Band ni dikecam oleh beberapa individu di medsos baru-baru
ini setelah mengeluarkan muzik video untuk lagu ‘Dalam Hati Ada Taman’. Mungkin
kerana lirik, lagu dan video yang sangat jiwang dan tak ‘punk’ untuk sebuah
band poppunk. Mereka patut tahu, Half-Asleep adalah band yang berkiblatkan
poppunk macam Yellowcard, Blink 182, Fall Out Boy dan seangkatan dengan mereka.
Band punk komersial yang masuk carta top 40. Oh okey, aku mengaku lirik korus lagu
ni duk melekat dalam kepala aku.
Aku mempunyai sejarah yang panjang dengan band ni. Antara
gig mereka yang aku hadir awal-awal dulu antaranya ‘Punkrock Paradox’ di
Central Market Annexe, Sesi Jamming Ringkas di Melaka dan juga ‘Oh Seven Gone
To Heaven’ di Ricecooker Shop/Bau Bau Café sekitar tahun 2007. Lagu mereka ‘Get
There In Time’, 'Scar' dan '2nd Song' dari demo pertama mereka juga diselitkan dalam drama bersiri di
8TV, ‘Kami’ pada era tersebut selain di iklan golf di Astro.
Mereka juga pernah mengeluarkan sebuah split CD bersama band
31st Street dari Singapura dan bermain beberapa show di Jepun. Banyak
juga rintangan mereka dalam berband ni, aku tahulah sebab sebenarnya vokalis
mereka juga merupakan gitaris untuk Dum Dum Tak. Pernah si Nakid merajuk keluar
band, dan setiap kali Dum Dum Tak perform, ahli-ahli band Half-Asleep akan
datang untuk pujuk Nakid sertai mereka semula.
Akhirnya mereka mengeluarkan album perdana dengan album ini
pada bulan Disember 2018 dan juga baru pulang dari Taiwan, bermain tiga show di
sana. CD ini dibuka dengan sebuah intro ringkas dengan muzik 8-bit. Lagu kedua berentak
melodic punk dengan part scream pada bahagian akhir, discream oleh Ayeen The
Patriots. Mereka juga menyanyi tentang isu semasa iaitu tentang mangsa tragedi
pesawat MH30, dengan stail Blink 182 dalam lagu ketiga.
Half-Asleep adalah band yang mempunyai drummer sangat
berbakat, biasanya mata penonton di gig akan tertumpu pada drummer mereka Remy.
Lagu ke-6 mereka, 'Celaka' sangat catchy dengan stail ska, tapi liriknya agak kasar dan
tak kena dengan mood lagu pada aku. Untuk lagu ini juga ada part
scream, discream oleh Amex Sepatu Sixtynine. Lagu ni boleh menjadi hit dan
siulan ramai walaupun dengan lirik begitu, percayalah. Bahasa yang digunakan turut disuntik loghat Kedah.
Lagu ‘Tonight’ merupakan slow number / balada untuk album
ini. Lagu jiwang yang sangat enak dan sedap di pendengaran aku, siap ada alunan
cello dan violin. Harap mereka buat video untuk lagu ini, pasti hit.
Seterusnya ‘Zombies’ kuat bunyi Fall Out Boy bagi aku. Korus
untuk lagu ‘Kembali ke-90an’ somehow mengingatkan aku kepada Bunkface walaupun
verse-nya adalah skapunk. Lagu penutup ‘Glimpse’ juga merupakan satu lagu
skapunk dari mereka.
Secara keseluruhan, album ni banyak lagu sedap dengan
sound-sound poppunk komersial. Kalau XFresh.fm masih ada, aku rasa banyak
lagu-lagu dalam album ni akan diputarkan. Tahniah kepada Half-Asleep masih bersama lebih dari sepuluh tahun, bukan senang melalui liku-liku berkugiran ni. Dapatkan album 12 lagu ini sekarang