ALBUM BARU THE PILGRIMS DAH 70% SIAP -begitulah kata Kombat gitaris kumpulan The Pilgrims yang merupakan antara band punk terawal Malaysia. Namun begitu, album ini juga menurutnya akan menjadi album terakhir buat mereka. “Buat lagu baru banyok-banyok pun, orang duk mintok main lagu lama jugok”.
Album yang bakal dinamakan sebagai ‘Battle Royale -The
Final Battle’ ini bakal memuatkan 10 lagu yang belum pernah mereka rakam. Antara
lagu-lagu ini, ada yang ditulis semasa era album kedua mereka ‘Away From The
Numbers’ lagi tapi baru kini pertama kali dirakam. Lagu-lagu yang ditulis
oleh Kombat dan Hili ini menurutnya berbaur thrash, punk dan lain sikit dari
lagu-lagu mereka sebelum ini. Antara instruments yang turut ditampilkan dalam
album ini adalah Saxophone dan Didjeridoo untuk lagu yang telah disimpan selama 20 tahun oleh Kombat. Lan Bye dari Infectious Maggots
turut memainkan dram untuk satu trek.
Walaupun banyak label telah menyatakan minat mereka
untuk rilis album mereka kali ini, Kombat tetap dengan pendiriannya untuk
menerbitkannya semandiri yang boleh. Dia mengeluarkan keseluruhan modal untuk
album ini dan akan menerbitkannya sendiri. Mereka akan cuba cari label-label
yang betul-betul independent untuk tujuan pengedaran. Kerja producing album ini dilakukan oleh Hili
sendiri dan kerja-kerja mastering dilakukan di New York, USA.
“Kami dah puas kena lipat masa zaman awal dulu. Label
kata album kami tak laku. Tapi tak logik album tak laku sedangkan surat yang kami
terima dari pendengar berguni-guni zaman tu”.
Dengan teknologi yang makin maju dan cara komunikasi dan
promosi media sosial yang ada kini, kisah syarikat rakaman menipu artis rasanya
tidak patut lagi berulang. Kita tunggu kemunculan album baru ni nanti.
No comments:
Post a Comment