MILO DINOSAUR, band baru yang dibarisi muka-muka lama dalam scene muzik tempatan. Mereka baru sahaja melancarkan album mereka di YouTube pada 3 September 2018. Milo Dinosaur adalah band baru pilihan aku untuk 2018, jadi bila siap je album mereka aku terus interview untuk zine Mosh isu 19. Ini lima soalan dari interview penuh yang aku kelolakan, enjoi. Dapatkan zine Mosh isu 19 untuk interview penuh.
Semua gambar ihsan kawan-kawan Milo Dinosaur.
1. Tahniah diatas terbitnya album ‘Dengan Ikhlas’. Korang rilis album di YouTube terus, kenapa?
Alang: Terima kasih Nizang! Kami memilih untuk 'launch' di YouTube sementara mengumpul dana untuk pressing physical release.
Band
ni juga memilih untuk buat digital release pada Sept 3, 2018 supaya
kami dapat berkongsi material kami beberapa hari sebelum gig House of
Vans 2018 (Sept 8).
Falique: Seperti empat
'single' yang kami rilis sejak November tahun lepas bermula dengan 'Usah
Resah' kitorang memang suka YouTube sebab senang nak upload, takde
sebab lain. Di samping itu, mungkin hampir semua pendengar di internet
sudah tentu ada access yang mudah ke platform itu berbanding platform
lain.
2.
Mesti korang dapat nama masa lepak di kedai makan, dan salah seorang
order Milo Dinosaur kan? Milo Dinosaur ni Milo tabur kan?
Alang:
Haha betul! Dari segi istilah, Milo Tabur tiada beza dengan Milo
Dinosaur. Sebenarnya, drummer asal Rashid Kahlil Mufti dari band Schloka; The Otherside Orchestra yang beri nama tu. Kami suka dan terus
'ON'.
3. Korang semua pernah main band-band yang berlainan. Bagaimana ahli-ahli Milo Dinosaur bergabung dan main muzik bersama?
Alang:
Aku dan Zul nak sangat ada emo band berinspirasikan Sport & The Get
Up Kids. Falique & Rashid yang dari band Schloka, yang juga
diangotai oleh Zul, berminat untuk terlibat sama. Jadi terus 'on' juga
sebab masing dah lama berkenalan dari zaman gig Blue Planet dan Paul's
Place.
Falique: Kami start sembang-sembang
pasal MD masa gig Elder Abuse (Canada) di Rumah Api lama (May 7, 2016)
semasa Gasoline Grenade (di mana Azim bermain drum) mengambil pentas
waktu itu. Pada gig tu, band-band semua ahli MD sekarang bermain di gig
yang sama - Alang di dalam Sphere, aku dan Zul main untuk Schloka, dan
seperti dikatakan tadi Azim di dalam Gasoline Grenade. Hujung tahun itu
kami mula jamming bersama.
4. Apa yang menarik, lirik-lirik korang banyak bersifat semangat yang positif, tak macam band emo sangat aku rasa…
Alang: Ya.. emosi optimistik, redha..
Falique:
Untuk aku, aku banyak dipengaruhi dengan penulisan lirik-lirik band
Rock rock "Carpark" (Terima kasih Zamir KC atas info yang berguna ini)
dan juga band-band dari Indonesia seperti Dewa yang lagunya banyak
menerap akan sifat-sifat ketuhanan.
Semua lirik yang aku tulis ada kena mengena dengan tuhan, aku rasa tiada perkara yang lebih emosi dari rintihan kepada tuhan.
Segala
dugaan dugaan berat dalam hidup kita, kita seringkali mengadu pada yang
satu. Lirik-lirik seringkali menjadi pembakar semangat pada kita dan
aku tak gemar dengan lirik-lirik yang tidak bermakna atau moral.
Lepas
dah ada anak ni, nak dengar lirik-lirik hip hop yang aku sangat gemar
pun, aku dah mula rasa tak senang kerana banyak lirik yang bersifat
lucah dan duniawi semata-mata. Lirik yang positif boleh didengari dan
dinikmati oleh semua golongan umum.
5. Bila kita boleh beli album ni dalam format fizikal agaknya?
Alang: Insyallah bila-bila dalam bulan Oktober 2018...
No comments:
Post a Comment