The HARD CROPS merupakan band Oi! based di Kuala Lumpur yang soundnya tidak kedengaran macam kebanyakan band Eastern Oi!, mungkin lebih kepada old skool sound of Oi! music. Menarik untuk aku, jadi bacalah 10 soalan yang aku kemukakan ni.
1. Cerita sikit bagaimana band ni mula ditubuhkan? Kenapa nama tersebut dipilih?
Assalamualaikum, sihat atas semua.
Band ditubuh kan sebab dose nak doing an Oi! Project,dan bersama dua brothers (Babaloi&Fixx) sekitar penghujung tahun 2019.
Jadi sudah masuk empat tahun kami as a unit, alhamdulillah. Nama band The Hard Crops
dipilih atas faktor kami menyukai elemen hardcore punk dalam beat kami. Kami pula rata-rata mengabadikan jiwa untuk skinhead, thus the name came as "The Hard-Crops"... some skinhead playing loud, short and upbeat punk music.
2. Adakah korang semua berasal dari band-band lain sebelum ini?
Background kami... Dose yang paling banyak project, tak pernah serik. Yang tahu, tahu lah
Babaloi once in a band called Bad Bois Bastards. Cool gile nama band dia tapi it was short lived, sebab line-up dah berkahwin dan sibuk bekeluarga. Babaloi juga menjadi bass/vox dalam band ini.
Fixx juga mempunyai band bernama Left Side... political punk rock band. Pernah bermain sekali bersama band Dose yang sebelumnya. Dan dia menjadi drummer/sing along dalam band ini.
Penambahan ahli kami, Es sebagai guitar kedua dalam band. Ini pengalaman band pertama Es tetapi Es currently bekerja di luar negara dan akan kembali insya Allah.
3. Boleh bagitahu kepada pembaca tentang konsep muzik korang dan band-band yang menjadi inspirasi korang?
The Hard Crops is an Oi! band, tapi kami juga menyukai hardcore punk, rock kapak, heavy metal, boleh kata macam-macam kami explore untuk cari sound yang lain. Influence kami pelbagai dari heavy metal sampai ke melodic punk. Influence paling kuat kami adalah Rixe (Oi! band dari Perancis) some of it... Search, Wings, ACAB, The 4 Skins, The Business, Warzone, Battle Ruins, Blitz, The Oppressed, The Blades dan bermacam lagilah kalau nak sumbat as inspiration towards our musical song writing.
4. ‘For What Cause?’ ep dikeluarkan dalam bentuk kaset oleh Secret Records. Cerita sikit tentang pembikinan e.p ini dan kenapa memilih Secret Records?
Pembikinan e.p for what cause dibuat total D.I.Y. Kami beli 1 drum pad electric tapi tak guna midi, kami direct guna preset yang ada, guitar pun kami direct from pedal to computer, vocal kami rekod di stor rumah Fixx. Kami gunakan e.p ni sebagai eksperimen untuk sampai lofi punya sound sebab mostly kami memang suka recording yang kotor, raw tapi boleh dengar semua tracks. Dalam masa seminggu kami siapkan this e.p dan mixing sedikit. Yang buat sound lagi jahat is Secret Records, dorang memang tau sound yang kami inginkan. Kami pilih Secret Records sebab rata-rata personal dalam Secret Records memang suka musik Oi! yang straight forward, rough macam kami. Dan kami telah berhubung dengan Ttine from Secret Records sejak dari kami buat demo raw kami pada tahun 2019. Rilisan-rilisan dari Secret Records juga antara band yang kami suka dengar.
5. Macam mana proses korang buat lagu?
Proses pembuatan lagu kami mudah, Dose buat roots note, Fixx cari tempo beat dan Babaloi cari rhythm for the bass. Dalam masa sehari, on the spot kami dapat buat tiga tracks sekali gus. The vocals part ambil masa selang sehari then jadilah complete 9 tracks.
6. Lirik-lirik korang pasal apa dan siapa yang buat lirik lagu?
Untuk lirik, kami sepakat satu band untuk cerita tentang emosi of a working class, kami cari apa yang berkaitan sehari harian kelas pekerja, apa yang dia hadapi dalam hidup, siapa yang dia jumpa dan apa yang dia lakukan untuk berjuang dalam hidup. Kami semua terlibat dalam membuat lirik. Sebab pada kami, no one left out for ideas, baik dari segi sound atau penulisan.
7. Dalam sebuah interview, Edy J ada cakap suara vokalis korang macam Beastie Boys, apa komen korang?
Ini kami tak reti nak ulas, sebab nak samakan dengan legend... jauh sekali. Mungkin sebab vocal digunakan dalam band kami bukan seorang. Tapi masing-masing ada pendapat, kami hargai dan terima kasih dapat review sebegitu dari a living legend tu. To Eddy... it was an honour sir!
8. Apa perasaan anda dipilih untuk bermain bersama A.C.A.B dalam launching compilation release mereka tersebut?
Kami rasa berbesar hati, sebab our band sangat-sangat kecik. Dengan sound ep yang raw, bermodalkan barang yang ada, kami dapat rezeki pembuka untuk ACAB, the pioneer of Eastern Oi! Unexpected course for us.
9. Apa perancangan terdekat untuk The Hard Crops?
Next plan, kami akan cuba buat mini tour di sekitar bandar luar Kuala Lumpur tapi jarak yang dekat. Dan kami memenuhi slot-slot gig di Kuala Lumpur sepanjang bulan September dan November. Harap semua berjalan lancar. Dan kami merancang untuk first full length untuk tahun depan, jadi dalam masa sama, kami mencari riff-riff, lirik-lirik yang baru
.
10. Kata-kata akhir kepada pembaca.
Kata-kata terakhir, semangat dengan apa yang kamu lakukan. Teruskan berjuang kelas pekerja
dan Stay Oi!
No comments:
Post a Comment