Monday, September 18, 2023

TEMUBUAL BERSAMA ACID RAIN

AKU MULA BACA TENTANG BAND ACID RAIN, KALAU TAK SILAP AKU DALAM PANG ZINE ISU 1, IAITU TENTANG DEMO MEREKA 'CHAOS MAY 13' DALAM TAHUN 1996. MASA TAHUN 1999 MASA MEREKA RILIS EP 'COUP D'ETAT' SYOK JUGA DENGAN LAGU 'UTUSAN MALAYSIA' DIMANA MASA TU PUNK DAN SKIN KENA TERUK DENGAN SURAT KHABAR DAN MASTIKA. WEEKEND LEPAS FIRST TIME AKU TENGOK ACID RAIN MAIN LIVE, IAITU DI BALAI SENI NEGARA KL. SO AKU TERUS KONTEK PAKDIN DAN TANYA BEBERAPA SOALAN.

 1  Boleh ceritakan sikit bila Acid Rain ditubuhkan, macam mana boleh mula main muzik bersama dan mula-mula selalu cover lagu apa?

1994 tahun permulaan Acid Rain menapak dalam scene tempatan. Scene underground kat penang lebih ke arah metal, hardcore, grunge. Punk ada tapi style ala Greenday. Belum ada yang bunyi kasar. So Pakdin, Wandy, Henry dan Yusri decided nak buat band punk. Acid Rain amek inspirasi style The Pilgrims sebab sound punk kampung. Tak terlalu orang putih sangat.

Kami develop dari main gitar tong ke studio jamming dan add Wazie jadi guitarist. Tapi yang celakanya, nak main cover tak reti, perabis beras saja. Buang masa dan duit. Last sekali buat lagu sendiri lagi senang. Main lagu macam hayam pun orang tak boleh nak komplen. Lama kelamaan jadi terrer dan tulis chords. Dapat la cari chords lagu The Pilgrims ‘Fear’. Sebelum Henry sampai studio, kami praktis lagu ‘Fear’ dulu.

Tiba-tiba Vinh (my sifu) jengok kami kat pintu studio Soundproof. Dia kata best. Terus ajak kami main gig kat Lost Paradise dengan Shitworkers, Dish etc.

Sebab utama boleh sustain momentum band ni berpunca dari kedai Nasi Ayam milik bapa Wandy betul-betul dekat dengan studio jamming tu. Sementara kedai nasi ayam belum bukak, kami jamming dulu. Pakdin pergi sana sama ada naik basikal atau naik bas. Tapi Wandy dengan Yusri selalu lambat sampai. Pak Nayan taukey jamming Soundproof siap nak bagi piala Anugerah Band Paling Tak Berdisiplin sebab selalu start jamming lambat. Tapi dia tak boleh nak kata apa dah sebab kami regular customer. Banyak duit kami habis kat dia. Dia duk pulun dengan anak buah dia band DATA. Band tu pun macam dah lingkup lani. Tinggal penyanyi saja yang aktif menyanyi kat show kenduri kilang.

 

 


2.     Cerita sikit tentang scene Penang masa tu, band apa yang seangkatan dengan Acid Rain? Ada yang masih aktif?

Satu ketika dulu, scene underground Penang memang best. Banyak band dari pelbagai genre. Ada punk rock - Zoological Garden, grunge - Dish, metal - Incubated Factory, hardcore - Slapjaw, crossover - Colourful Bullet. Sebenarnya banyak, tapi Pakdin letak satu contoh untuk satu genre saja ya. Band Penang yang betul-betul top dan aktif sampai sekarang hanya Blind Tribe saja. Dulu gig campur semua muzik jadi rojak pasemboq. Pakdin selaku budak yang ada band tapi tak pernah dipanggil main tapi takpa. Pakdin pi jugak sebab syok headbanging, pogo, slam tak ingat dunia. Setiap sen sangat bernilai. Muzik selagi tak stop, selagi tu la Pakdin dengan kawan-kawan buat perangai kampung. Perak (bukan nama negeri ya).

 

3.     Macam mana boleh dapat nama Acid Rain, aku rasa nama ni agak unik.

Asalnya band ni bernama The Explosion. Tiap-tiap hari kami jamming sampai nak dekat dua bulan, baru terbaca dalam fanzine mana ntah tak ingat dah, ada band dari Malang, Indonesia pun nama The Explosion. Untuk mengelakkan dari kekeliruan, nama baru kena cari. Dua orang kuat (tulang belakang) kami iaitu Alang Rix dan Black mencadang guna nama Acid Rain sebagai ganti. Disebabkan bunyi catchy dan peka tentang isu alam sekitar, kami bersetuju untuk guna nama Acid Rain sebagai nama band. Pakdin sendiri jadi teruja dengan perkataan Acid Rain sebab selalu disebut dalam lirik-lirik lagu band yang Pakdin minat seperti Sacred Reich ‘American Way’, Nuclear Assault ‘Critical Mass’ dan banyak lagi. Lama dah guna nama ni, tiba dah keluar demo 2nd, baru dapat tau ada band Sarawak pop etnik yang terkenal pun guna nama Acid Rain. Alahai... nak tukar nama band lagi ka? Tak payah la. Lagi pun depa bukan band punk. Nama Acid Rain dalam scene tempatan ni akan Pakdin pertahankan. Pakdin boleh mati, Acid Rain tak boleh mati.

 

4.     Band apa yang menjadi pengaruh Acid Rain dulu dan sekarang?

The Exploited sahaja. Kenapa pilih The Exploited? Sebab The Exploited satu-satunya band punk dalam dunia yang sentiasa maju dalam muzik. Setiap album dengan sound berbeza. Tak ada satu pun yang sama konsep album depa. Band-band lain memang best tapi muziknya tetap dan tak ada perubahan. Contohnya next album Rancid, tak payah beli pun dah tau lagu baru akan keluar bunyi macam mana perginya.

 

5.     Masa rilis ‘Coup D’eTat’ tu aku rasa Acid Rain agak meletup dalam scene, banyak zine interview Acid Rain dan band bio dan gambar korang juga banyak masuk zine. Boleh cerita sikit pasal era tu… sambutan kaset tu rasanya menggalakkan, berapa copies dicetak?

Pakdin tak rasa ‘Coup d'etat’ tu meletup. Kami masih jaguh kampung (main gig dalam Penang saja) masa rilis kaset tu. ‘Coup d'etat’ tu Pakdin kutip perkataan tu dari buku sejarah form 5 kebangkitan Jose Rizal. Pakdin tanya cikgu sejarah dan english sebutan betulnya. Dah confirmed sebutan, baru Pakdin berani guna. ‘Coup D'etat’ dicetak 1000 keping saja. Kaset jual RM5 sekeping saja memang ramai yang beli sebab murah. Terasa nak bongkak sat sebab ‘Coup D'etat’ ni EP pertama band punk Malaysia yang dikeluarkan secara DIY! Semua diurus sendiri. Dicetak kat kilang kaset siap sealed, kulit berwarna, modal sendiri, jual sendiri 5 ringgit saja. Pakdin rasa sebab utama Acid Rain "naik" dan banyak muncul dalam fanzine sebab semua surat-surat fanzine editor dan pembeli tu Pakdin reply secepat mungkin. Setiap hari ada 1 surat. Sejak dari 2nd demo lagi Pakdin dah ambik alih tugas jawab surat dari Henry (vokal asal Acid Rain). Flyers, bio dan macam-macam lagi Pakdin guna harta tempat kerja. Tak keluar modal kertas, komputer ataupun mesin photostate. Cuma buang banyak masa saja.

 

6.     Lagu ‘Boria Punk Rock Pulau Pinang’ memang unik dan menjadi siulan punk rockers, sampai Ustaz Akhil Hayy baca lirik lagu ni dalam ceramah dia. Haha, macam mana dapat idea nak buat lagu tu?

Lagu Boria ni Pakdin dapat idea masa 1st gig ever Acid Rain main kat Lost Paradise. Melodi semua dah ada. Cuma lirik ada perkataan "Kepala Hotak Hang" saja. 1st demo sampai 2nd demo Pakdin masih peram lagu Boria tu. Sampailah masanya nak rakam ‘Coup D'etat’, Pakdin keluarkan lagu tu. Lirik penuh memang keluar cantik tepat pada masanya sebab waktu melepak kat Komtar, Northern Riot Punks dengan full gear setiap Sabtu dan Ahad. Tentang sehingga Ustaz Akhil Hayy guna lirik Boria dalam ceramah beliau, Pakdin ada rasa teruja, seronok dan setakat ni belum ada peluang nak jumpa Ustaz Akhil Hayy.

 


7.     Dalam e.p ni jugak korang ada taruk sampler dari filem P. Ramlee dan Mr Os. Macam mana dapat idea tu? Memang kena betul lah skrip pasal rambut punk dan reporter tu.

Memang magic. Sebab malam tu kebetulan ada Ali Baba Bujang Lapok main kat TV. Pakdin rakam terus guna VHS recorder. Esok pulak hari Sabtu petang ada movie Balik Kampung main kat TV. Pun Pakdin rakam guna VHS. Masa recording ‘Coup D'etat’ kat Hitz Recording Studio, Bagan Jermal…Pakdin tanya Mr. Foong (Engineer studio), boleh dak saya nak letak suara P. Ramlee dengan Os kat lagu kami? Dia cakap boleh kalu tak takut kena copyright. Pakdin peduli apa copyright issue sebab nak keluar kaset pun jual dekat punk rockers/underground saja. Bila masa orang biasa boleh dengar lagu macam ni semua. Mr. Foong kata "nanti nak mixing, you bawak kaset ada suara sampling yang nak letak dalam lagu". Pakdin balik rumah terus letak mini compo tepi speaker TV dan rakam part tu saja. Tapi sound mono sebab mini compo bukan boleh capture stereo. Tapi Mr Foong guna console recording dia convert jadi stereo sound.

Panjang lebar jawab tapi yang betul-betul jawapan adalah Pakdin memang fans gambar melayu lama. Memang hafal dah dialog tu semua. Banyak sampling nak letak tapi macam keterlaluan sangat. So, dua lagu ni saja la Pakdin buh suara dari filem. Influence besar nak buh sampling suara datang dari lagu Chaos UK ‘Alcoholic’. Memang nak tiru depa. 

8.     Acid Rain ada buat Europe tour pada tahun 2016 dan 2017. Cerita sikit tentang tour ni, macam mana boleh plan nak gerak sana, berapa show main. 

Semua ni dirancang oleh manager kami iaitu Keyos CT aka Tupaikaran. Dua kali tour pun dia yang atur. Dari location venue, transport, makanan, masa, baju dan macam-macam kerja lagi. Kami cuma ikut disiplin jaga masa dan duit. Tak ada mengelat-mengelat punya. 2016 dapat main empat show saja. Asalnya dalam 12 show tapi line-up 3 piece; Pakdin –bass/vocals, JB –gitar/vocals dan Rodi -drums. Nasib baik dua orang highly talented men masuk Acid Rain. Krisis tengah panas dengan line-up ‘Coup D'etat’ sebab line-up culas tak mau simpan duit, tak mau praktis. Tinggal dua bulan saja nak tour dah. Last sekali JB dan Rodi penyelamat Acid Rain.

2017 pun kami repeat balik dan dapat main tujuh show. Kali ni tambah Edream as bassist. Edream join Acid Rain utk recording ep ‘Headache’. Bila dah confirmed tour date, kami rakam enam lagu untuk split LP dengan No Fly Zone khas utk Europe Tour 2017. Pakdin pun ada release CD Europe Tour 2017 jugak. 

9.     Venue mana yang best masa main di Europe? Ada kejadian aneh, kenangan pahit tak sepanjang di sana?

 

Venue semua best. Ada venue main kat squat bawah tanah, ada squat bekas bangunan bank, ada pub, ada outdoor park. Kenangan pahit takda melainkan kena balik Malaysia saja. Kat Europe memang lagi best, belum main show dah dapat duit payment. Kejadian aneh ada kena kacau dengan hantu orang putih kat Hotel di Milan masa tour 2017. Masa 2016 tu kami hampir-hampir jadi rakyat Belgium dah. Sebab kat town Brussels kena bomb, airport tutup. Duit extra backup tambang kapal terbang tak dak. Hanya ada tiket murah beli siap-siap saja. Kalu terlepas kapal terbang memang nampaknya akan jadi tukang sapu sampah di sana.

 

10 Line-up Acid Rain macam berubah-ubah. Kenapa macam tu? Ada team A dan team B?

Mudah! Betul tak? Team A - Pakdin, Rodi, JB, Najmi, Edream. Team A akan main full songs split LP dengan No Fly Zone dan lagu-lagu wajib seperti 'Punks Not Junk', 'Hipokrit', 'Boria'. Manakala Team B -Pakdin, Nicky, Meon, Aswad, Sid. Team B akan main lagu dari demo 1st, demo 2nd, 'Coup D'etat', Headache' dan 3 lagu-lagu wajib. Team A dan Team B tetap jalan serentak, tak ada istilah keluar dari band. Dan kini Pakdin ada plan untuk Team C!

 


11. Rasanya rilisan ‘Headache’ pada tahun 2016 dan split bersama No Fly Zone (2017) adalah rilis terakhir dari Acid Rain, bila nak ada e.p atau album baru?

Memang ada niat nak rakam album baru tapi bajet tak ada. Duit gaji selepas tolak kepentingan untuk family, semua habis makan, minum, bayar bil, enjoy beli kaset, piring hitam, baju. Pakdin nak rakam semula lagu-lagu dari demo 1st, demo 2nd dan ‘Coup D'etat’. Hopefully plan split album dengan No Security menjadi. 

12.  Acid Rain masih aktif main show di merata tempat, macam mana boleh kekal semangat tu sejak dulu-dulu dan line-up original pun tinggal sorang je kalau tak silap?

 

Latest sekali Acid Rain main kat ZineXDiy Fest. Sebelum tu ada show kat Sg Petani, Kedah. Pakdin mungkin la akan stop main gig setelah Acid Rain main kat Terengganu, Sabah dan Sarawak. Lain-lain negeri dalam Malaysia semua dah pernah main. Dulu memang semangat lain macam sebab dapat jemputan main gig. Semangat tu pun masih sama hari ni. Tak pernah pudar. Walaupun main gig free, tapi tetap ON! Betul-betul memang Pakdin the only original line-up tapi semua ni atas sokongan wife merangkap manager Pakdin Keyos CT aka Tupaikaran. Kadang-kadang tak ada gig sunyi saja, Pakdin dengan wife akan jamming berdua. Bagi semangat terus membara.

13. Grafik untuk CD, kaset, merch semua memang Pak Din bikin sendiri, memang Pak Din ada belajar design ke?

Boleh kata keseluruhan pakdin design sendiri dan ada jugak mintak tolong Nicky design artwork. Pakdin belajar design style cut and paste, print and scissor. Semua traditional style. Graphic software Pakdin tak mahir.


14. Northern Riot Punks and Skins punya scene masih ada ke sekarang?

Dah mati agaknya...

15.  Untuk mereka yang baru mengenali atau belum pernah dengar Acid Rain, boleh bagitahu genre Acid Rain dan listkan discografi Acid Rain.

 

Pernah sekali Uncle Joe ex-line-up Acid Rain cakap yang band ni dah tak ada orang kenal. Hanya old friends saja tau kewujudan band Acid Rain. Acid Rain band punk rock berasal dari Pulau Pinang yang main muzik ke arah era UK82. Laju dan enjoy. Pakdin nanti bagi diskografi pdf.

 

16. Cerita sikit tentang scene Penang sekarang?

Scene dah macam uzur. Tak ramai new generation. Nasib baik ada Soundmaker, Ruas, Hin Bus Depot yang sustain gig-gig di Penang.


17. Kata-kata akhir untuk pembaca.

Terima kasih kepada semua pembaca yang support Sketch Your Brain zine dan Acid Rain.

 



No comments: