Thursday, November 8, 2012

Sedutan temuramah oleh zine Selipar Malaya





Sebenarnya interview ni untuk band Dum Dum Tak, tapi aku nak masukkan dalam blog peribadi aku...

8-Apa band idola DDT ni?

Kami semua suka Greenday, Marjinal, The Gags, FSF, Nostalgia, Bad Religion dan Widji Thukul. Aku juga suka Carburetor Dung, Kuchalana, The Mindless Show, The Bollocks, Bunga Hitam, Minor Threat, Kalashnikov, Dead Kennedys, Operation Ivy, Bob Dylan, Cat Stevens dan lain-lain. Dua-tiga minggu ni aku asyik layan Butterfingers “Kembali”, Monoloque “Jejak Tanah”, Ramli Sarip, M. Nasir, S. M Salim dan R. Azmi. Dah 17 tahun dengar punk rock dan muzik acuan barat saja sekarang baru hargai lagu-lagu melayu.

9-Apa definisi punk/hc bagi anda semua? Sejauh manakah revolusi/idea2 didalamnya berjaya mempengaruhi kehidupan anda seorang rakyat malaysia?

Bagi aku, punk/hc itu adalah ilmu dan seni yang menuntut keadilan. Dah 17 tahun aku mendalami ilmu punk/hc dan banyak aspeknya aku gunapakai dalam kehidupan aku. Dari bangun tidur sampai aku tidur semula. Dua puluh empat jam. Tapi yang utama bagi aku tetap ilmu dan cara hidup yang aku pelajari dari agama yang aku anuti iaitu Islam. Tapi sebenarnya banyak persamaan antara Islam dan punk rock. Kedua-duanya menyuruh manusia melakukan kebaikan dan menolak penindasan. Kalau dulu semua benda aku nak buat aku pikir dari aspek etika punk rock, sekarang aku nak buat apa saja aku fikir hukumnya menurut ajaran Islam.

10-Pernahkah band anda ini disalah ertikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab @ disabotaj oleh sesetengah pihak?

Pernah juga dulu pernyataan aku disalah ertikan. Ada organizer gig yang bertanya padaku kalau mereka hendak menjemput kami untuk bermain di gig mereka, berapa RM perlu dibayar pada kami. Aku hanya bergurau dan menjawap RM800. Dia mempercayainya dan beritahu kawan-kawannya. Jadi kecoh. Hehehe…sebenarnya kami tak kisah pun dibayar berapa RM untuk satu persembahan. Tapi kalau boleh, sekurang-kurangnya dapat menampung tambang pergi dan balik, jadilah. Tapi kami juga faham kalau hasil tidak memberansangkan, tak perlu bayar pun takpe kalau di tempat yang berdekatan.

11-Kalau ada kenapa boleh jadi macam tu?

Mungkin kerana sekarang makin banyak band DIY yang meletak harga minima jika hendak menjemput mereka. Berbanding dulu, band-band punk/hardcore tidak meletak harga tetap. Tapi kami faham, kalau band dah lama, banyak komitmen lain dan tanggungan. Mereka perlukan duit dan tidak mampu untuk mengeluarkan duit sendiri untuk berlatih, tambang, dan penginapan. Ada juga yang bermain muzik sepenuh masa jadi terpaksa meletak harga yang tetap jika hendak membuat persembahan.

15-Adakah band ini mempunyai ahli yang berperinsipkan Straight Edge?

Rizie dan aku dulu adalah straight edge. Tapi aku dah drop edge dan betulkan niat. Hidup bebas dari rokok, dadah, arak dan seks kasual kerana tuntutan tuhan bukan kerana idea manusia lain. Ini kerana aku mahukan keuntungan di dunia dan selepas aku meninggalkan dunia ini juga. 

20- Ada ahli dalam DDT ni yang kaki merempit tak? Hahahaha…
 
Dulu sebelum kahwin aku selalu merempit. Tapi lepas bernikah ni, dah jarang-jarang naik motor. Tapi selalu juga aku bawa anak kecil aku meronda kampong menaiki motor ayah mertua aku. Rizie dulu juga selalu merempit dengan skuternya tapi tidak lagi sekarang. Tapi kami bukan kaki rempit sebenarnya, sekadar menggunakan motor sebagai kenderaan harian untuk ke sana kemari.  
23- Sebelum mengakhiri interview ni, apakah pesanan DDT kepada newcomers yang berada kat luar sana?

Banyak belajar, baca buku dan cari rasional sesuatu tindakan kita. Jangan ikut sahaja secara buta tuli. Kalau nak buat apa-apa projek, jangan tiru orang putih seratus peratus. Ambil idea mereka tapi buatlah cara sendiri. Masukkan juga elemen dari budaya sendiri supaya ada identity tersendiri yang unik. Jangan jadi klon dan tiruan.  

24- Kata-kata akhir DDT?

CD kami yang terbaru iaitu split bersama Always Last sebanyak 12 lagu sudah berada di pasaran. Boleh dapatkan dari aku, sms aku di 0179639316 atau email nizangmosh@gmail.com. Harga RM12 kalau datang jumpa aku atau RM15 kalau aku pos kepada alamat korang. Terima Kasih pada Selipar Malaya zine, bagus nama zine ni, aku suka. Terima kasih pada pembaca. Hubungi kami untuk apa-apa atau sekadar untuk mengucapkan ‘Hi’. Assalamualaikum.

No comments: