Sunday, October 16, 2011

Mana hantu?


Alhamdulillah setakat ni aku belum pernah terserempak atau dikacau jin yang menjelma dalam keadaan menakutkan yang dikatakan hantu. Arwah ayah aku dulu selalu cakap;

"Takut apa? Hantu? Tunjuk mana ada hantu? Pa nak tengok". 

Aku rasa bagi dia hantu tak wujud. Yang duk cerita pasal ada hantu pun hanyalah kanak-kanak. Terpengaruh dengan cerita di TV dan cerita dari kawan-kawan dan sepupu-sepupu. Bukannya nampak sendiri.

Pagi tadi di radio ikim cakap, jin ni kalau jahat sejahatnya. Kalau baik pula, sebaik-baiknya. Aku percaya orang yang nampak 'hantu', sebenarnya dikacau jin jahat. Aku yakin, kalau kita tak sebut-sebut pasal mereka, langsuir, pontianak insyaAllah mereka takkan ganggu kita. Kalau ya pun, mungkin mereka nak bergurau dengan kita.


Allahua'lam. 


Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Tidak ada penularan, tidak ada mayat gentayangan yang menjadi hantu kuburan, tidak ada binatang tetentu muncul yang menyebabkan hujan, dan tidak ada tabu di bulan Safar”(Hadis Riwayat Imam Muslim)


Dari Wikipedia:

Kedatangan agama Islam mengajar bahawa tidak terdapat mambang ataupu hantu dan yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin,golongan ini dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan keizinan Allah, Islam mengajarkan agar hanya takut dan mengesakan Allah semata-mata. Manusia digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan selalu berdoa 'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - Auzubillah himinash syaitanirrajim'.

Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang masih menebal ini menyebabkan masih ada lagi yang terkeliru perbezaan antara Islam dan kebudayaan Melayu.Ini mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan tersebut adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah disalah-anggap sebagai satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak tampil kehadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar, yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.

Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa menakutkan anak-anak menyebabkan anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa hantu itu wujud.





No comments: