Tuesday, October 30, 2018

Ulasan: TIM ‘s/t’ CD (Bijan Fx Productions)


Antara perkara yang aku respek tentang TIM adalah lagu-lagu mereka yang dalam Bahasa Melayu menggunakan perkataan dan ayat-ayat yang sangat sedap dan bukan asal boleh saja. Kemungkinan Akmal (frontman) memang suka baca buku atau suka lirik lagu-lagu Melayu yang bahasanya berseni. Lagu dan lirik untuk ‘Dewasa’ sangat aku suka, penuh bermakna. TIM diasaskan pada tahun 2001 di Kerteh. EP terbaru ini dimulakan dengan suara acapella dan terus ke lagu pertama ‘Kau’. Aku rasa kebanyakan pembaca dah tahu stail mereka, melodic punk dengan banyak pengaruh band-band Jepun. 

Selama ini mereka banyak merakam lagu-lagu mereka sendiri di rumah Akmal. Untuk EP ini, mereka keluar dari zon selesa dan merakam dibawah label Bijan Fx Productions di Atas, Kelana Jaya. Vocal pula di-produce oleh Duan Seven Collar T-shirt dan dirakam di Greenhouse Studio, Ampang. Pergh, memang padu, ni semua orang yang memang ‘ahli’ dalam bidang masing-masing. Aku rasa memang sesuai untuk Akmal keluar dari zon selesa kerana dia merupakan pemuzik sepenuh masa kini. TIM juga telah membikin video muzik untuk lagu ‘Matahati’ yang boleh dilayari di Youtube. 

Boleh dapatkan CD ini dari band atau di Atas.


No comments: