Dulu tahun 90an aku terjebak dengan scene rap tempatan
dengan kakak-kakak. KRU, Nico dan 4U2C kira tiga kumpulan paling top waktu tu. Kalau
ada salah satu kumpulan ni masuk TV kami teruja habislah. Kawan-kawan sebaya
dengan aku sekarang pun ada yang masih sukakan lagu-lagu mereka. CD 'The
Essential Nico' ni memuatkan 16 lagu dari tiga album mereka, Made in L.A,
Realiti dan Alamak!
Imej NICO mengikut fesyen Chicanos iaitu pergerakan yang sering
kita kaitkan dengan gangsterism di Mexico dan Amerika. Akronim N.I.C.O sendiri
adalah Network International Chicanos Organisation. Sungguh pelik nama group
ni, but it’s the 90’s! Nama macam Teh Tarik Crew kan elok, menunjukkan identiti
Malaysia. Tapi aku tak suka pulak lagu Teh Tarik Crew walaupun nama sedap. Walaupun
nama mereka macam ‘ganas’ dan berfesyen macam ghetto habis siap posing pegang
'baseball bat' tapi itu hanyalah imej. Lirik-lirik lagu mereka selain bertemakan
cinta, yang lain semuanya berunsur nasihat.
Nasihat-nasihat positif untuk remaja supaya jangan ponteng
sekolah, tak elok bercinta di usia remaja, jangan jadi kaki lepak, pentingkan pelajaran
supaya boleh jadi orang yang bergaya, bersabar jika merantau berkerja di tempat
orang, mesti rajin bekerja dan jangan malas, ingat kewajipan pada keluarga, jangan
susahkan mak bapak, suami isteri sebolehnya bersabar dan jangan bercerai dan
lain-lain.
Sungguh irony. But somehow it reminds me of punk rockers yang
fesyen sesetengahnya huru-hara (tanda protes mungkin) tapi lirik-lirik semuanya
pesanan yang positif. Contohnya, paling aku suka lirik lagu Depress ‘Sejahtera’
yang menganjurkan manusia supaya hindari persengketaan dan jangan jadi hamba harta dan lirik dari
Marjinal ‘Kerja Bakti’ yang menganjurkan kerja gotong-royong bersama penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment