Tuesday, November 27, 2012

ulasan: Pejabat Pos Carrefour Klang

Apa yang bagus wujudnya pejabat pos dalam pusat membeli-belah ni ialah waktu operasinya yang lebih panjang. Tak pasti pula aku semua diseragam ke tak macam pejabat pos biasa tutup jam 5. Yang di Carrefour Klang ni beroperasi sehingga jam 6. Jadi, kalau tak mahu mengelat masa kerja, sempat lagi pergi lepas waktu kerja untuk siapa-siapa yang kerja balik pukul 5 tu.

Selalu juga aku ke pejabat pos ni, dan memang ini pejabat pos paling hampir dengan rumah yang aku tinggal sekarang, yakni rumah mertua aku di Sg. Pinang. Pejabat pos ni waktu tengah hari dihujung minggu memang ramai pengunjungnya. Pernah aku ambil angka giliran tapi lepas tu give-up. Balik hampa sebab lama sangat. Tapi kalau petang-petang hari kerja mahupun hujung minggu biasanya lengang. Selalu aku pergi tak payah tunggu pun, ambil saja nombor giliran terus dipanggil.

Pernah satu ketika tu, memang tiada orang di situ. Hanya seorang kakak yang bertugas, seorang pengunjung lain dan aku. Kakak yang bertugas tu siap berborak lama-lama pulak dengan pengunjung sebelum aku tu. Siap boleh main order-order kerepek pulak. Aduh, nasib baik aku takde nak kejar ke mana-mana. Kalau tak, aku sound juga kakak tu.

Biasanya bila dah selesai urusan pos, on the way ke pintu keluar aku akan sediakan duit kertas seringgit. Lepas tu aku duduk di kerusi empuk hitam dan masukkan duit tu di mesin urut yang tersedia berhampiran pintu utama Carrefour Klang tu.



No comments: