Showing posts with label knowledge. Show all posts
Showing posts with label knowledge. Show all posts

Thursday, May 7, 2026

13 SOALAN: SKINBASHER



AKU MULA TAHU TENTANG BAND PUNK ROCK DARI IPOH NI DARI TULISAN JOE KIDD DALAM BLASTING CONCEPT, KESEMUA AHLI BAND NAMA MEREKA BERMULA DENGAN HURUF A. ANTARA INFO YANG AKU BARU TAHU ADALAH MEREKA BANYAK MAIN LAGU FOLK/RAKYAT YANG DIPUNK ROCK KAN KERANA TERPENGARUH DENGAN THE PILGRIMS YANG COVER LAGU SUA SUE GOOD MORNING/AIR PASANG PAGI. SKINBASHER BARU RILIS ALBUM BARU, NIZANG TANYA AJAX BEBERAPA SOALAN.

 1. Boleh cerita sikit macam mana awalnya Skinbasher boleh terbentuk?

Skinbasher form bila aku yang asalnya drummer nak cuba main gitar dan buat band sendiri. Kisah bermula selepas aku kena buang dari UTM Skudai dimana ketika itu aku main dram dengan arwah Jon (Fandi Razali) untuk band CATARRH. 

Lepas UTM, aku belajar kat Politeknik Ungku Omar Ipoh, dan di sinilah aku cuba main gitar dan cari drummer/bassist. Maka jumpalah Apai (dram) dan Andong (bass). Mereka kira senior aku la... Maka terus jadi band Skinbasher sejak tahun 1992.

2. Mula-mula dipengaruhi oleh band mana? Adakah pengaruh muzik masih sama sampai sekarang?

Pengaruh band-band seperti Metallica, The Misfits, Ramones, Slayer, Bad Religion, Nirvana, Sepultura, The Swallows, The Hooks, Megadeth. Boleh kata sama je dulu dan sekarang.



3. Cerita sikit tentang demo tape 'Hypertension' 1995. Macam mana dirakam dan berapa copy dibuat? Macam mana dengan sambutan?

Demo 'Hypertension' tu karya pertama kami dan dirakam di Ipoh pada tahun 1995. Ada 6 lagu original. Line-up Ajak (gitar/vokal), Andong (bass) dan Apai (dram). Berapa copy tak ingat bro... sebab main dubbing je kan. Zaman ni sambutan memang menggalakkan.



4. Album terbaru 'Slatan Sorga' apa hubungannya dengan 'South of Heaven' dari Slayer?

Tiada hubugan dengan Slayer 's.o.h', cuma sebab kami minat diorang je. Lagu tak sama pun, apatah lagi nak nyanyi macam Tom Araya... kebetulan ada lagu kami tajuk 'Gila Sorga', so dah rasa Slayer abis la kot...🤣

Dan aku pilih tajuk slatan sorga ni dgn harapan semua peminat slayer akan beli albem ni.

5. Cerita sikit tentang album terbaru ini, sejak bila ditulis? Dirakam di mana dan dengan siapa? Line-up band ada berubah?

Album baru ni dah lama startnya iaitu Jun 2020. Disebabkan kekangan masa dan bajet maka pelan pelan kayuh le. Kami rakam total 21 lagu sebenarnya. Bercampur lagu ori, cover dan recycle songs. Finally kami pilih 12 je. 

Line-up album ni; Ajak (gitar/vokal), Andong (bass) dan Adhy (dram). Adhy ni merupakan adik aku dan drummer CATARRH juga. Ada lagu lama dari tahun 1995 yang belum pernah rilis, ada lagu recycle dari album pertama dan tukar lirik ke BM, ada lagu yg aku pernah rakam dengan band lain, juga aku buat lirik baru... dan ada lagu folk omputih yang dibuat lirik BM.

Ada lagu Raya yang kami rilis sebagai single pada tahun 2022 kami masukkan sekali. 

Dalam tempoh rakaman album ni kami ada rekod satu lagu untuk album tribute to One Barchiel (As Sahar) tapi belum rilis lagi. Kami rekod secara akustik.


6. Relevan lagi ke rilisan fizikal sekarang, zaman streaming?

Masih relevan sebab masih ada kolektor fizikal walaupun boleh dengo kat intenet tapi tak sama dengan feel dengo fizikal sambil tengok inlay.




7. Skinbasher pernah rakam album under major label (BMG?) Tapi tak rilis... kenapa tu?

Ya betul, kami pernah sign dengan BMG untuk buat album pada tahun 1996 tapi sayang album tak rilis walaupun dah siap rekod dll. Sebabnya menurut Aziz Bakar, album ni tak boleh diketagorikan album Bahasa Melayu atau English. Album ni bertajuk 'ismitwes' dan ada 10 lagu; lima BM Dan lima English. Mungkin juga mereka tak berani keluarkan album yang bukan genre rock kapak dimana zaman ni rock kapak berleluasa. Kami juga tiada satu pon lagu slow yang boleh diviralkan di radio dan TV.

Rakaman di King Studio pada tahun 1996 sama dengan album XPDC 'Brutal'. Guna rekoding teknologi lama iaitu analog.

Zaman ini kebanyakan band underground memang tak suka buat lagu dalam Bahasa Melayu, tak kira band metal ke punk ke grunge ke termasuklah Skinbasher. Mungkin inilah punca album kami tak rilis. 

Rasa ralat juga bila pikir balik sebab peluang ada sekali je. Kebanyakan lagu dalam album 'ismitwes' ni kami rakam balik pada tahun 2001. Album bertajuk 'Mama Beta' setelah kami tukar lirik kedalam Bahasa Melayu

Buat pengetahuan ada dua lagu dari album 'ismitwes' ni kami rakam balik dalam album baru ni. Lagu bertajuk '1234' dan 'Lubang'.

8. Skinbasher pernah mereka/merakam lagu untuk OST filem Jutawan Fakir... boleh cerita sikit macam mana dapat peluang danpengalaman masa tu?

OST 'Jutawan Fakir' tu tajuk lagu dia 'Kalau Aku' . Lagu ni merupakan lagu dalam album kompilasi bertajuk 'Family Trip'. Band kami je satu satunya band punk dalam tu, yang lain semua metal. Album ni diterbitkan oleh arwah Bob Kuman. Mungkin idea filem tu datang daripada lirik lagu 'Kalau Aku' tu... yang tak bestnya peminat filem tu tak kenal pun band yang bawak lagu tu. Masa ni betul² masa kami rekod album kedua iaitu 'Mama Beta' tahun 2001. Dan menggunakan nama Skin.



9. Skinbasher juga pernah tukar nama jadi Skin sahaja... kenapa tu?

Nama Skin berpunca bila mana kami sign dengan label arwah Bob Kuman untuk album kedua. Dia yang suggest tukar nama agar nampak mudah disebut dan diingati. Juga sebab line-up kali ni ada perubahan iaitu tugas vokalis digalas oleh Ajid. So line-up jadi empat orang. Aku gitar, Apai dram, Andong bass dan Ajid vokal. Album ni bertajuk 'Mama Beta'. Lirik semua dalam BM dan rilis dalam tahun 2001 dibawah label Empire Works.

10. Macam mana masih ada semangat untuk teruskan band sekian lama atau adakah sebab Ajax sahaja ahli tetap... jadi lebih mudah?

Semangat masih ada sebab aku memang suka buat lagu sendiri. Semangat ini mungkin tercetus daripada semangat arwah Jon Catarrh selaku bandmate pertama waktu pertama kali buat band dulu. Semangat dia ialah buat lagu/album bukan sebab nak jadi kaya pun tapi sebab minat menerbitkan karya sendiri. Sukses atau tak tu nombor dua. Selain arwah Jon, idola aku dalam berkarya ni adalah abang kandung aku yang ajar aku main gitar. Selain main gitar beliau suka buat lagu dan lirik sendiri. Jadi dua orang individu inilah penyuntik semangat aku dalam Skinbasher.

11. Bagaimana hang bahagi masa antara Catarrh dan Skinbasher? Ada lagi projek band lain?

Ada banyak band ni rasanya takde masalah sangat buat masa ni sebab bukannya kami ada banyak show pun. Rasanya tak pernah clash la show Catarrh dengan Skinbansher. Untuk masa hadapan tak tahu la pulak. Selain Catarrh Dan Skinbasher, aku ada main dram untuk band Colorful Bullet. Itu je lah buat masa ni.

12. Apa perancangan seterusnya, nak bikin gig?

Perancangan seterusnya kami nak buat gig launching album 'Slatan Sorga' ni. Juga kalau ada rezeki, kami nak buat tour insha'Allah. Untuk rilisan pula kami nak siapkan balance lagu yang kami rakam dalam album 'Slatan Sorga' ni untuk album yang seterusnya. Pastu kalau ada rezeki kami nak reissue album² lama kami. Itu je lah plan buat masa ni.

13. Kata-kata akhir dan ada apa-apa nak tambah? TQ Ajax.

Kepada peminat muzik teruskanlah sapot band independent tanahair dengan membeli rilisan fizikal; CD, keset atau vinyl dan juga merch serta datang tengok show; gig dan konsert.




Biografi Ringkas Band Skinbasher

1995 - Form Skinbasher. Rekod demo 'Hypertension' (line up ajax g/v, apai dram, andong bass. Ada 6 lagu original dalam English.

1996 - Sign dengan label BMG rekod album 'ismitwes'. Line-up ajax gitar, apai dram, andong bass, ajid vokal. Tapi album x rilis. Ada lima lagu English (dipetik dari demo 'Hypertension') dan tiga lagu Melayu original dan dua folk cover song)

1999 - Sign dengan label Nebiula Productions. Rekod album 'Transglobal Confusion'. Line up ajax g/v, amay dram, apai bass. Ada lapan lagu English original dan dua folk songs.

2001 - Sign dengan label Empire Works. Rekod album 'Mama Beta'. Line-up ajax gitar, apai dram,  andong bass, ajid vokal. Kebanyakan lagu dpd album 'ismitwes' yang diubah lirik dalam Bahasa Melayu. Ada lagu cover juga.

2008 - Mula rekod album secara DIY. Tajuk: 'Infiniti'. Line-up ajax g/v adhy dram andong bass. 10 lagu original dalam Bahasa Melayu. 

2013 - Rekod album 'Punkapak'. Line-up ajax g/v adhy dram apai bass. 9 lagu original berbahasa Melayu satu English. Ada satu lagu feat Aca Shaqeera of Vermellion.

2026 - Rekod album 'Slatan Sorga'. Line-up ajax g/v adhy dram, andong bass. Ada 12 lagu baru dan recycle, 1 cover folk barat yg diubah lirik BM. 11 lagu dalam Bahasa Melayu dan satu English.

Thursday, February 16, 2017

Ulasan: Aku Anak Punk oleh Ein Second Combat



Aku masih ingat, masa tu sebuah kelab tidak jauh dari KLCC yang bernama Blue Planet. Aku berbaju Minor Threat bootleg yang dicop oleh seorang kawan aku, Jang Manteras. Aku beli baju tu di A//Mince infoshop/studio. Masa tu pun, aku baru-baru lagi dengar Minor Threat, dan terus jatuh cinta. Terus menggelarkan diriku sebagai seorang pengamal gaya hidup Straight Edge. Aku di situ untuk gig. Salah satu band yang akan bermain pada hari tersebut adalah Second Combat

Bila Ein Nampak saja kelibat aku dengan baju Minor Threat membaluti badan aku yang kurus ni, terus dia memanggil aku dekat padanya. Ketika itu mereka ada membawa beberapa material seperti CD dan baju untuk dijual diletakkan atas meja.

Lantas aku bertanya, “Korang main bila?” 

“Kami main akhir sekali. Kenalah tunggu” katanya sambil menguntumkan senyuman.

Sebelum tu pun, aku pernah ke gig di kelab bernama Teratak Dangdut. Aku ke gig tersebut dengan Shah dan pada mulanya kami merancang untuk hanya lepak di luar gig. Tapi bila bermula saja set Second Combat, berkumandanglah bunyi gitar greng greng dan hentakan dram laju ke segenap ruang hingga ke luar dewan. Aku bingkas berdiri dan membayar tiket gig dan masuk meninggalkan Shah di luar keseorangan! Tak tertahan dibuatnya.

Ya, pada waktu itu kebanyakan gig punk/hardcore diadakan di kelab-kelab malam dan juga dangdut kerana masih belum ada ruang-ruang DIY yang dipunyai oleh budak-budak scene punk/hardcore sendiri seperti hari ini. Second Combat bermula sebagai band punk pada tahun 1996. Nama asal mereka adalah The Pistons. Pada tahun 199_ mereka telah berjaya mengeluarkan demo tape pertama mereka berjudul ‘Race. Truth.Lies.Attitude’. Nama demo ini diilhamkan oleh Rush, gitaris mereka ketika itu yang juga salah seorang pengasas band ini. Nama demo tersebut dipilih untuk menyatakan topik dan isu yang mereka nyanyikan dalam demo tersebut. 

Ketika era 90an, band-band DIY tempatan kebanyakannya belum mengeluarkan demo tape dalam cetakan yang professional kerana ianya mahal. Namun masalah ini tidak menghalang hasrat mereka untuk merakam dan mengedar lagu-lagu ciptaan mereka. Band-band punk, hardcore dan indie tampil dengan home-dubbing demo tape dan kulit kaset kebiasaannya difotostet sahaja. Mereka lalu menjual kaset-kaset ini di gig, kepada kawan-kawan di skatepark dan juga melalui pos. Zine-zine yang banyak diterbitkan ketika itu banyak memainkan peranan untuk mempromosikan kaset demo band-band tempatan dengan membuat ulasan dan temuramah dengan mereka. 

Pada akhir 90an, mereka memilih untuk menjadi band straight edge. Ada yang memang sedia ada bebas rokok, dadah dan alcohol. Ada yang pernah mengamalkannya lalu terus meninggalkan kesemua elemen tersebut untuk hidup yang lebih positif dan mempromosikan gaya hidup tersebut. Mereka juga adalah band pertama dari Malaysia yang membuat tour ke Eropah dan Indonesia.

Second Combat tidak mengehadkan untuk bermain muzik hardcore sahaja. Suatu ketika, mereka sering bermain lagu ‘Where Are They Now?’ dari band skinhead Cocksparrer dan lagu ‘Do What You Want’ dari band melodic punk Bad Religion. Namun antara momen yang aku paling tidak akan lupa adalah apabila mereka beraksi di pentas Central Market Annexe untuk gig berjudul ‘The Undercover’. Gig ini memestikan band-band yang turut serta, kesemuanya band punk dan hardcore untuk bermain lagu saduran dari pemuzik lain sahaja.

Bayangkan Gasoline Grenade memainkan lagu dari kumpulan Gersang dan The Mindless Show memainkan lagu kumpulan XPDC. Second Combat pula memainkan sebuah lagu dangdut bertajuk ‘Penasaran’ dengan Aca Straight Answer menyanyikannya.



Tulisan di atas adalah antara petikan tulisan prakata yang aku tulis untuk buku ini tapi mungkin Ein terlupa dan terlambat menghantarnya kepada penerbit. Jadi aku abadikan sedikit di sini (blog dan zine)...

Ini merupakan satu buku yang penting didokumentasikan kerana Ein merupakan seorang yang sangat komited dengan kerja-kerja aktivismnya dari berkempen untuk Straight Edge, kehidupan sihat sehinggalah membantu orang-orang susah, gelandangan dan memerlukan dengan beberapa pertubuhan NGO. Aku pernah tengok di satu acara anjurannya di Kolej Bandar Utama, dia memandu van membawa kanak-kanak dari rumah zakat. Kanak-kanak tersebut dari Klang dan Kambung Subang katanya.

Semua gambar dalam buku ini dicetak warna. Pojok adalah sebuah anak syarikat Karangkraf. Jadi, aku rasa buku ini dicetak dalam jumlah yang banyak dan bakal muncul di kedai-kedai buku serata Malaysia. Cuma satu komen dari aku, aku agak terganggu dengan tajuk buku ini kerana ianya kedengaran seperti bahasa Indonesia. Kalau bahasa Malaysia mungkin ia patutnya bertajuk ‘Aku Budak Punk’.   

Wednesday, October 9, 2013

Bawak anak naik kereta dan sidai baju sambil tengok filem

Haritu aku dah tengok separuh cerita Magic Beyond Words ni kat Astro, lepas tu aku ada hal. Semalam aku dapat tengok sampai habis. Tapi dalam tengok tu sempat juga bawa anak round naik kereta untuk tidurkan dia dan sidai baju.

Inspiring jugak ceritanya, tentang J. K. Rowling iaitu seorang yang mendapat bantuan kewangan dari kerajaan sebab ada anak tapi tiada suami dan tiada pekerjaan. Lepas menulis buku Harry Potter dan ia diterbitkan, dia jadi antara perempuan terkaya di Great Britain. Sebelum tu banyak liku-liku yang dilalui.

Bersekengkang mata sampai pukul 1 pasal nak habiskan cerita ni, akibatnya pagi tadi aku 'punch card dilemma'.


Monday, October 7, 2013

Endoskopi dan KAEDfest

Hari Rabu lepas aku ada temujanji di hospital. Misi dah call marah-marah sebab aku kadang lupa nak gi temujanji. Jadi tanpa cakap banyak aku cakap ‘okey’ saja. Pagi tu jam 7.30 aku dah ada congok di hospital macam arahan misi tu. Petugas di kaunter kata kena turun bawah buat ‘skop’. Entah aku tak tahu apa masa tu, ikut aje. Sampai giliran, misi suruh pakai baju hospital dan topi ala shower-cap. Siap ada tag nama kat lengan, macam masuk wad pulak. Misi suruh baring mengiring dan sembur sesuatu dalam kerongkong, nak bagi kebas kot. Doktor sampai dan terus masukkan camera ke dalam mulut-kerongkong-perut aku. Pergh. Air mata dan air liur banyak keluar. Kejap je tapi perit sikit di kerongkong dan bahagian dada. Lepas siap je, terus misi suruh panggil cleaner pasal banyak sangat air keluar. Keh keh keh. Doktor terus blah macam tu aje, misi kata ada infection dan bagi ubat. Aku balik terpinga-pinga sikit. Infection kat bahagian mana pun tak bagitahu. Lepas hari tu baru aku tahu, endoskopi takdelah seindah minum kopi, hehehe. Aku koyak tag nama terus pergi UIA.

 endoskopi oleh nizang

Aku pergi ke KAEDfest (bazaar anjuran Kuliah of Architecture and Environmental Design) di UIA sebab Buku Jalanan UIA ada buka gerai jual zine, buku dan tote bag. Jadi ingat nak tengok-tengok apa yang patut sebagai penyokong zine tempatan yang komited. Lagipun dapat m.c dari hospital dan UIA dah dekat sangat dengan hospital. Sampai je di tempat kejadian aku nampak gerai Farez (Anak Bumi) dulu. Dia tegur dan kenalkan kawan dia seorang penulis puisi. Aku belek-belek buku dan tanya-tanya sikit-sikit. Rupa-rupanya dia memang cari rezeki untuk tanggung keluarga dengan menulis, mengecat dan menjual buku-buku dan catan-catannya secara sepenuh masa. Respek juga pada mereka yang mampu mencipta kerja sendiri tanpa terikat dengan sistem kapitalis atau apa-apa aturan yang menyesakkan. Aku beli dua zine dan tote bag, beli tako untuk isteri dan keluarga di rumah, lantas balik untuk bermain-main dengan anak (sebenarnya aku tidur sejam setengah dan anak aku main naik turun naik turun katil). Lepas tu aku bawa dia ke playground. Rasa macam ayah mithali dah sikit-sikit.

Thursday, October 20, 2011

knowledge #12: Mikey Welsh, painter and ex-bassist of Weezer dead

 
Mikey Welsh, a painter and former bassist of Weezer has passed away at 40. He was found in Raffaello Hotel in Chicago on 8th October 2011. During his lifetime, he was blessed with two world class skills. He had a highly successful art career. His works were sold to numerous collectors, other musicians and business executives. He is also the bassist of Weezer for 3 years and played on The Green Album. Weezer issued statement praising Welsh’s time with the band and his later artistic works. The band played their shows in dedication to the ex-bassist’s honor. Strangely, Welsh had predicted his death and wrote on Twitter, saying “dreamt i died in chicago next weekend (heart attack in my sleep). need to write my will today.”

SYB: I love the naive art paintings...but hey, I can do it too. 

Wednesday, September 14, 2011

knowledge #11: Pet Sounds


The title for Beach Boys’ album ‘Pet Sounds’ was inspired by disparaging comments by Mike Love after a vocal recording for the album, "Who's gonna hear this shit? The ears of a dog? It’s also a tribute to Phil Spector by naming it using his initials. Carl Wilson also claimed that the term ‘pet sounds’ represents the sounds that a person love, and the album is his collection of his ‘pet sounds’. Mike Love claimed that the title was chosen when they were shooting photos at a zoo. And there are also sounds of animals on the record, hence the album title. The cover photo was taken at San Diego Zoo after they got the album title. It shows the band members feeding goats. The photo was taken by George Jerman.

Thursday, July 28, 2011

knowledge #10: Janelle Hessig


Janelle Hessig is a Berkeley, California based zinester, writer, comic artist and musician. She first published her zine Tales Of Blarg in 1990. Her artworks have appeared in a lot well known fanzines such as Punk Planet and Maximum Rock N Roll. Her artworks were used for various album covers. She published a free, one-page, monthly fanzine Jank with her housemate Jeff Jank. In 2005, her zine and artworks were featured in the San Francisco art exhibition The Copyist Conspiracy: An Exhibition of Zine Art. Janelle is also a musician and played in a number of punk bands including The Tourettes, Panty Raid, and Baby Jail.

Friday, June 17, 2011

Aglio e Olio

Sejarah aku dengan masakan barat yang aku ingat bermula masa darjah empat ke atas walaupun aku duk di US masa aku baby.

Aku berkawan baik dengan seorang yang ber-ibu-kan seorang British. Tak silap aku pertama kali makan spaghetti masa dia masak spaghetti di sekolah untuk subjek Kemahiran Manipulatif. Dan pertama kali makan lasagna masa darjah enam bersama keluarga dia juga. Memang nak muntah makan masa tu dan aku fikir tulah kali pertama dan akhir aku akan makan benda tu. Tapi sekarang...feveret!

Beberapa tahun lepas kawan aku Farid ada suruh aku dengar album hardcore/punk dari Beastie Boys bertajuk Aglio e Olio. Album ni biasa-biasa saja tidaklah sehebat lagu rap dan rock dari mereka yang aku pernah dengar. Aku pelik dengan nama album ni, ingat bahasa Perancis ke apa.



Baru-baru ni isteri aku masakkan Aglio e Olio. Rupanya maksud nama album tersebut adalah sejenis masakan spaghetti kegemaran orang Italy. Masakannya sedap, tidak biasa-biasa saja macam album Beastie Boys tadi. Hehhee.




Makan masakan air tangan isteri mestilah sedap kan?


Thursday, March 3, 2011

knowledge #9: Independent Publishing Resource Center

The IPRC or Independent Publishing Resource Center is a non-profit organization that provides people with creative expressions to resources and tools for creation of independently published media and art. Since 1998, the place has encouraged the growth of a visual and literary publishing community to gather at the space, exchange ideas and work on projects together. This includes artwork, writing, zines, books, websites, comics and graphic novels. They help people to discover themselves through art, and inspire others to publish and share their work. It’s Portland’s DIY artistic and literary community centre. They offer a workspace and tools for production and distribution of zines, comics, hand-bound books and artwork. There are two art galleries and one of the nation’s largest circulating zine libraries. They also offer educational workshops on a variety of subjects related to publishing such as; bookbinding, design and publishing software, comic, zine, chapbook, web publishing, silk-screen and others.

http://www.iprc.org/about

Sunday, November 14, 2010

knowledge #8: asal nama watak kartun




Rasanya ramai dah tahu nama karektor-karektor dalam siri kartun Ninja Turtles diinspirasikan dari nama artis-artis terkenal dari barat iaitu;


Leonardo Da Vinci



Donatello



Raphael



Michaelangelo



tapi masih ada yang tak tahu bahawa siri kartun Oggy and the Cockroaches pulak terinspirasi dengan nama-nama punk rockers utk watak-wataknya. Kucing dalam kartun ni, Oggy. Nama ini dipilih sempena nama Iggy Pop yang terkenal dengan kumpulan The Stooges.



Iggy Pop

Lipas-lipas dalam kartun tersebut pulak bernama Dee Dee, Marky dan Joey iaitu nama ahli kumpulan punk terawal, Ramones.



Dee Dee



Marky



Joey


Dulu tahun 2005, aku kena design maskot untuk negeri Terengganu. So, aku buat watak penyu dan bagi nama Awang. Juga diinspirasi oleh seorang punk rocker dari Terengganu, Awang dari kumpulan Dully Dog/The Let's Go.

Friday, October 22, 2010

Knowledge #7: Keith Rosson



Keith Rosson started with the DIY culture in the late 90’s and galleries. He has participated in nearly three dozens group exhibitions over the past twelve or thirteen years.

He’s also an illustrator and graphic designer, having done work for bands such as Against Me!, Hot Cross, Submission Hold, Amanda Woodward and more. When he’s not painting pictures of floating wolf heads or rabbits in gas masks, he works in education.

This two-person exhibition with Mario Robert marks the last show he’ll be having on the west coast (or anywhere) for some time. Over 80 paintings old and new were exhibited.

Keith said he worked with heavy, obvious themes in his mind; universal theme, loneliness, jingoism, lack of emotional connections, greed, kindness, justice.

He grown up with comic and punk culture and his arts are strongly influenced by these two elements.