IN A SENSE antara band yang aku gemari dan nantikan rilis terbaru dari mereka. Agak lama menunggu rilis dari band yang kedengaran ala-ala punk, indie dan garage rock ini. Demo 2011 mereka aku tak dapat sampai sudah walaupun dah minta beberapa kali dari Anchoi. Zine Shock N Awe ada membandingkan rilis itu dengan The Get Up Kids. Okey, tahun ini mereka ada rilis baru berformat kaset dengan cover depan menunjukkan line-up mereka pakai kain pelikat tutup kepala dan hanya nampak biji mata sahaja. Ianya terhad dan ada aku jual dan beberapa keping aku buh di Teenage Head Records.
In A Sense dah berusia
20 tahun. Cerita sedikit sejarah band dan mungkin kejayaan-kejayaan lepas,
haha. Maksud aku apa rilisan yang ada dan kompilasi yang pernah join.
Anchoi: Hehe. Pejam celik, pejam celik je zang. Aku
pun tak tahu apa kejayaan-kejayaan lepas tu. Berjaya release material, main
gig, jawab zine interview, cari replacement Adyr dan Amin serta masih mampu
bertahan lagi sampai sekarang walaupun ada time tu aku macam rasa dah nak
give-up segala-galanya. Nasib ada Kerol yang duk bagi semangat dari dulu. Tapi
sejak Bard n Spexx ada ni lagi semangatlah jadinya. Mungkin inilah yang
dikatakan kejayaan tu kot, hehe.
Asalnya In A Sense
ni dengan nama The Paradock. Lepas released demo dalam tahun 1997/98 macam tu,
kami tukar nama ke Innocent Criminal. Dan dengan nama Innocent Criminal kami released
demo tape pada tahun 1999. Kami tukar lagi nama kepada In A Sense.
Line-up sejak nama The
Paradock sampailah ke nama In A Sense sama je. Takda apa yang berubah cuma nama
saja. Split release In A Sense dan Scandel 26 adalah release terakhir Adyr
selaku vokalis/gitaris dan Amin selaku pemain gitar bersama kami.
Selepas itu beberapa
rakan-rakan telah menggantikan posisi-posisi mereka. Kompilasi-kompilasi yang
kami pernah terlibat adalah ‘Indipendente’, ‘Kopi Sechewen Vol.3’, ‘Non-Conformity’
dan ‘Berikan Cinta Pada Sesama’ (Dum Dum Tak pun ada sekali kan? hehe).
Ceritakan tentang
rilis baru ni. Tentang lagu-lagu dan juga sesi rakaman. Berapa keping dicetak
dan kenapa format kaset?
Spex: Rilis terbaru
ialah Demo 2017. Ada lapan lagu semuanya. Lagu-lagu yang dirakamkan ilhamnya
datang agak random. Jadi kami menulis apa sahaja yang terlintas pada ketika
itu. Dirakamkan di Green House Studio dengan bantuan dan tunjuk ajar dari Tom
Bollocks. Sebelum dirilis, kami merujuk kepada rakan-rakan seperjuangan dan
juga Tom khasnya format apa yang harus digunakan. Akhirnya kami sepakat untuk
rilis kaset sebanyak 100 keping. Test market bohh… hahaha!
Ada dua line-up baru
dalam In A Sense termasuklah frontman. Frontman memainkan peranan paling besar
dalam sesebuah band. Kalau tak silap lagu baru banyak Spex yang tulis?
Anchoi: Sebenornya
line-up baru ni takdelah baru sangat pun. Spexx join 2008/2009, Bard pula lepas
released e.p/demo 2011 untuk replace Zahid. Actually untuk demo 2017 ni, untuk
lirik Spex ada tulis satu lagu dan ada satu lagu lagi Spex dan Bard tulis.
Lirik lagu lain-lain tu aku tulis dan untuk song compositions tu kami buat
sama-sama. Dari idea yang raw dan kami develop masa jamming. Untuk release-release
akan datang aku sure Spex akan banyak bikin lirik. Akal dia tengah
mencanak-canak ni...
Spex: Line-up terbaru ialah Bard di posisi gitar
menggantikan Zahid. Saya join In A Sense tahun 2008/09 di posisi gitar juga.
Untuk rilisan EP 2011, saya dan Shah menyumbangkan vokal bersama-sama. Ala-ala
Linkin Park, hahaha... Kemudian Shah terpaksa meninggalkan In A Sense kerana
komitmen beliau dan tinggallah saya di posisi vokal.
Tentang peranan, saya rasa
kami semua menyumbangkan usaha dan tenaga secara sama rata untuk rilis Demo
2017 ni. Lagu dan lirik biasanya salah seorang dari kami akan bagi idea kasar
semasa jamming dan kemudian kami sama-sama akan kembangkan idea tersebut
sehingga terhasil lagu yang lengkap. Jadi, proses penghasilan lagu ianya lebih
kepada collective effort In A Sense.
Band apakah yang
menjadi pengaruh kuat untuk rilis terbaru ini? Nampak macam Spexx banyak baca
buku. Adakah pembacaan banyak mempengaruhi penulisan lirik?
Anchoi: Sejak record lagu 'Kaninne' untuk compilation
‘Berikan Cinta Pada Sesama’ (2007), The Hellacopters, Turbonegro, The Clash,
Bloc Party dan beberapa band lain masih lagi menjadi inspirasi kami untuk rilis
terbaru dan yang akan datang.
Spex: Untuk rilisan
terbaru, saya dengar The Hives, Bloc Party, Hellacopters dan band-band seumpama
dengannya. Nak cari sound Rock n Roll tu lah.. Tentang pembacaan, idea tu
datang secara random Zang. Memang tak dinafikan, pembacaan pun banyak
mempengaruhi penulisan lirik. Kadang-kadang artikel yang keluar di Facebook
juga mempengaruhi penulisan lirik. Senang kata, tak ada bahan bacaan spesifiklah..
Hentam je semua. Hahaha!.
Apa perancangan band
lepas ni?
Spex: Kami merancang untuk release split dengan
Freygyle dalam masa terdekat ni. Kalau boleh, nak main gig banyak-banyak
jugalah... hahaha!! Keep on Rock n Roll!
No comments:
Post a Comment