jadi riff original. Tapi yang pelik, aku yang agak banyak buat lagu. Ada la lagu lain kitorang develop masa jamming. Tapi band tu habis gitu je lah.
So rugilah banyok lagu, buat apa membazir, buat band la. Tu yang jadi Dakootyroaches. So yeaa, in a way ada beberapa lagu yang aku tulis masa Hulk Ogan, yang aku improvise. Ada jugek lagu baru yang aku buat. Tak taulah, zaman tu, bikin lagu effortless sungguh… main-main dengan riff, dah jadi lagu.
Sebahagain beso lagu yang aku tulis biasanya malam mid term test, atau final exam- duk depan PC, stressed... ambik gitar pukul 2.00 pagi, tulis lirik dalam komputer. Habis exam esoknya, pah tu siapkan dan kemaskan lirik. Nasib baik setelah beberapa band, dengan band ni ada rezeki sempat untuk rekod, maknanya ada la produk yang ditinggalkan selama main muzik.
4. Bagaimana tercetus idea nak rekod album tu di Synchrosound Studios yang agak mahal rasanya kalau ikut standard time tu?
Ini cerita sedih jugok la, kih!… aku rekod CD tu masa final year universiti. Saing saing aku, budak-budak uni masa tu ada nak buat trip pergi Indonesia. Aku sangatlah nok pergi, tapi sebab nok recording, kena pilih la. Duit pun duit pinjaman JPA. So aku pilih recording.
Sebenornya Synchrosound dah nak bankrup dah gamaknya masa tu. So, Shaiful yang main bass untuk rakaman ni, dapat tahu dari adiknya Duan (Seven Collar T-Shirt), ada package recording secara live di Synchro. Tak silap aku RM1500 ke RM3000 gitu, lebih kurang gitu laa. So tong-tong la sikit sorang.
Package tu untuk rakaman 12 jam. So bila aku masuk studio, engineer cina yang kabo nama dia Jacky, sebenornya nama lain... dia tanya nak rakam berapa lagu? Aku kabo sebelas lagu! Tercengang dia, dia kata paling banyak orang buat pakej ni tiga lagu je!
So bayangkan, sebelum aku masuk studio, seminggu aku minum air asam jawa takut suara pecoh boh! Gila. Dan kami terburu-buru la buat, takut dok cukup masa. Suara masuk lain la.
Tapi CD tu banyok mistakes. Aku ingat dok sempat, tu yang mistakes kecik-kecik aku tak betulkan. Rupanya, awal jugok kitorang habis sebab hampir semua main one take je! Suara masuk lain la, tapi recording live. Masalahnya, lagu yang awal-awal yang ada mistake, tapi aku tak berani nak betulkan sebab kejor masa. 12 jam sebelas lagu? Orang gila buat kerja gitu! Tapi tu lah. Bila dengor balik mistakes tu, sampai sekarang la sakit hati.
Dah la masa nak rekod, bass takde dalam studio, last-last pinjam bass Kong dari Love Me Butch. Untuk rekod, aku dok kenal pun dia, tapi bass tu dipinjam dari Duan la, adik Shaiful.
So memanglah bagi aku dengan Ateng, jumlahnya agak mahal. Tapi pakej tu murah dah zaman tu. Gila mung, Synchrosound PJ weiii!
5. Mu sokmo buat design shopping cart ada TV, dan untuk kaset ni shopping cart berisi senapang. Boleh cerita sikit mesej di sebalik imej- imej ni?
Sebab… Sebab cool kot? Kih!
Bagi aku shopping cart tu bagi aku, melambangkan consumerism la. Secara amnya, lirik DKR banyak berkisar hal-hal gitu lah, biasanya political… Social political commentaries. Aku bukan bermaksud nak jadikan DKR band political sangat. Tapi aku kebetulan ngaji political science dulu, terlalu banyok exposure dengan pelbagai menda. Tak mustahil aku dapat inspirasi dari buku teks International Political Economy ke, International Relations ke….kakakakaka!
Barangkali, konsep shopping cart atau troli ni pengaruh tak langsung dari filem Fight Club, filem yang mengsatirakan hyper consumerism la. Kalau perasan lagu kami yang tajuk ‘Immune’ tu, menganjing budaya consumerism dan benda-benda macam makanan GMO, pharmaceutical, dietary supplement industry jugok la…
Consumerisme tu bagi aku dekat dengan politik amnya, bukan sekadar ‘kepandiran budaya konsumer’. Kita hidup dalam dunia yang dipengaruhi duit dan pasaran. Ia dipanggil, omputeh kabo, corporate capitalism atau capitalistic corporatism.
Untuk context, nak bagi faham sikit, aku bagi contoh. Okey, bayangkan, masa Hillary Clinton bawah pemerintahan Obama, diorang gila-gila pressure larang presiden Haiti untuk naikkan gaji minimum pekerja Haiti dari 21 sen sejam ke 61 sen sejam. Sebab apa? Sebab seluor Levi’s- yang kilangnya ada di Haiti. Sebab nok jaga pemilik seluor Levi’s yang boleh memperhambakan pekerja Haiti dengan buruh muroh! Gila ke dok? 61 sen 8 jam tak sampai pun 5 dollar boh! Kalu 21 sen apatah lagi. So semua ada kaitan dengan produk dan konsumer lah kan?
Nok tengok contoh lagi, tengok kes baru-baru ni; dalam rakyat US tengoh susoh, tak mampu milik rumoh, kos perubatan tinggi dan sebagainya, US Senate luluskan 95 billion dana ke Ukraine, Israel dan Taiwan! Pelik kan? Tengah ekonomi US pun tak stabil.
Okey, cerita kepelikan funding tu bab lain. Yang nok bagitaunya, sebahagian besornya duit tu bukan boleh ke negara-negara tersebut pun, tapi untuk bayar military industrial complex Amerika- iaitu kontaktor dan pengilang-pengilang alatan senjata perang US. Military Industrial Complex ni sebenornya banyak pengaruh dalam dasar luar Amerika pun.
Sebab pasaran, produk ekonomi, maka adanya intervention di negara seluruh dunia. Jugak mempengaruhi, jatuh bangun pemimpin pun sebab ni jugok, melalui CIA contohnya, bukan benda rahsia. Contoh, perdana menteri Iran dulu Mosadegh dijatuhkan. Sebab menda? Sebab minyak British Petroleum lah, BP, sebab masa tu Mosadegh nak nasionalkan petroleum negara. So, pasal pasaran dan akses penggunaan minyak. Itu cerita kepenggunaan jugok tu. Begitu jugak banyak pemimpin dunia jatuh, dijatuhkan dan naik diktator-diktator korup yang mesra US, yang kononnya nak mendemokrasikan dunia. So gitulah lebih kurang.
Sebenarnya, selain dari lirik dalam 'Rock The Moon', aku banyak tulis lagu berkisar fasal menda-menda ni lah untuk album seterusnya. Tapi masalahnya ye lah, dah lebih 20 tahun lagu-lagu tu terperam, bila nak rekod pun aku dok tau.
So, berbalik pada soalan, semuanya berbalik pada dollar and cent lah. Predatory capitalism, petro-dollar atau sekarang zaman BRICS dan dedollarization– semua memandu polisi, samada perang, bully, sanction… semua benda lah!
6. Apa yang nak disampaikan dengan tajuk album 'Rock The Moon, and the former interpretation is outdated'.
Aku bukan ingat sangat apa yang aku fikir masa tu, kih! Tapi aku rasa ia personallah kot.
Aku sengaja pilih nama album panjang sebab pengaruh nama album Infectious Maggots, bunyi cool. Hahah. Album menda?…Errr…’Deep Within Our Grief Factory, Milk Runs Red’ kan? Tapi kelako la, apa yang outatednya…ingat fesyen ke? Kih!
'Former interpretation is outdated' tu, rasa aku, masa aku melalui fasa zaman dimana banyak perkara dari pembacaan, membuatkan aku melihat dunia dengan kaca mata berbeza lah. Banyok perkara yang kita fikir dan percaya dulu, rupanya punya kebenaran yang tersembunyi di bawah berlapis-lapis tabir lah, chewahh...
'Rock The Moon' tu, aku rasa secara tak sedar, gamaknya aku ambik dari The Clash’s ‘Rock The Casbah’ la kot… bukan maksud lagi tu, tapi ambik tajuk lagunya. Ianya personal lah… yang lagi penting, di sekitar album ni dirakam, September 11 terjadi, lepas tu Iraq kali kedua oleh Dubya Bush dan Coalition of the Willings… lagi lah releven.
7. Kenapa kini dikeluarkan semula dalam format kaset?
Ye, akhirnya, tercapai jugak niat nak ada material pro printed sendiri.
Kalau dibaca inlay kaset yang baru keluor ni, aku ada kabo yang aku sengaja tak paparkan balik lirik album tu- sebab cringey la bila aku baca balik lenim. Kih!
Sebab zaman tu, aku ada banyak benda yang nak express, tapi tak cukup daftar kata, atau perkataan nak jelaskan. Kalu sekarang ni, aku boleh la kabo, oo ni fasal colonial capitalism, ohh ni fasal selective terminologies in media framing, manufacturing consent semua.
Tapi bagi aku lirik aku personal lah, dan honest. Lagu macam 'Artificial' tu, ideanya dalam kepala otok aku, boleh dikatakan selari, sebijik direct keluor dari buku 'The Myth of Lazy Native' tulisan Prof. Syed Hussein Alatas. Padahal masa tu aku mana pernoh baca lagi pun buku tu, sehinggalah banyok tahun kemudian.
Berbalik pada soalan tadi. Sebab apa keluor dalam bentuk kaset? Nombor satu, sebab CD pertama tu CD-R je boh. Padahal zamang tu berangan je nok release professional gini, tapi pitih habih doh buat dana recording, kih! Padahal kalau kira balik gamaknya, kos nya lebih kurang je.
Kedua, commemoration la. Patutnya ia keluar 2021, exactly 20 tahun sejak recording pertama. Kira KLMJ la. Benda yang mungkin beri pendedahan kepada pendengar baru jugak.
Ketiga, sebab inspired oleh beberapa band yang keluarkan dalam bentuk kaset. So why not?
8. Apa band-band yang menjadi rujukan untuk album ni?
Banyak jugak aku rasa, kalau nak kira influence secara langsung dan tak langsung la...
Antara influence besar aku dulu Bad Religion lah. Tapi aku tak nak lah main macam diorang musically. Aku nak main pelbagai jenis ‘rock’ yang aku nak main. Sebab tu aku namakan "punk inspired crossover rock"– Ianya bukan satu genre, tapi statement nok kabo kami main apa kami nok main; ada metal, ada sedikit rap, ada hardcore, punk dan sebagainya- tapi roots kami punk rock la.
Dan walau kami ada sedikit elemen rap, jangan kaitkan kami dengan nu metal pulok pada masa tu. Aku allergic dengan sebahagian band nu metal sebenornya walaupun ada yang best- kalau Limp Bizkit, atau album terkemudian KORN tu memang aku geli lah.
Aku rasa musically, kalau aku single down satu influence yang paling besar ialah album Anthrax, 'Sound of White Noise', dan spesifiknya lagu 'Packaged Rebellion'. Aku masa baru beli kasetnya, aku dok suka sebenornya kalau dibandingkan lagu macam 'Caught In The Mosh' zaman Joey Balladonna. Ini album pertama John Bush, vokalis baru.
Maksud aku, kenapa ia jadi influence besor, sebab masa tu aku rasa sound album ni pelik- untuk aku lah yang form three form four time tu, aku tak reti nak define. Lama kemudian baru aku tau yang diorang toned down muziknya dan masukkan elemen ‘grunge’ -menunggang gelombang grunge masa tu.
So, pertama bila aku buat lagu, aku nak buat sesuatu yang orang tak senang nak define dan kategorikan- berjaya atau dok, kemudian kiralah.
Keduanya aku nok kabo, aku tak pernah anggap diri aku sebagai gitaris- tapi sebab aku nak main dalam band, so aku main gitar... walaupun aku suck at it. So banyak lagu yang aku dengor, tapi aku translate dengan limitasi permainan gitar aku yang terbatas la.
Lagu aku macam ‘Plastic’ tu, aku try nak buat riff ala-ala band Fingerprint contohnya. Aku nak buat lagu bunyi industrial sikit, atau groovy metal, contoh album Prong, 'Rude Awakening', jadilah dengan keselekehan aku main gitar menajdi lagu kami berjudul ‘Welcome to The Human Race’, atau nak bunyi Sabbath sikit, lagu kami ‘Stitches’. Atau aku nak buat ‘lagu bercakap’, macam 'It’s The End Of The World' as We Know It' oleh R.E.M, maka jadi lagu 'Shaving After Shave'.
Maknanya, sebab aku gitaris cap ayam, aku interpret elemen tersebut dengan kesederhanaan kebolehan permainan gitar aku yang mostly three chords -tapi ada jugok certain lagu yang bagi aku, agak intricate lah. Dan yang penting original lah, tak nak la jadi fotostat band yang kami rujuk pulok.
So, adalah pengaruh buat lagu directly, atau indirectly untuk reference, dari Pink Floyd ke band melodik punk macam Face To Face to Face ke Nofx, kepada band macam Shelter, ke Orange 9mm, ke Helmet, ke Anti-Nowhere League, ke STP. Aku belajor ambik inspirasi riff dari Carcass, macam Hatebreed hingga ke Slayer -dan semestinya Rage Against The Machine lah, antara influence yang paling besor.
9. Boleh listkan band-band kegemaran tempatan dan luar negara?
Alamak Zang. Kang aku kabo kang, nampok poyo, tapi aku dah lama tak membeli, mendengar mana-mana muzik, baik mainsteam maupun bawah tanah. Sejak zaman masuk kerja… dah berbelas tahun doh. Seriously, CD player yang ada cuma dalam kereta, tu pun jarang dengor. Spotify pun takdok akaun. Sekarang ni kalau sesekali nok dengo muzik, youtube la kot. Kalau serabut mark assignment budok, aku dengo Bossa Nova, kakakakaka!
So agak susah nak conjure up apa yang aku dengor. So tak adillah aku nak kabo. Lagipun aku suka banyak genres. CD yang last ada di tangan aku adalah CD Dirty Divider dan The Dicksons kot, ada dalam kereta. Tua-tua gini aku kembali balik dengar lagu yang tak bising sangat. Aku dengor balik The Beatles, Travis, Manic Street Preachers. Pernah dengor band ‘Hunk’? Seriously aku enjoy the whole album, tapi diorang tak glamerlah malangnya.
Yang last few weeks masa marking paper budok, aku dengor album Slayer yang paling dibenci fans Slayer dan oleh Kerry King sendiri, 'Diabolus in Musica'. Album ni diorang masukkan elemen nu metal sikit, Tom Araya hampir rapping sikit tu, kih! Walaupun aku kurang sikit most nu metal bands, Slayer bikin dengan elemen tu pawer gila babos. Aku suka gila album ni.
Macam band Ned’s Atomic Dustbin jugok, tukor stail album 'Brain Blood Volume', masuk sampling semua. Fans diorang tak suka lah, tapi aku suka gila album tu. Hellowen album 'Pink Bubbles Go Ape', paling dibenci fans, semua buang imej dark pasal diorang nak masuk pasaran US. Pun aku suka, haha! Kira aku suka jugok album yang orang tak suka.
Band tempatan? No Good pawer jugak. Kalau dulu, aku suka Plague of Happiness kot. Aku pernah minat band Sarawak nama Sputum. Kalau kabo Dum Dum Tak, macam bodek pulok? Kih!
Tapi ada satu album ni yang bila aku beli dan aku pegang kaset nya dulu, sangat-sangat menyebabkan aku terasa dan kabo dalam hati, "satu hari nanti aku nok ada album sendiri", kaset tu adalah Enslaved Chaos (Kuantan). Tu antara zaman awal lah bands start buat pro printed cassette, zaman FSF, zaman The Bollocks 'Revolution' kan?. Tapi Enslaved Chaos aku suka gila.
10. Apa aktiviti DKR sekarang, rasanya last main show dah lama kan dengan Uber You tu? Ada plan untuk rakam lagu-lagu baru?
Ye, last show, kami main macam gampang! Kih, timing berterabur. Adoi. Takpelah, pengalaman.
Dua tahun lepas, kami aktif kejap dengan Poq Tayar Soton' dan Fahim main bass. Bila bulan puasa kami stop jamming. Kabo nak sambung awal tahun... sampai sekarang, dekat dua tahun doh, hampeh!
Agaknya masing-masing abis angin nok main. Aku pun hilang angin jugek.
Tapi aku ada lagu yang disiapkan, yang jumlahnya lebih dari satu album dah. Siap lirik, siap proper arrangement. Berbelas tahun doh lagu tu disiapkan. Tapi diperam macam tu la.
Kalau aku menulis dengan kecenderungan sekarang, lagu-lagunya mungkin bentuknya lain, tapi lagu-lagu lama yang berbelas buoh tu masih lagi releven musically and lyrically. Dan sayangla kalau tak rekod boh. So, ada lagi harapan satu hari ia akan dirakamkan. Kira album last sebelum cuci tangan la.
Aku rasa kami perlukan motivasi sebenornya. Kot adalah sesapa yang ada home studio dekat sekitar Kuantan ni yang nak bagi kami tumpang rekod ke, atau ada label nak collab ke, mungkin ia akan terjadi. Kalau ikut aku set up sendiri, memang takkan jadi menda.
Sementara tu, tunggu dan lihat je lah.
Buat aku sendiri, aku buatlah apa yang patut; tulis buku, buat filem independen yang takdek orang nak tengok. Aku ada filem bertajuk 'Nyanyok Besey' dekat youtube kalau sesapa nak tengok. Filem projek aku dengan kawan-kawan.
11. Kata-kata akhir?
Terima kasih interview aku, dan terima kasih sama-sama join commemoration project, kaset DKR 20 plus tahun anniversary. Dan siapa nak dapatkan, boleh dapatkan dari aku, Nizang atau Ateng, drummer kami.
Sesiapa nak dengor album ni, boleh ke youtube. Aku upload the whole album. Tapi kalau sesiapa yang nak cherish album fizikal, cherish macam mana kita enjoy muzik pada satu masa dulu,... dapatkanlah kaset reissue dari kami.
Sekali lagi, terima kasih kerana temubual ni.
Majulah sukan untuk negara, dan selamat beramal.
No comments:
Post a Comment