PELIGROSOS adalah antara band yang menarik perhatian aku semasa ke Sabah pada tahun lalu. Selepas menonton set mereka, aku terus melamar mereka untuk merilis sesuatu dibawah Nervhous Records. Kena dengan muzik dan trend kaset yang kembali dibeli oleh peminat muzik punk dan metal tempatan, kaset mereka bejudul 'Brainwash' berjaya diterbitkan dan masih berbaki beberapa keping. Nizang tanya Saipul 5 soalan...
1. Aku dengar band ni dah bergabung sejak di bangku sekolah
namun baru-baru ni berlaku pertukaran line-up. Kenapa jadi begitu?
Asalnya cuma aku dan Ayen saja yang mengasaskan band ni
sejak sekolah lagi. Kami ada beberapa pemain yang silih berganti untuk drummer
dan bassist (rhythm section). Asik@Jass sebagai drummer dan Asnor sebagai
pemain bassist. Kemudian posisi drummer ditukar kepada Sapik. Yang paling lama
main dengan Peligrosos ialah Ancap dan Kiong, meraka ni juga banyak terlibat
dalam pembikinan e.p ‘Brainwash’ dari 2014 hingga 2016. Baru-baru ni Ancap dan
Kiong keluar dari Peligrosos atas sebab komitmen pada famili masing-masing. Kiong
bakal melangsungkan majlis perkahwinannya tahniah, kepada Kiong.
2. Cerita sikit tentang rilis ‘Brainwash’, lagu-lagu dan lirik
dalam kaset ni. Berapa persen thrash metal dan berapa persen punk rock agaknya?
Bagaimana pula dengan proses rakaman.
‘Brainwash’ ni telah dirancang sejak 2014 lagi. ‘Demokrasi
Pagar Besi’ sebenarnya ada dua versi yang berlainan tetapi pada 2016 kami rakam
balik. Kami mengambil masa yang lama untuk menyiapkan EP ‘Brainwash’ disebabkan
line-up semua tengah study time tu. Ketika study, kami hanya berhubung menggunakan
Whatsapp untuk buat riff. Dan di penghujung 2016 kami terus masuk home studio
dan rakam. Persen tu takda jumlah yang spesifik kami letak dalam sesebuah lagu.
Tapi kami akan nilai supaya tiga elemen tu seimbang. Itu hanyalah pada pendapat
kami. Mungkin pada pendapat orang lain lagu kami belum lagi seimbang. Lirik
pula berasaskan kritikan terus kepada media dan sistem politik semasa.
3. Bagaimana sambutan dan juga maklumbalas dari pendengar?
Rasanya pasti ramai yang nyanyi sama ketika di gig sebab ramai yang dah dengar,
betul ke?
Alhamdulillah setakat ni sambutan dan maklumbalas sangat
puas hati. Sejujurnya kami tak sangka feedback daripada kawan-kawan sangat
bagus sedangkan ini barulah percubaan pertama daripada kami. Jutaan terima
kasih kepada semua kawan-kawan yang mengenali kami dan telah membeli kaset
kami. Tanpa kamu siapalah Peligrosos kan. Part ‘Media So Sial’ kawan-kawan selalu
sing along, fuhh memang rasalah energy mereka time main lagu ni.
4. Ada lagu-lagu baru yang dicipta dan adakah stail masih sama?
Bila rancangan untuk kembali ke studio?
Lagu-lagu baru sekarang in the process. Peligrosos akan
target 12 track insyaAllah dan akan dimuatkan ke dalam sebuah album. Stail tu
akan sama saja tidak ada plan untuk mengubahnya. Cuma mungkin akan lebih aggressive
lagi lepas ni. Tunggu dan lihat sajalah, hahahah. Rancangan untuk ke studio tu
kami target pada tahun depan bergantung kepada kelapangan line-up.
5. Ceritakan sikit tentang scene Tawau. Dan juga kata-kata
akhir. Terima kasih.
Setakat ni scene Tawau okey saja. Terima kasih pada
kawan-kawan yang mengenali Peligrosos. Kawan-kawan yang telah membeli kaset EP ‘Brainwash’
dan yang telah mendengar EP ni. Ucapan terima kasih juga pada Nizang Nervhous Records
sebab rilis EP Brainwash dan sudi interview kami.
No comments:
Post a Comment