Wednesday, October 12, 2011

figura aksi


Ramai juga kenalann aku yang suka kumpul figura aksi atau action figure. Aku pun ada satu, tapi akan dibangkul sampahkan. Haritu ada satu masa trend taruk patung harimau gergasi dalam kereta.

Anda salah seorang yang berbangga dengan koleksi action figure yang banyak? Dragon Ball Z? Star Wars? English style deco? Fridge Magnet binatang? Mahal-mahal? Sanggup gaduh dengan anak sebab koleksi kamu mahal? Bukan untuk dimain tapi untuk perhiasan sahaja? Sanggup tak buka packaging?

Lupa ke kita hukum simpan patung? Jika untuk permainan kanak-kanak, dibolehkan. Jika untuk tujuan perhiasan...harom! Malaikat tak masuk/lalu di tempat itu. 


Setelah membuat pembacaan, aku rumuskan. Patung yang dibolehkan;

1) Permainan kanak-kanak
2) Bantal peluk bentuk binatang
3) Untuk alat pengajaran
4) Patung yang tidak cukup sifat

Aku teringat dulu di Kuala Terengganu, Bulatan Ladang juga dikenali sebagai 'Bulatan Penyu' sebab ada patung penyu di tengahnya. Bila kerajaan PAS ambil alih pentadbiran, patung tersebut dibuang. Tapi di Marang ada patung udang dan sotong tidak dibuang. Kerana patung sotong dan udang tersebut adalah separuh badan.


Patung tugu negara bila pula nak dihumbankan? Masih menjadi isu yang tak berkesudahan...

Sekadar untuk mengingat-mengingati. Allahua'lam.

6 comments:

Anonymous said...

Barakallah...semoga kekal istiqamah bos...
-abuharraz

Dr. Bentara said...

kalau sayang nak buang, jual. At least pulang balik duit beli.

nizang said...

Bagi aku lebih baik dibuang. atau diberi kepada kanak-kanak untuk dimain. Jika dijual atau diberi, even pada non-muslim. Sepatutnya kita tunjuk nilai-nilai keindahan islam itu kepada mereka. tidak menolak apa yang tidak dibolehkan dalam Islam pada mereka. kerana pada asasnya, semua manusia fitrahnya adalah Islam.

nizang said...

Bagi aku lebih baik dibuang. atau diberi kepada kanak-kanak untuk dimain. Jika dijual atau diberi, even pada non-muslim. Sepatutnya kita tunjuk nilai-nilai keindahan islam itu kepada mereka. tidak menolak apa yang tidak dibolehkan dalam Islam pada mereka. kerana pada asasnya, semua manusia fitrahnya adalah Islam.

mungkin patut diberi/jual pada orang dengan 4 syarat dalam post tu. Mungkin...

Dr. Bentara said...

Kalau semangat kuat, buang. Kalau tak, jual. Nanti terkenang2 rugi dibuang tu, jadi payah.

Iman ada turun naik. Dan iman ni, hanya sendiri dapat menilai.

Anonymous said...

jgn buang, rugi.. ak pon kaki collect figure jge. beriban hooo dh kopak utk smue tuuu....