"Sayang kenapa you asyik jerit je malam tadi? Mimpi apa? Mengigau ke?"
Antara perkara menarik lepas berkahwin, aku dapat tengok isteri aku kadang-kadang mengigau. Setakat ni dua kali. Sekali dia sebut "makan, makan, makan" -mungkin sebab penat sangat melayan tetamu pada siang hari tersebut. Sekali lagi mengeluh kesah.
Dia juga beritahu aku ada mengigau. Sudah beberapa kali. Dan pelik-pelik. Mungkin sebelum ni pun ada, tapi tiada siapa beritahu. Almaklumlah tidur sorang-sorang. Pelik juga kenapa aku menjerit-jerit. Aku tiada mimpi apa-apa atau aku tak ingat langsung aku ada mimpi apa-apa ke tak. Mungkin juga ada. Allahua'lam.
Aku duk bayangkan macam mana agaknya bunyi jeritan aku tu. Adakah macam penyanyi kumpulan screamo, atau penyanyi kumpulan glam rock di bawah. Buruk beno rupenye.
2 comments:
dengkur takde?
Berdengkur memang champion. Sampai isteri suruh palingkan muka ke arah lain. Dan dah dua kali dia rakam aku dengkur guna henpon. Dan dah beli produk breathrite. Pakai time betul-betul penat sahaja. Memang dia reduce bunyi. Tapi nak pakai hari-hari tak mampu la pulak.
Post a Comment