Memang dari dulu aku lebih hargai produk tempatan berbanding
produk-produk dari luar negara terutamanya band dan lagu-lagu tempatan. Tapi
lagu-lagu tempatan pun kebanyakannya tiada beza dan bunyi tersendiri berbanding
band-band dari luar. Memang band-band luar juga jadi rujukan mereka. Band-band
di Malaysia patut cuba cari bunyi yang agak berlainan dari apa yang ada di luar
sana.
Aku juga suka band-band yang berlirik bahasa Melayu dan
berbunyi melayu. Aku ada dengar Butterfingers ‘Kembali’ dan Monoloque ‘Jejak
Tanah’ dan aku sangat sukakan album-album ini. Walaupun dari segi bunyi dan
stail muzik, boleh dikatakan macam muzik dari barat juga kebanyakannya tapi
oleh sebab lirik dan lenggok mereka menggunakan pantun-pantun dan bahasa melayu klasik
membuatkan ianya kedengaran sangat “Malaysia”.
Ingat lagi lagu 'Chrome' dari album '1.2 Milligrams' dari
Butterfingers? Aku ingat ada DJ radio yang aku suka dengar masa tahun 1995-1997
bernama Godfrey, pernah menggelarkan lagu ni sebagai “Lagu Ikan Kekek” kerana
ada bahagian lagu yang bunyi macam lagu tradisional melayu tersebut. D’Cromok juga pernah
menggabungkan lagu ‘Ulek Mayang’ ke dalam lagu metal mereka. One Buck Short ada masukkan muzik dikir barat kedalam lagu politikal kiri mereka iaitu, "Kelibat Konspirasi" dan kalau tak silap aku, lagu "Gadis Elektrik" dari Mohd Jayzuan ada menggunakan kompang (?).
Dari segi bahasa, aku ada terbaca baru ni “band ekstrim metal
pertama yang menggunakan bahasa Melayu untuk lirik mereka adalah Blackfire”.
Dan aku juga tengok dan baca di youtube, Langsuyr menggunakan pantun-pantun
klasik untuk lagu-lagu death metal mereka. Kemudian lahirlah scene "Eastern Metal".
Mengenai cara pemakaian pula, aku suka dengan Radhi OAG yang
selalu tampil bersongkok walaupun ada kontroversi sikit, tapi biasalah tu Radhi
dan kontroversi. Baru-baru ni aku tengok di TV, dia ada jadi pengacara satu
rancangan dan dia pakai baju macam pendekar melayu zaman dulu kala, sampin dan juga
songkok. Loque dan Monoloque juga selalu pakai tengkolok, kot, kain pelikat
ala-ala orang melayu dulu-dulu. Ana Raffali pula berbaju kurung. Aku rasa dah tiba masa benda-benda macam ni
dihargai semula oleh orang-orang muda Malaysia yang rock.
Beberapa ketika dulu, sebuah band thrashcore dari Indonesia,
Domestik Doktrin pernah mengadakan persembahan di Kuala Lumpur dan sang
penyanyi berpakaian ala-ala petani ke bendang. Dia memakai baju kemeja longgar,
berkain sarung batik, bertopi ala-ala “tudung saji” tu dan berkaki ayam.
Aku ada cuba dengar Space Gambus Eksperimen. Dengan alat muzik
Malaysia yang digunakan, aku sukakannya. Kalau aku ni pandai main alat muzik
atau cepat tangkap, aku ingat aku nak belajar main gambus dan buat lagu punk gambus.
Malangnya, aku bukanlah pandai main alat muzik.
3 comments:
aku harap aku ada masa terluang lebih sikit tapi malangnya takde. Kalau ada, kita boleh mix metal/punk + nusantara.
wishful thinking.
rasanya Dr. Bentara dah bnyk berjasa dengan Langsuyr...
tahniah.
sayangnya aku tak ikuti Langsuyr dulu. tapi baru nk download full discography...
:)
cuba http://www.facebook.com/nervedeless
Post a Comment