Baru-baru ni, ada seorang ahli muzik mengatakan pengeluaran CD untuk band-band yang agak baru sudah tidak relevan, namun Iqbal M. dengan album
baru mereka khabarnya berjaya menjual seribu unit CD dalam masa beberapa
minggu sahaja. Tepuk dada tanya selera, aku rasa kalau band anda serius, adalah wajar
mengeluarkan muzik anda dalam bentuk fizikal juga.
Mosh zine dijemput untuk ke sidang media album Iqbal M ‘PSJKB’ di The Bee hari ini namun kami tak dapat ke sana kerana urusan kerja. Alang-alang dah lama aku tunda untuk mengulas album ni, aku ulas sempena tarikh rasmi kelahiran album ni hari ini menurut kata Iqbal.
Mosh zine dijemput untuk ke sidang media album Iqbal M ‘PSJKB’ di The Bee hari ini namun kami tak dapat ke sana kerana urusan kerja. Alang-alang dah lama aku tunda untuk mengulas album ni, aku ulas sempena tarikh rasmi kelahiran album ni hari ini menurut kata Iqbal.
Aku mula menonton Iqbal M. ketika di Parti DuBook di Red
Bugalow pada tahun 2013. Ketika set mereka Iqbal tiba-tiba datang ke arah aku dan mengetuk dada
aku tiga kali macam ketuk pintu. Aku dengar sedap juga lagu-lagu mereka, ramai
peminat sing along juga. Aku terus ke reruai untuk membeli CDEP mereka ‘Antara
Dua Darjat’, aku jatuh cinta dan menonton video-video mereka di YouTube. Rupanya Iqbal memang follower aku di IG. Lepas tu
aku ada tolong jualkan ‘A2D’ mereka, interview mereka untuk zine Mosh isu 17 dan Iqbal juga pernah order keropok lekor masa
aku balik kampung.
Aku baru perasan, mereka suka gunakan akronim untuk tajuk album dan lagu-lagu mereka. Contohnya untuk lagu ‘Jangan Cakap Saja’, masa persembahan pentas mereka akan sebut ‘JCS’ sahaja. Jadi album ini menggunakan akronim ‘PSJKB’ yang membawa maksud ‘Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang’. Lapan lagu dipertaruhkan dalam album terbitan Luncai Emas ini dan diedarkan oleh Gudang Suara. Aku beli album ini masa mula-mula ia dikeluarkan di Atas Big Jan show, Bentley Damansara pada 26 Januari 2019, beratur panjang woi.
Dari pendengaran aku, album ni ada banyak pengaruh bunyian dari Butterfingers (album Malayneum dan ke atas), Monoloque dengan lirik-lirik
nasihat ala Sheqal atau S.M. Salim. Semalam aku tengok Review Uncle di Tapau TV
pun cakap macam ni, tapi aku tak meniru Haq dan Adly Syairi, memang aku rasa
macam ni sebelum tengok ulasan diorang lagi. Namun lirik dari Iqbal ni macam
main bubuh dan bedal je kadang-kadang, orang kata lirik mereka unik dan fresh. Aku
juga rasa kadang-kadang liriknya tak masuk dan pelik, haha.
Aku duk dengar CD ni hari-hari kot sejak mula beli, sampai
2-3 minggu melekat dalam CD player kereta aku. Aku berani katakan album ni
bakal masuk ke ‘Top 5 best local release of 2019’ untuk aku. Lagu paling
menusuk kalbu bagi aku adalah ‘Kesatuan’, ‘Jangan Cakap Saja’, ‘Kalau Tewas
Nanti Parah’ dan ‘Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang’.
‘Kalau Tewas Nanti Parah’ memang kuat dengan bunyi dan mood Nusantara.
Bila dengar lagu ni buatkan aku rasa, memang tak tersasar lagi kalau Iqbal M.
bernaung dibawah label Luncai Emas kerana itulah trademark label tersebut –Nusantara!
Dan ini adalah Nusantara yang rocking dan best!
Lagu ‘Kesatuan’ pilihan hati yang utama dari ‘PSJKB’, bakal membuatkan anda goyangkan badan, melompat-lompat dan nyanyi sama bila berada di show
mereka, mahupun bila anda putar CD ini dalam kereta atau bilik tidur anda. Aku
harap mereka bikin video rasmi untuk lagu ini. Lirik korus lagu ini paling
melekat dalam benak aku.
Packaging album ini dah lama dibocorkan designnya oleh ahli
band sendiri di medsos. Ianya menarik seperti bungkusan pistol mainan yang kita kanak-kanak 80an dan awal 90an beli di kedai-kedai runcit dulu-dulu.
Dan pistolnya pula adalah sebenarnya gambar bangunan parlimen dari duit
syilling 20 sen, okey brilliant. Tak banyak band tempatan yang memikirkan konsep
mendalam dan menarik untuk keluaran fizikal mereka. Ini adalah plus point untuk
membuatkan peminat muzik membeli dan menyimpan sekeping atau beberapa keping khazanah
muzik negara ini dalam simpanan.
Bila dah beli CD ini, dan suka dengan lagu mereka aku rasa
menonton set mereka secara live adalah perkara yang wajib buat anda. Ini kerana
showmanship mereka, terutamanya Iqbal adalah sangat luar biasa dan theatrical. Mereka kini dalam rangka jelajah ke beberapa kota di Semenanjung Malaysia bersama Strikeout dan T.I.M. Jangan lepaskan peluang untuk berjumpa mereka yang friendly ni di ‘album tour’
mereka nanti.
No comments:
Post a Comment