Tuesday, August 8, 2023

12 SOALAN BERSAMA VOCI LODI

VOCI LODI ADALAH PROJEK BAND DUA AHLI 679 (Gombak skapunkmetal), BARU MELANCARKAN LAGU BARU BERJUDUL 'PERMATAKU' DI YOUTUBE, NIZANG SIAPKAN BEBERAPA SOALAN UNTUK MEREKA DIJAWAB OLEH SYAFIQ, zass...! 




1. Bila dan bagaimana band ni ditubuhkan? Korang masih bersama 679 dan Voci Lodi ni band projek?

Voci Lodi ditubuhkan pada Disember 2020. 

Pada akhir tahun 2020, aku ada satu lagu yang belum direkod yang ingin ditujukan kepada semua petugas Barisan Hadapan yang memberikan sepenuh komitmen menangani gejala Wabak Covid-19. Bagi merealisasikan impian untuk menghasilkan lagu ini,  aku berbincang bersama Anip dan kami bersetuju mengeluarkan lagu ini secara online dan proses rakaman juga dibuat di rumah masing-masing memandangkan ketika itu pergerakan ke luar rumah adalah terbatas disebabkan lockdown. 

Maka, tertubuhlah Voci Lodi. 

Buat masa sekarang, aku dan Anip masih bersama 679. Cuma Voci Lodi adalah tempat kami untuk berkarya dengan muzik yang kami minati. Jadi sebenarnya kami lebih aktif bersama Voci Lodi. 


2. Apakah maksud nama band ini?

Voci Lodi adalah gabungan antara Vocal dan Melodi.


3. Setakat ni, Voci Lodi ada berapa lagu? Semuanya di youtube?

Setakat Ogos 2023, Voci Lodi telah menghasilkan enam buah lagu dan semua lagu tersebut telah dimuatnaik di Laman YouTube. @AllGoChords.



4. Adakah ia akan dikeluarkan dalam bentuk CD? Sejauh mana korang lihat relevannya fizikal rilis pada tahun 2023?

Ada perancangan nak keluar dalam bentuk CD, tapi setakat ni kami nak tumpu pada online platform terlebih dahulu. Rilisan secara fizikal tidak begitu mendapat perhatian umum disebabkan online platform dilihat lebih menguasai pasaran ketika ini, namun masih terdapat permintaan terhadap fizikal rilis untuk tujuan koleksi.


5. Cerita sikit tentang lagu terbaru korang ‘Permataku’?

Kalau ikut kisah lagu-lagu kami, ada banyak mesej yang positif ingin kami sampaikan kepada para pendengar. Ilham untuk membuat lagu permataku ini adalah setelah aku dikurniakan cahaya mata yang kedua pada awal tahun 2022 dan lagu ini ditulis pada sekitar pertengahan tahun 2022. Namun disebabkan aku dan Anip ada kerja hakiki yang perlu diutamakan ketika itu, proses rakaman lagu ini ditangguh sehinggalah berjaya dikeluarkan pada 30 Julai 2023. 


6. Macam mana proses korang buat lagu? Siapa yang buat lagu dan lirik?

Lagu dan lirik ni kami buat bersama. Kalau aku ada idea, ada kalanya aku bagi dulu melodi lagu, kemudian, aku hantar kat Anip, Anip terus buat line gitar dan drum atau sebaliknya. Kemudian kami terus rekod di rumah masing-masing. Cuma untuk lagu 'Permataku' ini sahaja aku rekod bass dan vocal di studio. 

Aku nak share sedikit proses pembikinan lagu 'Hitam Kuningku'. Pada 4 Jun 2021, Malaysia kalah 0-4 kepada UAE. Malam tu, aku terus call Anip kata nak buat lagu semangat kepada pasukan Harimau Malaya. Anip bagi idea untuk riff gitar untuk lagu ni. Malam tu jugak, lirik dan full lagu ni siap. Keesokannya, kami rekod part masing-masing dan pada 7 Jun 2021, kami rilis di YouTube. 


7. Proses rakaman diadakan di mana?

Di rumah masing-masing. Cuma untuk lagu 'Permataku' ni aku rekod bass dan vocal di Studio. 


8. Band korang ni duo, kalau dijemput untuk main live nanti dah ada sessionist?

Fokus band ni lebih kepada berkarya untuk kepuasan diri kami dengan style muzik yang kami minati. Tapi kalau ada jemputan untuk kami perform, kami akan usahakan untuk mendapatkan sessionist drummer. 


9. Nyatakan pengaruh dan inspirasi muzik korang? 

NOFX, Bad Religion, Me First and the Gimme Gimmes, NUFAN, Lagwagon, Stratovarius.


10. Band-band tempatan yang korang minat?

Wings, Ukays, Carburetor Dung, Subculture, The Splatters, Cromok dan Sil-Khannaz


11. Perancangan masa depan?

Inn Sha Allah jika tiada aral, Kami akan keluarkan tiga lagu lagi pada akhir tahun 2023 dan banyak lagi lagu pada tahun berikutnya termasuk dengan beberapa merchandise…Walaubagaimanapun perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan bergantung kepada masa dan komitmen.


12. Kata-kata akhir?

Terima kasih Nizang kerana sudi menemu bual Voci Lodi. 

Terima kasih juga kepada mereka yang telah memberi sokongan kepada kami.

Kepada yang masih belum mendengar lagu-lagu kami boleh la melayari ke linktree Voci Lodi seperti dibawah. Jangan lupa untuk Subscribe YouTube channel kami. Terima kasih!

https://linktr.ee/VociLodi



No comments: