Thursday, November 1, 2018

Ulasan: RAMAYAN 'self-titled' CD (Luncai Emas)


Tak sangka pula aku akan ulas band naungan Luncai Emas yang ditubuhkan oleh M. Nasir yang juga mengenalkan kita kepada band seperti Kembara, Kopratasa dan Spider. Kini Luncai Emas banyak sign band-band yang boleh dikategorikan ‘indie’ seperti band anak-anak sifu M. Nasir sendiri; Pitahati, Ramayan dan juga band seperti Iqbal M dan Satwo. Sound yang agak sinonim dengan label ni kini aku rasa adalah Psychedelic Rock Nusantara, mereka juga ada Margasatwa. Namun Iqbal M dan Satwo mungkin menawarkan perisa yang agak berbeza dari kem generasi baru artis-artis Luncai Emas ini.

Mula-mula aku macam malas nak layan band Ramayan ni sebab aku dah layan dan suka band “abang” mereka iaitu Pitahati. Semuanya berubah bila aku bawa isteri dan anak-anak tengok set mereka di Cyberjaya Music Festival dimana isteri sangat sukakan Ramayan dan kami terus cari CD mereka pada malam tu tapi banyak tempat dah habis. Isteri dan anak aku duk ulang-ulang lagu mereka ‘Oh Dewiku’, ‘Akhir Kalam’ dan 'Sepintas Sastera Hati' di Youtube dan duk menyanyi dan merungkai maksud lirik-liriknya. Memang menusuk kalbu lagu mereka dan lirik juga puitis.


Akhirnya CD ini aku dapat beli dari Siang, masa aku tanya di Teenage Head Records tapi mereka tiada stok. Tiba-tiba Siang tegur aku dan beritahu dia ada stok di rumah dan kami berjanji untuk berjumpa di THR di lain hari. Aku sangkakan nama band ini diambil bersempena Ramayana, maharkarya epik dari India namun mereka mengatakan ianya lebih kepada maksud ‘keramaian’. Cuba dengarkan…

No comments: