Marjinal dan Romi and the Jahats antara yang bermain di fikiran bila memutarkan CD demo band ni. Antara band yang paling aku look forward untuk mendengar lagu-lagu mereka akan datang. Check it out.
1. Bila band ni mula bergabung, di mana dan macam mana berjumpa?
Awal tahun lepas (2016), di Johor Bahru. Kenal kawan atas
kawan. Kawan-kawan yang kenalkan kami. Kami semua berasal dari Kelantan. Tapi
kami bekerja di Singapura dan menetap di JB.
2. Ceritakan sikit tentang lagu-lagu dalam CD ‘Pah Ceroh’.
Berapa banyak dicetak dan maklumbalas yang diterima?
Lagu-lagu kami berkisarkan tentang isu-isu semasa tak kira
dalam atau luar negara. Kami rakam di Carlos Studio di Taman U, JB dengan
bantuan Botak (Klabu Asap) dan Daus (Dickies Tale). Mereka banyak membantu.
Setakat ni kami cetak 60 keping, semua komen membina dan
tiada yang condemn. Cuma teguran dari segi lead vocal kurang jelas. Ini sebab kami
rakam live, sekali jalan. Yang rekod track Cuma second guitar dan part nyanyi
ramai-ramai.
3. Namakan band yang digemari dan menjadi rujukan kalian.
Dum Dum Tak, Marjinal, Romi and the Jahats, Dead Kennedys…
4. Dah berapa banyak gig RAT sertai? Dan mana yang paling
bes, mungkin gig raya baru ni kerana main di kampung halaman sendiri?
Dua gig, yang pertama di Kulaifornia dan kedua di Kelantan.
Semuanya best dari segi sound, crowd dan support. Cukup power, alhamdulillah.
5. Apa perancangan lepas ni?
Perancangan lepas ni nak keluarkan merch, dan rakam bonus
track. Bonus track akan dimasukkan dalam kaset yang akan kami keluarkan nanti.
Lagu-lagu baru dah ada tapi bagi laluan untuk first demo ni dulu. Terima kasih
bea.
No comments:
Post a Comment