Thursday, October 13, 2011

Penawar



Teringat suatu hari dulu aku tak berapa sihat. Tak larat. Nak buat apa pun tak larat. Nak baring sahaja. Datang seorang kawan, dua tiga kali dia cakap aku patut jumpa ayahnya. Jadi satu malam aku pergi ke rumahnya untuk berjumpa dengan ayahnya. Aku sangkakan ayahnya pandai berubat. Ada ilmu syifa' atau tabib.
Sesampai di rumahnya, aku ditawarkan produk kesihatan CNI. Hampa dan kecewa betul aku. Ditunjuk pamplet-pamplet dengan testimoni hebat orang sakit kronik nazak pun boleh sembuh. Dan disuruh jadi ahli supaya dapat harga istimewa. Masa ni aku tak tahu lagi pasal MLM. 

Lepas tu aku terjoin satu MLM nama Luxor...juga ada produk kesihatan hebat berasaskan gamat, Jeli Gamat. Testimoni-testimoni pun hebat-hebat, penyakit kronik nazak pun boleh pulih. 

Aku amati kebanyakan syarikat MLM mesti ada produk kesihatan yang super awesome boleh sembuhkan penyakit kronik. 

Mana satu nak pilih? Harga mahal-mahal tapi demi kesihatan berapa pun sanggup bayar...

Aku rasa camnilah. Pilihlah yang mana rasa sesuai dan diyakini. Itu yang penting, YAKIN. Lepas tu berDOA, SOLAT HAJAT selalu dan berTAWAKAL. Doalah dengan bahasa yang difahami; bahasa melayu ke arab ke english ke. Tapi jangan amalkan benda yang tak difahami. Kalau bahasa arab, cari tafsirnya dulu then amalkan.

Kerana yang menyembuhkan penyakit itu bukanlah pil, produk kesihatan, syarikat  MLM, ubat, ustaz, doktor, tabib, alatan, terapi tetapi TUHAN. Ubat hebat mana pun, program terapi mana pun, doktor pakar dari universiti mana pun yang merawat... tanpa izin tuhan, takkan menjadi.

Sama juga dengan apa-apa yang manusia usahakan, yang menentukan jadi atau tidak tetap Tuhan.

No comments: