Kita patut tingkatkan iman kita pada qada' dan qadar dan hadapi semua musibah dengan tenang dan senyuman. Segala musibah, kemalangan dan kehilangan berlaku kerana kehendak Allah. Tiada rezeki. Mungkin Dia nak bagi rezeki lain yang lebih baik.
Macam mana cermat pun kita, musibah pasti akan berlaku juga kalau Allah berkehendakkan. Untuk menguji kita. Kita cuai macam mana pun, musibah takkan berlaku kalau tidak tercatat pada qada' dan qadar kita.
Segala yg kita ada dan sayang termasuklah ahli keluarga, anak, anggota dan organ badan hanyalah pinjaman sementara. Sekejap atau lama, bila-bila Allah boleh ambil balik. Redhalah.
Maafkanlah dan halalkanlah si pencuri. Doakan supaya dia insaf dan bertaubat. Kita pula dapat pahala. Allah menguji kita sebab Dia sayangkan kita, nak bagi kita kuat dan dekatkan diri padaNya.
Iman pada qada' dan qadar ni sangat indah kalau kita dapat kuasai. Perkataan "menyesal" kita boleh padam dari kamus kehidupan kita.
Mak
aku salah seorang yang kuat imannya pada Qada' dan Qadar. Bila kereta kami terlanggar tembok pagar depan rumah
sbb aku terlupa "free gear", satu perkataan marah pun dia tak ucap. Dia hanya senyum.
Bila aku mengadu baju yang aku sayang diambil orang, dia kata "anggap sajalah
sedekah".
Allahua'lam.
No comments:
Post a Comment